Mama Narsis dan Adik Beradik

Aku anak sulong dari 4 adik beradik dan satu2 nya anak perempuan.. sekarang umur 40 dan berkerjaya..

Mama seorang suri rumahtangga.. Ada buka kedai kecik2 masa kami semua bersekolah untuk bantu papa yang berkerja sebagai kerani.

Apa yang aku nak cerita tentang sikap mama..

Masa aku kecil, mama selalu cerita tentang kesusahan keluarga papa. Tentang nenek yang membenci dia sebagai menantu dan menghina dia.

Pernah mama dan mak su bertengkar di titi masuk rumah nenek. Aku yang masa tu darjah 3 atau 4 tercengang2 tengok mama n mak su terjerit2

Bila habis sekolah menengah, aku dapat belajar di kl. Belajar jurusan yang mama nak sangat aku masuk belajar. Pada hal, aku bukan suka sangat..

Setiap kali telefon atau balik jumpa keluarga, mama mesti merungut pasal angah. Dia kata angah tu pemalas, tak pandai.. Aku masa tu memusuhi angah sebab buatkan mama susah hati dengan kebod**** dia

Akhirnya angah dapat belajar ke ipta di utara. Dia ambil jurusan perkapalan yang buatkan mama menangis sebab mama takut angah mati tengah laut. Aku sekali lagi benci angah sebab buat mama nangis.

Hubungan aku ngan angah sentiasa panas.. Panas sangat sampai macam anjing ngan kucing.. Tak boleh nampak muka. Nak bergaduh ja..

Bila aku diduga perkahwinan pertama gagal, angah banyak tolong aku. Masa tu aku banyak terhutang budi pada dia. Dia memang wali yang baik bagi aku.

Bila aku berkahwin kali kedua, mama tak setuju sebab kali ni pilhan aku hanya petani tapi angah antara orang yang menyoking keputusan ku.

Setelah 3 tahun kami berkahwin.. Aku, suami dan angah duduk berborak. Bercerita hal2 dulu dan semasa.

Masa tu la terkeluar cerita kenapa angah memilih bidang perkapalan. Kenapa angah benci aku masa remaja dan awal dewasa kami. Kenapa aku benci angah..

Rupanya… Mama menjadi punca. Mama terlalu memuja aku hingga buatkan angah sakit hati. Masa tu angah kata, dia nekad lepas spm.. Dia nak belajar jauh dan kerja jauh. Tak nak selalu ada dekat dengan mama.

Dan aku pula.. Mama selalu momokkan yang angah ni anak derhaka tapi sebenarnya angah jenis menegur mama secara berterus terang. Apa yang salah, angah terus cakap. Jadi bagi mama, angah anak derhaka.

Antara sedar atau tidak, mama jadi penyebab aku dan angah tak sehaluan.

Bila aku dan angah kaji semula segala tingkah mama, barulah kami sedar yang mama banyak ciri2 narsis. Secara tak langsung.. Kami susah nak sepakat.

Tu belum cerita pasal bang teh dan acu. Pun banyak kes yang berpunca dari mama..

Selalu orang kata.. Ibu itu syurga.. Tapi ramai terlupa ibu itu juga manusia. Nabi suruh kita mulia dan taat tapi bukan suruh kita ikut macam lembu.

Antara sedar atau tidak.. Ramai ibu yang ada ciri2 narsis ni. Cuma sebagai anak kena lah matang dan ingat waktu bila ibu guna kuasa veto dia

Tapi setakat 2 atau 3 ciri, jangan pulak korang cop ibu korang narsis..

Apa kesan dari ibu yang narsis ni? Korang boleh komen dan aku percaya korang ada pengalaman yang serupa.

– Along mdd (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *