Di Mana Silapnya?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Ini kali pertama saya menulis disini. Sungguh tak tahu bagaimana nak meluahkan isi hati yang terpendam.

Saya seorang perempuan yang telah berkahwin lebih lima tahun. Kami masih tidak dikurniakan anak. Saya merupakan seorang wanita yang berkerjaya dan berpendidikan tinggi.

Beberapa bulan lepas saya mendapat kerja berjauhan dengan suami membuatkan kami tinggal berasingan. Pada mulanya hati terasa sangat berat memandangkan ini kali pertama terjadi.

Permulaannya, segalanya okay walaupun kami kurang berkomunikasi kerana faktor bekerja dan jadual kerja yang berlainan.

Hari demi hari komunikasi semakin sedikit dan akhirnya kami cuma berbual jika berjumpa pada hujung minggu sahaja.

Beberapa minggu kebelakangan, sikapnya mula pelik.

Asalnya berjumpa saya pada hujung minggu dan kadangkala saya ke tempatnya untuk berjumpa tetapi beberapa minggu dia beralasan untuk pulang berjumpa dengan saya. Saya terus menunggu tetapi janji dimungkiri.

Pada minggu lepas, akhirnya dia pulang berjumpa saya. Tetapi sikapnya agak dingin dari kebiasaan.

Saya cuba positifkan diri, mungkin dia letih kerana bekerja dan memandu jauh. Entah bagaimana terdetik untuk cuba melihat telefon bimbitnya.

Demi Allah, selama ini tidak pernah saya melihat telefon nya dan tiada langsung rasa curiga. Oh, rupanya telefonnya ada password. Saya bungkam.

Sewaktu dia mandi, saya nampak telefon bimbitnya menyala (masih belum sempat lock) jadi saya teragak untuk membuka Whatsapp.

Saya melihat perbualan Whatsapp yang agak mesra bersama kawan perempuan di pejabatnya yang jauh lebih muda dari saya (walaupun panggilan kau aku) tetapi hati saya sangat sedih dengan perbualan tersebut.

Saya cuba positif kan diri tetapi saya tetap menyalahkan diri saya.

Adalah kerana saya jauh dari suami sehinggakan suami saya begini? Suami saya pernah berkata dia selesa hidup sendiri selama beberapa bulan. Bebas dari masalah.

Saya juga akui beberapa tahun berkahwin saya sangat sibuk bekerja. Kini saya buntu. Saya cuba perbaiki hubungan kami. Saya sayangkan suami saya dan rumahtangga kami.

Saya berasa sangat down dan tidak dapat berbuat apa apa. Saya ingin meminta nasihat daripada semua serta kata kata semangat.

Terima kasih.

– Syafiqah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *