Aku Redha Putus Cinta Kerana Allah

Assalamualaikum, saya perempuan, 22 tahun. Pelajar degree. Saya nak luahkan isi hati saya.

Saya seorang introvert. Sebelum ni, saya pernah bercinta setahun, tapi gagal.

3 tahun single, dan trauma, akhirnya saya jumpa lah seorang lelaki ni. Dalam alam maya pertemuan kami. Platform apa dan di mana itu, biarlah rahsia.

4 bulan perkenalan, lepas tu, saya terpaksa tinggalkan dia. Masalahnya di sini, dia hanya kerja kilang dan belajar taraf SPM saja. Mulanya, saya fikir tak apalah, itu saya ketepikan sebab saya tak pandang semua tu.

Setelah kenal tanpa jumpa, dia ni kaki game. Sebaya dengan saya, 22 tahun. Kononnya, dia serius nak kahwin dengan saya. Serius nak ada hubungan dengan saya. Tapi, bila main game, leka. Saya cuba abaikan.

Saya terima bila dia main game. Tapi makin lama, dia macam makin kerap mengabaikan saya. Saya pula dah ragu2 dengan dia. Sebelum ni terfikir nak jumpa dia hujung tahun. Tapi, akhirnya terbatal sebab saya tinggalkan dia.

Dia ni introvert macam saya juga, tapi dia tiada kawan. Dia suka bersendiri, kaki game, terlalu taksub dengan hobi kereta dia, dengan tiktok lagi, dan tak reti jaga hati perempuan pula tu.

Lawak kan? Tambahan, taraf pelajaran dan pekerjaan memang rendah. Tak sekufu dengan saya.

Saya mulanya saya nak cuba terima semua kekurangan dia. Saya ikhlas. Tapi, mungkin sebab saya kerap berdoa agar Allah bagi petunjuk, akhirnya saya dengan rela meninggalkan dia.

Dia? Langsung tak menolak. Langsung tak mencari saya, seakan-akan memang terima kepergian saya. Agaknya, memang tak seriuslah kot dengan saya.

Saya sebenarnya malas nak bercinta usia muda begini dah.

Pada permulaannya, saya ingat nak cuba serius ke arah perkahwinan, tapi kalau dah begini, saya redho. Saya tak nak silap mencari bakal suami. Takut di akhir nanti saya yang merana.

Ada juga beberapa lelaki yang mahu mengurat saya, tapi saya tak layan.

Bukan nak berlagak cantik, tapi sebab saya tak nak bagi harapan palsu kepada mereka. Saya tak mahu mereka berharap pada saya disebabkan saya tak mampu nak bercinta. Bila saya bersedia nanti, baru saya terima.

Saya memang tak pandai melayan lelaki, dan tidak pandai bercinta. Saya ada anxiety dan depression. Sebab itu agaknya saya gagal untuk kali yang kedua.

Tapi, saya tak meroyanlah, sebab saya memang tahu apa yang Allah takdirkan itu pasti yang terbaik untuk saya.

Saya ada ketakutan untuk mempercayai lelaki dan mempercayai cinta. Apa pun, saya yakin, akan ada lelaki yang terbaik akan Allah hantar untuk saya satu hari nanti. Dan masa itu, saya akan percaya pada lelaki dan cinta.

Kepada perempuan di sana, saya sarankan pilihlah lelaki betul-betul. Semak latar belakang, perangai, hobi lelaki.

Jangan termakan dengan janji manis dan tipu daya lelaki, sebab kesudahannya, kita yang perempuan yang merana nanti.

Kalau dia kaki game, pastikan lelaki tu bukan yang mudah leka, sebab nanti lepas kahwin, isteri yang buat keje rumah jaga anak. Suami???

Leka main game. Biarlah lelaki tu pandai bahagikan masa antara game dan keluarga.

Bukan nak hina orang main game, tapi ada SESETENGAH orang yang leka dengan game sampai abaikan keluarga. Main boleh, leka jangan.

Pengajarannya, cinta memang buta, tapi jangan kita yang bodoh dan buta. Janganlah meroyan kerana putus cinta kerana Allah sentiasa ada untuk kita.

Jika semuanya kita buat demi Allah, insyaAllah Allah selamatkan kita daripada perkara yang buruk. Sekian.

Ikhlas,

– Cik Snow (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *