Assalamualaikum semua. Terima kasih siarkan luahan hati saya. Saya Sally (bukan nama sebenar).
Tujuan saya menulis di sini ialah nak minta pendapat sis dan bros. Semalam saya dengar slot di radio berkenaan kesan pada anak selepas penceraian. Saya amat terkesan dan risau.
Untuk pengetahuan sis dan bros, saya dah bercerai dengan bekas suami tahun lepas dan anak kami seramai 3 orang. Saya bekas suri rumah.
Saya tinggalkan dia kerana didera mental dan fizikal(kadang-kadang). Saya boleh bertahan dengan dia 7 tahun tapi saya nekad nak bercerai kerana fikirkan anak2. Children see, children do.
Saya pun tak perfect tapi saya cuba jadi yang terbaik untuk anak2 saya. Antara sebabnya:
– taknak anak2 ikut perangai baran papa dia.
– taknak anak2 belajar tak hormatkan saya selaku ibu mereka sebab papa diorang tak hormatkan saya.
– nak anak2 terutamanya anak lelaki belajar hormatkan kaum wanita.
– taknak si sulung dan no 3 terasa kerana saya lihat bekas suami melebihkan yang no 2.
– saya mengalami tekanan dan ada cubaan untuk tekup muka anak. Jadi saya nak selamatkan mental saya juga daripada jadi lagi teruk.
– saya taknak anak sulung pun kemurungan disebabkan asyik dimarah oleh papanya dan saya(disebabkan stress dengan bekas suami).
– bila bergaduh, bekas suami sering menengking dan memaki saya depan anak2 dan rupanya jiran pun dengar.
Dan banyak lagi. Jadi saya dengar di slot radio yang anak-anak yang datang daripada keluarga yang bercerai akan datang akan jadi budak yang bermasalah.
Anak 3 saya berusia 7, 3 dan 2. Wanita mana yang mahukan penceraian kalau perkahwinan itu aman damai?
Saya cuma doa banyak2, setiap waktu, hari2 untuk anak2 saya membesar menjadi anak yang soleh dan solehah memandangkan anak2 saya kekurangan kasih sayang seorang papa.
Sebenarnya kalau anak2 duduk 1 rumah dengan papanya pun, papanya sibuk cari duit dan apabila bising akan dimarah (kebanyakkan akan marah dan blame saya sebab tak control anak2).
Saya terfikir, macam mana nak sekat anak kecil daripada bermain dan menangis. Jadi sis dan bros, adakah betul kajian yang dijalankan seperti yang dinyatakan oleh slot radio tersebut?
Anak2 masih kecil dan saya selalu terus terang saja pada mereka yang saya dan papa mereka dah tak berkahwin dan tak boleh duduk serumah.
Saya kesian melihat mereka tapi saya membayangkan anak2 bila dah besar akan berperangai seperti papa mereka.
Saya takkan kawin balik dengan bekas suami memandangkan dia pun akan berkahwin lagi masa raya nanti. Minta pandangan ye. Terima kasih
– Sally (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit