Childhood Trauma

Ini cerita berkenaan childhood trauma yang aku lalui masa kecil. Sekarang umur aku dah hampir 30 tahun, tinggal di kotaraya yang jauh dari kampung, berkerja swasta dan bujang.

Cerita bermula sewaktu aku berumur 9 tahun, Aku baru bangun tidur, aku tanye adik ibu mana, adik bagitahu ibu kerumah atuk, tapi hakikatnya, jodoh ibu ayah aku tak panjang.

Adik beradik kami ramai, jd ibu mengambil adik aku yang bongsu. Jadi aku dengan adik beradik lain dalam jagaan ayah aku. So bermula lah episod “kurang kasih sayang”.

Even aku stay dengan ayah aku, tapi bukan dia yang menjaga aku. Yang dia tahu hanya tinggalkan duit yang tak pernah cukup sbelum pergi kerja dan pulang malam. Yang menjaga aku adalah abang aku yang waktu itu berumur 18 tahun.

Ayah aku bukan orang biasa, dia orang ternama, disegani, ahli politik tapi kami adik beradik makan tak cukup, belanja sekolah tak cukup.

Aku pernah minta ayah belikan aku basikal tapi tak dapat, malah ayah dengan bangga bagitahu aku dia sponsor berpuluh basikal untuk satu program.

Betapa luluh hati aku masa tu. Keadaan kami adik beradik disekolah ayah tak pernah ambil tau. Hanya abang aku yang mengambil tahu perihal aku dengan adikku, tapi kadang2 abang aku keterlaluan, teramat garang, setakat kena tampar itu biasa, tapi at least abang aku peduli.

Tak macam ayah. Kadang2 aku sampai tak cukup makan, pergi laa aku mengemis kat rumah kawan. Ayah selalu menghantar aku bermalam dirumah kakaknya, maksedara aku yang tu boleh tahan puaka mulutnya, aku yang kecil tak tahu apa, diracunnya.

Macam-macam laa dia berkata buruk pasal ibu aku, dicemuhnya dicaci maki lagi. Aku hanya dengar dan diam.

So, ibu aku berkahwin lain dengan seorang anggota polis.  Sewaktu aku berumur 9 tahun, setiap kali weekend ayah akan hantar aku dengan adikku kerumah ibu. Aku masih tak lupa, baru sehari kami disana kami terpaksa balik kerana ayah tiri aku tak menyukai kami.

Adik aku menangis meraung tak nak balik, aku hanya diam memendam. Abang aku datang ambil aku dengan adik aku masa tu.

Satu lagi peristiwa yang aku tak boleh lupe, semasa aku dirumah ayahku, aku ternampak kereta ibu dirumah jiran (kawan ibu). Ibu langsung tak singgah jenguk kami adik beradik.

Bila aku nampak ibu dah keluar, aku terus pergi kat ibu tapi ibu cepat2 masuk kereta. Aku dengan adik kejar kereta ibu, dah laa masa tu hujan lebat. Adik aku tak payah cakap laa masa tu, meraung sambil kejar. Tapi ibu tak berhenti.

Sewaktu aku kecil, ibu atau ayah tak pernah ajar aku solat. Tak pernah ajar aku agama, yang diorang tahu hantar aku kelas mengaji saja,

Tapi sampai sekarang aku tak pandai membaca, ustaz ingat aku pandai bace, hakikatnya aku hanya menghafal. Bab solat mase aku sekolah menengah aku belajar sendiri.

Kalau nak diceritakan benda yang aku trauma masa kecil memang banyak. Rejection, betrayal, abandonment semua ada. Tapi aku tak pernah menangis didepan sesiapa. Aku menangis seorang diri.

Kekadang aku koyak bila ayah cakap dengan kawan-kawan dia, dia lah yang menjaga aku dengan adik aku, tapi hakikatnya abang yang menjaga kami walaupun tak sempurna, walaupun sakit kene denda.

Sama juga dengan ibu, bila ibu cakap rindu aku waktu kecil dulu, hakikatnya aku diabaikan.

Sewaktu aku dah habis sekolah, sudah berumur 20 tahun. Ayah berpindah kerumah lain dengan isteri dia, tinggalah kami adik beradik dirumah lama.

Keadaan bertambah baik, tapi aku semakin nakal, tiada yang menegur aku, sesat jugaklah aku waktu itu, macam-macam benda salah dan dosa aku buat. Memberontak, ikut kepala sendiri tapi alhamdulillah Allah bagi aku kesedaran, perlahan aku berubah.

Aku tak tahu benda ni effect ke tak kat hidup aku sekarang, mungkin ada, orang selalu judge aku dari masa lalu aku, kesilapan lama aku, cerita lama aku so macam mana aku nak move on ?  Tapi aku masih trauma.

Relationship aku tak pernah berjaya, aku takut pasangan aku tinggalkan aku, betrayed, sampai benda ni trigger aku untuk overthinking yang keterlaluan sampai aku buat perkara yang tak sepatutnya pada pasangan aku.

Tapi at the end aku tak salahkan sesape, aku salahkan diri aku. Entah bagaimana aku nk clear kan trauma ni, aku nak hidup tanpa negativity dalam otak aku.

Aku bersumpah dengan diri aku, nanti aku dah kahwin ade anak, aku akan bagi anak aku hidup yang aku tak pernah ade, kasih sayang yang aku tak pernah dapat. Aku janji.

– XXXY (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *