Hi semua. Ini kisah saya seorang single mom, saya ada seorang anak lelaki yang berumur 3 tahun. Saya berkahwin pada 2017 dan bercerai pada tahun 2019 pada ketika anak lelaki saya berumur sekitar 6 bulan.
Tak perlu la nak diceritakan punca dan sebab penceraian kerana bagi saya penceraian saya merupakan perkara terbahagia dalam hidup saya,
I am happy to be free from toxic and penuggang agama.
So, well, once kita becerai of course la saya terima duit nafkah untuk anak, Untuk anak sahaja ye RM300 sebulan. Oh, ya my ex-husband bekerja dalam bidang professional bukan kerja biasa or tidak bekerja.
Family my ex pun bukan biasa biasa so bagi saya dia mampu untuk bagi anak lebih dari RM300 sebulan at least cukup la untuk tampung duit pampers and susu anak.
Bukan tak bersyukur dengan RM300 sebulan untuk anak, tapi terasa macam RM300 saja untuk anak dari beribu gaji yang diterima. Okay fine I decided untuk fight more for the nafkah anak.
Each and every time I ask more for the nafkah, ayat dia will be macam ni, awak tahu tak nafkah anak ialah tanggungjawab awak sebab awak penjaga sah anak (hadhanah) saya ni hanya menolong @ ihsan dengan membantu awak. Okay now let’s talk what is Nafkah.
Nafkah ialah mengeluarkan belanja atau sara hidup kepada mereka yang wajib ke atas seseorang samaada isteri atau anak atau orang orang yang berada di bawah tanggunganya.
Ianya termasuk dari segi keperluan tempat tinggal, makanan,pakaian, Pendidikan keagamaan dan perubatan.
Okay now, siapa yang bertanggungjawab ke atas nafkah anak *Jawapan yang paling tepat ialah BAPA. Jika bapa tiada, tanggungan berpindah mengikut susunan tertib wali..
Da terang lagi bersuluh masih lagi nk letak nafkah atas bahu bekas isteri. Seorang ayah hendaklah menafkahi anak nya sehingga anaknya itu berupaya untuk menafkahi diri nya sendiri.
Well we are in 2022 senang cerita sehingga anak berusia 18 tahun atau sehingg anak masih bersekolah @ menuntut ilmu.
Worst sekali, dulu masa baru baru cerai dia bagi RM300 then beli susu anak 3 kotak and balance beli biskut baby tu..
Inform la my ex FIL via whataspp cakap Salam ayah RM300 tak cukup dapat beli ni saja… dia pun seen saja wey.. Apa la salah reply let me discuss with my son dulu ke apa ke..
Pernah juga sekali bergaduh minta bill rawatan anak. Masa tu turn dia ambil anak and serah kan resit bill klinik pada ex husband dia boleh cakap dia tak nak bayar and siap sound saya kau tak faham Bahasa ke..
Yang pelik nya ayah kepada ex-husband aku ni relax saja duduk kat tempat pemandu tanpa bercakap apa2.
Padahal my ex fil tu bukan orang biasa2 saja dia seoarang yang berjawatan juga la, tapi sayang mungkin kerana benci kan aku sampai sangup lupa tanggungjawab pada cucu lelaki sendiri.
Jangan sampai nanti da tua baru nak claim cucu dari hasil keturunan sendiri tapi soal besar kan cucu serahkan 100% pada bekas menantu.
Once kes da masuk court dia tak pernah bunyi lagi yang nafkah anak tu bukan tanggungjawab dia tapi dia kerap says saya tak mampu hanya itu yang saya mampu. Kalau ada lebih saya bagi lebih… Tapi nak kawin boleh pulak ada duit. Musykil nya aku dengan lelaki yang macam ni.
Soal anak semua tiada duit soal GF ada pula duit. Well sepandai2 tupai melompat akhir nya jatuh ke tanah.. saya terjumpa online transaction history S*** dia.
Dia beli kan GF dia Bra.. Itu kata tak ada duit?? Baju anak kau tak beli BRA GF boleh pula kau beli. Tak silap saya la 3 pasang dia beli masa tahun 2020, huhu kami bercerai 2019, 2020 da ada tanggungjawab beli bra untuk GF…
Apa perasaan kau sebagai bapa ye, utama kan perempuan yang belum tentu jadi milik kau dengan anak yang memang da jadi darah daging kau? Ini ke lelaki yang konon nya datang dari keluarga baik2.. Muka suci kau tu.
Lately ni isu yuran sekolah anak pula, saya minta dia untuk berkongsi yuran anak, alasan nya lagi bukan tanggungjawab dia and dia hanya menafkahi anak dari segi perbelanjaan sekolah sahaja contoh beg sekolah, peraalatan tulis, kasut sekolah dan lain lain.
Monthly fees ialah tanggungjawab saya seoarang. Sakit nya hati ini hanya Allah yang tahu, dari segi pendidikan anak pun masih berkira saya hanya minta share sorang 50% bukan minta dia bayar seoarang.
Itu pun masih menolak, saya tidak tahu mana ilmu yang yang dia belajar sampai macam ni sekali pemikiran dia.
Semua yang buruk hal anak dikatanya mengikuti jejak saya, tetapi yang baik2 semua mengikuti jejak dia. Jika bukan saya yang mengajar anak ABC, 123, Doa siapa lagi yang ajar anak.
Bukan penghargaan yang saya minta tapi cukup untuk tidak menjengkelkan saya dengan percakapan yang keluar dari mulut puaka dia tu.
Saya berharap sangat next perbicaraan saya, hakim dapat menerangkan dia apa tanggungjawab sebenar dia seorang bapa, bukan hanya bapa di atas kertas tapi the real of being father and the responsibilities as well.
So, end of the story, walaupun anak saya kekurangan nafkah dari ayah kandung nya sendiri tapi anak saya sentiasa dimurahkan rezeki dari kaum keluarga saya sendiri.
Banyak perbelanjaan yang saya tidak mampu untuk menunaikan tapi di galas oleh adik dan kakak saya.
Saya selalu mengingatkan diri sendiri untuk mendidik anak saya menjadi seorang anak lelaki yang bertanggungjawab dan menjalankan tanggungjawab nya sehabis baik.
Tolong doa kan agar case tuntutan nafkah anak saya berjalan dengan lancar nanti.
– Puan Kim (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit