Assalamualaikum. Nama aku Udin. Umur 30, bekerja tetap. Anak sulung dari 3 beradik. Tinggal dengan ibu bapa sebab kerja pun dekat, dan tanggungjawab. Apa-apahal aku ada untuk bantu mereka.
Adik aku yang bawah aku dah bekerja, pun bantu sikit dari segi kewangan family. Adik bongsu aku, baru habis study degree. Sedang mencari pekerjaan.
Ibu aku masih kerja walau umur dah 58. Aku sedih. Kalau boleh aku tak nak lagi ibu aku bekerja. Tapi disebabkan masih ada lagi komitmen yang perlu dijelaskan, ibu aku masih lagi meneruskan pekerjaan.
Nak ikut gaji aku dengan adik aku, tak cukup jugak nak cover beberapa komitmen. Bila aku cakap komitmen, maksud aku macam rumah, bil, kereta dan sebagainya.
Ayah aku umur 62, dah lama tak kerja sejak umurnya 48. Sebab dia tak boleh kerja disebabkan masalah kesihatan. Lepas itu pun hanya berniaga kecil-kecilan.
Okay, ini baru intro. Jika confession ini diterbitkan, terima kasih banyak-banyak. Hanya mahu meluah. Kerana aku manusia. Pendam kadang rasa sakit. Kalau boleh mahu saja pendam. Mungkin panjang sikit.
Baiklah. Aku kiranya seorang lelaki introvert. Ya, macam mana ciri-ciri introvert yang anda tahu? Itulah dia. Dari kecil aku ni pasif sikit.
Perkembangan pelajaran tiada masalah cuma sedang-sedang sajalah. Tak adalah cemerlang tapi boleh go la dalam pelajaran.
Aku jenis pendiam. Ada kawan. Bila dengan kawan, aku tak adalah pendiam sebagaimana yang orang duk fikirkan. Aku mengikut keselesaan aku.
Aku seorang ceria, tapi kurang bercakap dan keyakinan. Namun semakin membesar, aku merasai proses yang memberi aku banyak pengalaman untuk jadi lebih maju. Namun ada satu, mungkin dua atau tiga masalah yang masih membelenggu dalam diri aku.
Apa yang aku nak sebutkan disini adalah pasal jodoh. Ya, jodoh. Selalu yang bercerita soal jodoh ni perempuan. Tapi aku punya situasi aku rasa macam lain. Membuatkan banyak persoalan yang timbul.
Menginjak umur 25 tahun pada 5 tahun yang lalu, aku mula melangkah untuk mencari pasangan. Ada dari platform cari jodoh.
Ada yang kawan recommend. Tapi tak jadi. Aku sejujurnya cakap aku tak pernah bercouple seumur hidup. Apatah lagi merasa hubungan cintan-cintun. Yang monyet-monyet punya pun tak pernah. Kiranya kalau dalam resume tu tiada pengalaman macam fresh graduate.
Jadi bila aku dah start berniat nak ada rumah tangga bukan jenis berpakwe makwe, aku cari. Masa tu pun aku kerja gaji baru 1.5k belum campur overtime. Kalau overtime pun ikut ada kerja baru aku buat.
Apa yang aku fikirkan masa tu nak beri ada juga perkembangan dari keluarga aku yang tak besar ini salasilah dan nasab dari aku, keturunan dan beri ibu ayah aku cucu kandung.
Mereka pun kalau nak bermain dengan budak kecil, hanya dengan cucu saudara sajalah. Aku mula rasa macam nak ada anak, nak didik anak aku begini begitu. Masa ni aku fikir pasal yakin saja InsyaAllah, Allah akan bantu mudahkan.
Masalah aku sebagai lelaki introvert ni bila aku mula berkenalan dengan perempuan. Semua tak lama. Seolah-olah berbual selepas itu bagaikan angin lalu. Bagai daun-daun berguguran ditiup angin. Aku selalu minta tips dari kawan-kawan apa yang patut aku buat.
Dari kawan yang biasa-biasa sampai yang nakal badboy lah orang cakap aku minta tips. “Kau kena caring.” “Kau kena sweet.” “Puji-puji la sikit, sebab perempuan ni suka kena puji.” “Kau kena pandai bercerita baru diorang rasa attach.”, dan sebagainya.
Mana part yang aku tak ikut. Semua aku buat ikut kesesuaian. Namun, apa aku buat tu macam sia-sia. Mereka chat dengan aku tapi balas sepatah-sepatah macam tak berminat.
Bukan seorang tapi dah berorang-orang. Nak kata aku tak bercerita, banyak benda aku taip untuk bina satu komunikasi, perbualan.
Lagi satu, macam masa aku study dulu aku ada crush macam orang lain. Bila aku confess yang aku ada perasaan dekat dia, aku masih ingat. “Kau ni pendek laa Din”.
Kini apa yang aku buat aku dah cuba untuk memperkemaskan diri aku termasuklah pakai smart, trim jambang, rambut sikat tapi macam itu je lah hasilnya. Berlarutanlah aku buat semua perkara ni sampai lah umur aku yang sekarang.
Aku ada buat pemerhatian sendiri, berkenalan sampai aku jumpa sebab kenapa aku susah sangat nak ada perempuan nak kat aku. Sekarang kerja pun gaji aku masih sedang-sedang dalam lingkungan 2k.
Dengan situasi keluarga, dan aku ada terbaca kos sara hidup rakyat Malaysia yang bergaji 6k, isteri dia bergaji 2k pun hidup bercatu-catu.
Kalau nak ikutkan ekonomi masa kini. Aku tengok balik kalau dalam situasi aku, gaji aku dengan komitmen keperluan seharian hidup saja, tercekik jugak. Itu satu.
Lagi satu umur aku macam ni aku fikir semula, aku sibuk fikir pasal jodoh. Target nak bina keluarga umur begini-begini tak jadi.
Dengan situasi aku keadaan aku dan keluarga, seolah-olah aku dah tak nampak jalan kearah perkahwinan. Nak cari calon satu hal, sudahlah aku ni lelaki yang pendek.
Pendapatan pula sedang-sedang kadangkala aku fikir betul jugak adanya perempuan nak cari yang kaya, stabil bagi hidupnya okay. Yalah kan mak ayah dah besarkan dia elok-elok belajar tinggi-tinggi, takkan nak bagi dia hidup susah pulak.
Aku bayangkan jugak kalau ada perempuan yang kahwin dengan aku, stress agaknya dia nak fikir pasal kos. Benda ni perlukan perbincangan, macam aku cakap situasi aku dan keluarga.
Apa yang aku dapat, perempuan kalau dia sedih sebab tak kahwin-kahwin even dah umur 30 itu aku rasa perkara biasa. Sebab mereka ditanggung.
Hanya perlu cari lelaki yang boleh menafkahi dengan baik dan bertanggungjawab untuk keluarganya sendiri dan ibu bapa serta ibu bapa mertua.
Untuk lelaki pula, kena stabil, ada ilmu dan sifat tanggungjawab. Untuk aku? Kena jadi jutawan dulu baru boleh kahwin.
Aku rasa cukuplah aku cari jodoh. Nak cari sekufu pun ibarat mencari permata dalam timbunan pasir. Aku teruskan hidup nak cari redha Allah. Jaga ibu ayah.
Kalau fokus dekat jodoh ibadah kelaut. Mati nanti kelaut api lah jawabnya. Tapi redha Allah ni kalau dicari ibadah dikejar. Dua-dua boleh dapat. Biarlah aku jaga ibu ayah aku.
Jika Allah jemput mereka, aku mohon Allah jemputlah aku sekali. Aku tak mahu tinggal dekat dunia ni seorang sampai aku meluaskan lagi dosa aku atas dunia ini. Terima kasih kerana membaca. Sekurang-kurangnya aku dapat meluah.
Sekian…
– Udin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit