Serba Salah II

Aku kembali untuk ceritakan kesinambungan kisah aku yang serba salah dengan ibu mertua aku sendiri.

Untuk yang tak tahu cerita, sila baca part 1 dahulu di sini, https://iiumc.com/serba-salah-10/ .

Biar aku ringkaskan terlebih dahulu, aku seorang isteri, berumur 28 tahun, masih belum dikurniakan zuriat, usia perkahwinan baru 1 tahun setengah macam tu.

Luahan aku yang lepas berkisar tentang aku tinggal di rumah mertua tapi tak ada bilik untuk kami suami isteri. Kami tidur di ruang tamu sahaja.

Aku abaikan komen yang cakap aku dengan suami nak jimat kos sebab tu stay rumah mak mertua aku, and lain-lain.

Nak cakap jimat kos, aku rasa lagi habis kos bila tinggal sekali sebab bil-bil, aku dan suami yang jelaskan. Makan pulak jarang masak sebab mak mertua aku tak larat.

Aku pulak tak rajin nak masak disebabkan mak mertua aku terlalu cermat. Tapi lebih kepada aku malas. Aku nak jadi diri sendiri.

Kalau aku tak bekerja, boleh laa kalau aku nak masak and lain-lain. Ini aku kerja, aku nak kena masak, ingat aku apa. Biarlah mak mertua aku nak cop aku tak pandai masak ke apa.

Biarlah nak cakap aku malas ke apa, aku dah balik kerja nak dekat maghrib, tak kuasa nak jadi menantu mithali ,nak masak-masak bagai.

Rumah sendiri aku boleh masak, setakat masak simple-simple, goreng ayam, masak megi atau goreng nugget-nuget tu boleh lah.

Kalau nak tahu, aku dengan suami dah sewa rumah lain. Dalam daerah yang sama, cuma perabot-perabot belum lengkap. Nampak macam dah selesai masalah aku dengan suami. Rupanya tidak.

Dah hampir 4 bulan kami sewa, tapi aku rasa baru 7-8 kali kami bermalam dirumah kami. Sebabnya? Sebab mertua aku selalu tak sihat.

Kadang-kadang bila dah plan nak balik rumah sewa, mesti ada saja penyakit yang timbul. Bukan aku tak percaya, cuma kadang-kadang terlalu kerap. Aku faham dia cuma ada suami aku, satu-satunya anaknya.

Kalau dia taknak kami Aku tak pernah kongkong suami aku, cuma terfikir jugak, kenapa suami dia (bapak tiri suami aku) jarang sangat balik rumah.

Sepanjang aku berkahwin, baru 4 kali dia balik rumah. Sekurang-kurangnya kalau suami mak mertua aku ada, tak ada lah sunyi sangat mak mertua aku. Ada peneman.

Aku faham suami aku risau kalau ibunya tak sihat, aku sendiri pun risau, tapi apa guna rumah sewa tu kalau kami tak tinggal situ. Sekadar balik hujung minggu saja.

Ikut hati aku, aku nak tinggal situ kalau aku sorang pun, tapi disebabkan kawasan kejiranan ada orang luar, suami aku tak benarkan.

Jadi samada aku balik rumah mak ayah aku, atau balik ke rumah mertua. Sebagai anak tunggal, mesti suami aku lebih utamakan ibunya.

Cuma kadang-kadang aku agak terasa. Pernah aku and family aku nak ke selatan, ambil adik aku, disebabkan akak aku berpantang, jadi aku saja yang tinggal.

Awal tu suami aku memang nak pergi sekali, tapi lagi sehari tiba-tiba mak mertua aku cakap dia sakit pinggang, tak boleh bangun.

So suami aku tak berani tinggal dia banyak hari, sudahnya aku drive sendiri pergi dengan family aku. Aku rasa macam aku tak ada suami.

Dia tak patut biar aku drive dari utara ke selatan sendiri. Sepanjang perjalanan memang aku tekanan sangat. Aku rasa macam mak mertua aku saja buat alasan supaya suami aku kesian and tak ikut.

Ada suami pun tak boleh jadi pelindung isteri sendiri. Isteri kena berdikari, malah aku rasa aku lebih buat semuanya sendiri sepanjang aku kahwin.

Kalau nak tahu, aku ni selalu jadi orang kedua. Apa-apa keputusan, ibu mertua yang buat. Suami aku juga lebih mengutamakan pendapat ibumya.

Kadang-kadang rasa macam aku tak ada tempat dalam keluarga ni. Rasa macam aku ni sekadar menantu, kena ikut saja apa keputusan. Sudahnya keputusan tak pernah betul. And aku yang tak buat keputusan tu yang kena hadap semua akibatnya.

Aku sebenarnya dah rasa penat macam ni. Berulang-alik. Kalau nak tahu, setiap hari mesti ada soalan, hari ni nak balik rumah mana.

Rumah sewa memang jarang la kalau hari biasa. Oleh sebab di rumah mertua tak ada bilik, jadi aku selalu balik rumah mak ayah aku. And suami aku temankan mak dia.

Kat sini tak ada masalah pun sebab suami aku sendiri yang benarkan kalau aku nak balik rumah mak ayah aku,

Tapi bila dah kerap sangat hampir hari2, ayah aku ada tanya, kenapa selalu balik sini, suami aku ok ke? Mak mertua aku ok ke? Kenapa tak balik rumah sewa?

Rugi la bayar bulan-bulan tapi tak tinggal sana. Kesudahannya aku pulak rasa stress. Tiba waktu nak balik je mesti fikir nak balik rumah mana. Banyak sangat rumah kan.

Sekarang aku tengah tunggu suami aku punya KWSP bulan ni, aku nak paksa suami aku beli barang rumah. Aku nak jugak duduk rumah tu.

Walaupun mak mertua aku ada cakap tak payah beli barang rumah sebab tu rumah sewa saja, aku tak peduli. Kalau dia ikut kata mak dia, aku dah tak nak sewa rumah tu.

Aku nak ambil balik deposit sewa rumah, aku dah sabar and makan hati banyak sangat, Duduk la bawah ketiak mak dia. Aku dah takkan cakap apa pun. Aku nak jadi diam saja. Kalau sebelum ni aku banyak cakap and membebel.

Memang suami aku yang banyak salah, dia patut mainkan peranan dia sebagai suami and anak. Aku pernah tanya dia, tanggungjawab suami yang pertama sepatutnya pada siapa?

Dia jawab memang pada isteri, tapi situasi dia lain sebab dia anak tunggal. Nafkah boleh dikatakan tak ada untuk aku.

Kalau ada pun bila dia ada duit lebih sikit. Untuk aku dia berkira sangat, kadang-kadang aku minta duit minyak, diberinya RM20.

Kalau mak nya, hari2 beli makanan kat luar. Ya, hari-hari. Dia boleh berjalan, berkebun, tapi bila nak masak mesti macam2. Tapi berjalan 1 mall, tak sakit pinggang pulak aku tengok.

Aku tak suruh dia masak untuk aku, tapi masak untuk diri sendiri sudah la. Hari-hari beb, tengahari and makan malam. Duit tak pernah ada simpanan. Komitmen bulanan pun selalu culas.

Aku tak tahu, mak mertua aku tak suka aku ? kenapa dia tak pernah mintak anak dia jaga isteri dia betul-betul. Kenapa dia biar aku drive jauh-jauh tanpa suami aku.

Kenapa dia tak suruh anak dia jadi manusia yang bertanggungjawab. Kenapa.. Aku rela tak ada anak lagi sebab aku tak rasa sekarang masa yang sesuai untuk anak aku hidup dalam keadaan macam ni.

Aku tak benci mertua aku, hakikatnya aku selalu bawa mertua aku keluar makan, jalan-jalan, Aku tak benci suami aku, aku selalu senyum and jadi penyelesai masalah suami aku. Mungkin ada yang cakap yang aku suka pendam masalah.

Aku dah pernah menangis and jerit-jerit waktu tengah drive and tengah call dengan suami aku.. Aku hampir hilang waras and rasa nak bawak kereta laju-laju biar bila aku dah mati baru suami aku rasa kehilangan. Aku nak dia menyesal sebab dia tak hargai aku.

Rasa lapang sikit dada aku lepas dah luahkan. Terima kasih sudi membaca.

– Mawara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *