Aku malam susah untuk tidur, kalau siang pula senang aku tidur. Malam kalau dah masuk pukul 8, selepas subuh baru aku boleh tidur.
Habis degree aku terus bekerja dekat audit firm. Aku tinggal dekat rumah flat berdua dengan ibu aku, mak aku kerja cleaner. Keluar pukul 7 pagi, 3 petang balik.
Tragedi, aku tengah tidur malam ni aku rasa macam tak sedap hati. Jadi aku pun bangun pergi dapur minum air, pergi ruang tamu duduk kejap.
Tapi hati aku memang tak tenang, jadi aku ketuk pintu bilik mak aku pukul 3 pagi. Tapi tak ada menyahut, jadi aku pun buka. Aku pun tolak bahu mak aku kejut sambil panggil nama. Rupanya mak aku dah meninggal dalam tidur.
Satu hari suntuk selesaikan urusan pengembumiaan semua. Selama aku hidup, hari itulah yang aku rasa hari yang paling penat sekali. Aku pun ambil cuti seminggu, selama seminggu tu aku nak makan pun payah.
Lepas seminggu, nak tak nak aku kembali masuk office. Kerja macam biasa, tapi aku ada satu masalah start dari haritu.
Masalahnya aku tak boleh tidur malam, aku dah cuba penatkan diri tapi tetap tak berhasil. Aku cuma boleh tidur tepat pukul 6 pagi baru aku memang mengantuk.
Jadi setiap hari aku balik kerja pukul 6 petang, aku tidur sampai azan maghrib dan dari maghrib sampai ke subuh aku berjaga.
Aku masuk kerja pukul 9 pagi, jadi tidur dalam pukul 6 lebih dan 8:30 pagi aku bangun pergi kerja. Benda ni berlarutan sampai 1 bulan, setiap hari masuk kerja aku memang terasa penat betul.
Jadi aku jumpa doktor ceritakan masalah aku, dia pun kasi ubat tidur. Minggu pertama tak ada masalah akhirnya dapat tidur malam, dah masuk minggu ke dua. Ubat tidur pun memang tak berkesan, kalau pukul 10 aku ambik tepat pukul 3 memang aku akan terjaga.
Aku pun stop ambil ubat tidur, sampai satu hari aku rasa macam teramat penat aku pun berhenti kerja. Selama sebulan tu aku duduk rumah, malam berjaga dari pukul 8 malam sampai pukul 6 pagi.
Lepastu siang tidur dari 6 pagi pukul 12 tengahari bangun makan, pukul 2 tidur balik sampai 4:30 dan pukul 6 aku tidur balik sampai pukul 7:30.
Sebulan ini rutin aku, aku rasa dalam sebulan tu boleh kira dalam 2-3 saja keluar rumah itu pun buang sampah. Mungkin ada yang tertanya, “kau tak solat ke?” Solat aku tetap teruskan macam biasa.
Sebulan berehat aku pun cari kerja, tapi aku bukan cari kerja office. Tapi cari kerja yang boleh kerja pada waktu malam. Aku awal rancang nak kerja kilang ambil shift malam. Tapi cancel dan akhirnya aku kerja security dan kerja waktu malam.
Datang interview, diorang agak terkejut kenapa aku pilih kerja security aku cuma cakap nak cari pengalaman. Jadi aku pun cakap yang pilihan aku ialah shift malam kalau boleh jangan tukar langsung. Supervisor aku pun setuju sebab ramai yang lagi suka shift siang berbanding malam.
Malam biasa aku berdua dengan lagi sorang guard, jadi aku baru rasa macam boleh bernafas. Siang tidur, malam pula kerja. Sebab malam aku memang tak boleh tidur, selalunya malam akan ada macam gilir tidur sekejap sejam sorang tapi aku cakap takpe malam aku tak tidur.
Setiap hari, aku boleh kira berapa ramai org yang aku communicate atau berapa banyak patah perkataan aku guna untuk bercakap. Aku lebih rasa tenang bila diam, bagi aku malam ialah saat yang tenang dan mengerikan. 3 bulan selepas kerja security, company ada construction.
Jadi security cuma ada shift siang, malam ada security yang khas. Jadi nak taknak aku kena kerja siang. Waktu ni aku memang agak geram.
Siang aku kerja memang penat, ngantuk tak fokus. Balik kerja mata celik, setiap malam aku akan baring dekat ruang tamu dan fikiran aku melayang. Aku sendiri tahu masalah muncul selepas kematian mak aku. Tapi masalahnya aku sendiri tak tahu cara nak selesaikan masalah ni.
Pergi therapy? Pergi juga sekali dua, terus terang doktor pakar bahagian macam aku ni. Kalau kerajaan appointment 3-6 bulan baru dapat. Kalau swasta? Aku pergi sekali bil dah beratus. Jadi aku lebih selesa hidup dengan keadaan macam ni.
Kerja security aku berhenti, sebab tak mampu kerja siang memang aku penat. Aku kerja jaga cyber cafe atau cc nama lain dia. Cc malam jaga pukul 8 malam sampai pukul 6 pagi. Cc ni pula 10-15 minit dari rumah aku.
Aku pun kerja macam biasa, cc ni memang malam pun orang ramai tapi sampai pukul 2, pukul 3,4,5 dah kurang. Kalau sabtu ahad baru sampai pukul 6 pagi pun ramai.
Lepas sebulan kerja ni, aku perasan sorang perempuan ni memang dia akan datang cc pukul 10 malam sampai pukul 6 pagi. Waktu aku dah nak tukar shift dengan orang lain dia pun balik.
Aku pernah check screen dia, main game tidak. Tapi dia setakat scroll Facebook, dengar lagu tengok movie, drama, anime.
Dah masuk bulan ke dua, sambil sapu sampah dengan susun keyboard semua. Aku nampak dia tengok anime ni, jadi aku pun saja ganggu cakap anime ni best aku baru habis tengok. Tapi tak kena layan, aku pun buat tak tahu.
2-3 minggu, dia datang dekat kaunter pukul 3 pagi. Dia tanya aku best ke kerja malam aku cakap okay saja sebab kerja malam tenang.
Aku pun tanya dia tak takut ke malam datang cc sebab perempuan kan sambil tu aku tanya dia tak kerja ke. Dia jawab kerja, tapi kerja dia menghadap depan komputer saja. Aku pun sambung berbual dalam 10 minit.
Sejak haritu setiap kali dia datang kaunter nak beli air makanan semua. Confirm aku dengan dia bersembang dalam 20-30 minit, dari anime, movie, kdrama dan segala macam topik.
Hampir 6 bulan kerja dekat cc tu. Aku baru tahu nama dia Sharon. Selama ni aku tak pernah tanya nama dia.
Sebab dah macam rapat dan siap bertukar nombor telefon, Facebook dan twitter semua. Aku share dengan Sharon yang aku malam ada masalah tak boleh tidur sebab itu kerja shift malam.
Sharon pun kongsi dengan aku dia ada problem sama, tapi kisah dia lain. Dia kalau malam takut duduk sorang.
Sebab itu malam dia pergi cc, sebab cc akan sentiasa ada orang termasuk yang jaga kaunter. Sharon pun cerita dia dah ada problem ni hampir 5 tahun. Dia siap ada group chat dengan orang yang ada masalah sama.
Jadi dia invite aku, rata-rata dalam tu memang ada masalah malam tak dapat tidur. Siang selepas pukul 6 pagi baru semua boleh tidur.
Dalam tu ada 8 orang termasuk aku, jadi bila aku join group tu, diorang suruh aku share masalah aku. Aku pun share, tapi aku tak masukkan part mak aku. Aku skip part tu dan cakap aku ada problem ni secara tiba-tiba.
Kalau siang group ni memang sunyi sepi, tak ada satu mesej pun masuk. Pukul 7 atau pukul 8 terus baru laju mesej masuk. Semua dalam group tu, termasuk aku memang kerja malam.
Yang paling lama kena masalah macam aku nama Ana, dia ada masalah ni dari umur 12 tahun sampai umur dia 27 tahun. Dia cerita kalau malam dia takut tidur, kalau terlelap mesti mimpi tersesat dalam hutan.
Mak bapak dia ingat kena saka ke apa, dia bawa berubat semua dan bawa rukyah. Bila rukyah tu tak ada reaksi langsung. Jadi dah makin lama tu family dia macam terima yang situasi dia ni normal.
Setiap malam, aku masuk kerja cc dalam sejam dua nanti Sharon datang. Kalau orang ramai dalam cc tu dia memang tak bersembang dengan aku, dah tinggal 2-3 orang dalam pukul 1-2 pagi baru dia datang lepak dekat kaunter. Sekali sebulan group ni akan ada gathering.
Bila diorang invite aku macam reject cakap tak dapat cuti, padahal sebulan tu aku boleh 2-3 kali ambik cuti.
Sebenarnya aku reject bukan apa, sebab dalam group tu semua perempuan. Aku nak pergi gathering macam tu malu pula. Kalau setakat wasap dalam group aku tak ada masalah.
Bulan seterusnya Sharon ajak aku lagi sekali, aku reject juga tapi Sharon cakap dia ada nombor telefon bos cc tu nanti dia try tolong negotiate.
Aku pula terus respons dekat dia takpe biar aku try minta cuti lagi sekali, nak tak nak akhirnya aku terpaksa ikut juga Sharon ni pergi rumah salah sorang dalam group tu semua panggil dia Kak Nora. Kak Nora ni yang paling tua dalam group umur dalam 40 an.
Kak Nora ada masalah ni 5 tahun lepas, dia balik pergi dinner dengan kawan kerja dia pukul 11 malam. Bila balik dia nampak housemates dia gantung diri dekat tengah ruang tamu.
Sejak haritu, malam dia memang takut pejamkan mata. Asyik terbayang. Sampai sekarang kalau malam Kak Nora ni memang tak tidur.
Sambil makan, sambil semua berkongsi masalah. Dalam group tu bukan semua Melayu, yang Melayu cuma aku, Ana, Kak Nora dengan lagi sorang nama Suri. 4 orang lagi Jen, Julia, Sharon, Sofia pula Sarawak dan India.
Jadi setiap dari sorang kongsi cerita dekat aku, macam Jen ni dia tak dapat tidur malam punca dari ayah dia. Ayah dia ni kalau setiap kali balik tengah malam mabuk. Lepastu pukul atau paksa mak dia buat hubungan seks.
Mak Jen ni meninggal, bapak dia pula masuk penjara. Jadi dia setiap kali malam rasa takut, takut yang ayah dia akan balik rumah walaupun dia sendiri dah pindah negeri lain.
Jadi kalau malam tu dia memang duduk ruang tamu sambil baring tapi tak tidur, dah nampak cahaya sikit dalam 6:30 atau pukul 7 baru dia rasa selamat dan boleh tidur.
Sofia pula dia ni katanya punca dari stress, Sofia ni, dia dari kecik sampai besar kiranya overachiever. Dia ni kiranya excel dalam semua benda, aku awal tu ingat dia ni macam exaggerating. Jadi Sharon tunjuk dekat aku dari dia kecik lagi, gambar dan achievement dia memang betul.
Jadi bila dah macam umur dia jejak 23 tahun, dia rasa macam penat sangat. Dia try tidur, tak dapat, dia baring dari pukul 9 sampai pukul 4 pagi tak boleh tidur. Masuk pukul 6 atau 7 baru dapat lena. Benda ni berterusan sampai umur dia 27 tahun.
Julia pula dia pakai wheelchair, dah lama juga hampir tahun. Dia sebenarnya nak balik rumah, dalam pukul 1 pagi dia macam terlelap sesaat microsleep. Jadi accident, kereta terbalik. Bila dah dia sedar, kaki tak berguna seumur hidup. Tak sampai sebulan dia pakai wheelchair.
Tunang yang sepatutnya dia akan kahwin lagi 2 bulan pun minta putus dengan alasan dia tak boleh nak jaga Julia ni seumur hidup.
Dalam masa yang sama mak ayah Julia pun macam abandoned kan dia sebab bagi mereka ni Julia dah jadi menyusahkan. Julia ni pun seorang diri struggle dengan wheelchair dia.
Sejak dia hidup seorang diri dengan wheelchair dia. Pada Julia, kalau dia tak tertidur accident tak akan jadi dan dalam masa yang sama benda ni tak akan jadi pada diri dia. Setiap kali malam dia akan berjaga duduk atas wheelchair dia sampai pagi.
Suri pula kisah dia kena abuse dengan ayah dia, kalau dia buat salah nanti ayah dia letak dalam bilik kunci lepastu tutup lampu cuma buka kipas. Dia start kena abuse waktu umur 15 tahun, mak dia ni lari ikut lelaki lain.
Jadi ayah dia ni macam berdendam, kalau dia marah sikit masukkan suri dalam bilik memang gelap bilik tu. Tak nampak apa, cuma dengar bunyi kipas. Jadi setiap kali tu dia menangis dah pagi baru ayah dia keluarkan.
Habis SPM dia sambung belajar benda ni tak ada masalah. Tapi dah masuk umur dia dalam 22 tahun. Dia masuk bilik air, lepastu rumah sewa dia ni blackout mati. Dalam bilik air terus gelap gelita.
Dari situ dia macam recalled balik apa yang ayah dia buat. Jadi mula dari umur dia 22 dan sekarang 26. Suri memang tak dapat dan tak boleh tidur malam.
Bila semua dah share masalah diorang secara details. Aku pun terus ceritakan kisah aku yang sebenar, bila dah share aku macam cakap minta maaf sebab sebelum ni tak share cerita secara details.
Tapi diorang tak ada masalah, katanya ramai dulu yang awal berkenal memang tak share story full.
Jadi malam tu memang semua segar bugar, masuk saja nak pukul 6 lebih dan ke-7 baru semua start mengantuk. Aku pun siang tu tumpang tidur dekat rumah Kak Nora.
Esok petang baru bangun dan malamnya sambung bekerja. Aku tanya Sharon macam mana korang boleh jumpa siapa ada masalah sama.
Rupanya dari Facebook, dulu ada group macam share masalah. Yang mulakan group ni Sharon dengan Julia. Jadi diorang dekat facebook, twitter jumpa macam post orang cakap “dia tak boleh tidur malam”
Sharon cakap ramai yang bagitahu tak tidur malam, tapi cuma setakat tak tidur malam sehari dua. Lepas sehari dua elok tidur malam. Jadi dia jumpa yang hampir bertahun tak tidur nama dia Ana. Sharon dengan Julia macam terkejut rupanya ada orang yang lagi lama dari diorang.
Jadi dari situ jumpa Kak Nora, jumpa Jen, jumpa Sofia, Suri dan akhirnya aku. Aku pernah tanya diorang tak cuba ke nak perbetulkan masalah ni. Semua jawab dah cuba tapi akhirnya tak menjadi.
Akhirnya semua terima yang mereka ni tak boleh hidup pada siang hari, termasuk aku.
Jadi kami yang 8 orang dalam group ni anggap situasi kami ni “normal” masing-masing teruskan hidup macam biasa.
Sebulan sekali, buat aktiviti sama-sama. Kadang tu tengok late night movie, bbq pukul 2-3 pagi dan banyak lagi. Aku dah join group ni lebih 3 tahun. Tapi masih 8 orang ahli.
Aku sebenarnya dah lupa, bila kali terakhir aku keluar siang macam pergi enjoy aktiviti siang. Terus terang, aku memang dah lupa. Siang aku memang guna untuk tidur, kalau bangun dalam 10-15 minit lepastu sambung tidur balik.
Aku sendiri tak tahu benda ni akan sampai bila, mungkin sampai akhir hayat? Entahlah. Sekarang pun aku bangun pergi kerja, pergi kedai stock barang makanan waktu petang semata mata for the sake of living.
Aku pernah tanya dengan yang lain, pernah terfikir untuk b*n*h diri? Masing-masing jawab pernah. Tapi cuma terfikir nak buatnya tidak.
Sebab pada diorang dan termasuk aku, malam ni waktu yang tenang dan mengerikan untuk kami. Jadi semua lebih memilih untuk teruskan hidup kami yang “normal” ini.
– Hafiz (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit