Assalamualaikum semua pembaca. Selamat berpuasa bagi yang beragama Islam. Terima kasih kepada IIUM Confession jika siarkan confession saya ini.
Saya bukanlah seorang yang pandai menulis tapi saya cuba untuk tidak merumitkan. Seperti tajuk yang dinyatakan mesti semua dapat agak apa yang akan saya sampaikan.
Sebelum saya memulakan luahan hati. Cewah. Sedikit penerangan tentang diri saya. Nama saya Lili (bukan nama sebenar). Berumur lewat 20-an dan bakal memasuki umur angka 3. Huhu.. Bekerja sebagai penjawat awam. Anak sulung daripada 5 beradik.
Berbalik kepada tajuk di atas. Teruskan atau lepaskan. Dari tajuk, sudah tentu semua pembaca dapat agak apa yang saya cuba sampaikan.
Isu jodoh. Ya isi jodoh. Bagi seorang perempuan yang anak sulung dan hampir memasuki umur 3 series, soalan bila nak kawin selalu menjadi topik perbualan apabila ahli keluarga berkumpul.
Dan saya juga sedar yang ibu dan ayah mesti nak melihat anak mereka berkahwin. Mereka pasti susah hati melihat anak mereka belum berkahwin lagi.
Sejak dari zaman sekolah, zaman universiti hinggalah zaman bekerja. Saya tak pernah berkawan dengan sesiapa. Sebab saya mempunyai prinsip.
Saya harap, jodoh/suami saya itu adalah lelaki yang pertama dan terakhir dalam hidup saya. Saya cuba jaga hati saya untuk dia yang bakal menjadi imam kepada saya.
Lagi satu sebab ialah saya takut hati saya dikecewakan. Saya susah untuk sayang orang. Tetapi apabila saya sudah start sayang, saya akan sayang sesungguhnha. Boleh dikatakan saya seorang yang setia.. hehehe. Buktinya ialah saya sayang kawan-kawan saya.
Semasa zaman sekolah dan universiti bukannya tak ada orang yang cuba mendekat.. ada yang cuba untuk dekati tetapi saya jarakkan diri sebab mungkin masa itu tak berapa matang lagi. Tak fikir soal kahwin dan saya juga masih berpegang kepada prinsip hidup saya. Hehehe.
Saya bukanlah seorang yang cantik sangat. Rupa paras biasa-biasa ja.. tinggi pun comel-comel gitew orang kata.. berat pula, tak la gemuk sangat dan tak juga kurus sangat. Sedang-sedang aja. Hihihihihi.
Berbalik kepada topik di atas. Disebabkan usia yang semakin menginjak, keluarga mula susah hati apabila melihat saya tak ada kawan lagi.
So, tahun lepas around bulan November, ibu saudara ada menanyakan sama ada ingin berkawan dengan seorang lelaki. Btw ibu saudara membuka sebuah kedai. Dan kedai dia ada ramai pelanggan tetap. So lelaki yang dia cadangkan adalah salah seorang customer dia.
Lelaki itu beza 4 tahun dari saya. Saya namakan dia sebagai D. Kami bekerja dalam bidang yang sama. Dan rumahnya juga berdekatan dengan saya. Cuma saya belum menetap di sana lagi. sekarang saya menetap di rumah sewa disebabkan bekerja di negeri jiran.
Personaliti saya, bukanlah seorang yang friendly. Saya perlukan masa untuk menjadi diri sendiri. Saya agak pemalu untuk memulakan perbicaraan. Orang tanya sepatah. Saya akan jawab sepatah. Saya just bercakap banyak dengan orang yang betul-betul saya rapat sahaja.
Apabila ibu saudara menanyakan tentang ingin berkawan dengan D. Saya iyakan saja. Sebab saya mula berfikir. Ya jodoh memang sudah ditetapkan oleh Allah. Tapi perlu usaha untuk dapatkan. Perlu usaha untuk mencari. Tak boleh expect, jodoh turun dari langit. Hahahaha.
So, bermula la sesi perkenalan saya dengan D. Ibu saudara saya juga tidak berapa mengenali D kerana D baru berpindah sahaja dari negeri lain ke negeri sekarang yang dia sedang menetap.
Tetapi disebabkan D ialah customer yang selalu datang ke kedai, ibu saudara dapat lihat yang dia seorang yang pemalu dan tidak banyak cakap. Hanya senyum saja. Dan seorang lelaki yang baik.
Actually bukan D yang menanyakan kepada ibu saudara sama ada mempunyai calon atau tidak. Tetapi kawan-kawan D yang menanyakan jika ada calon untuk D. Apabila ibu saudara kata ada. D tidak menolak dan juga tidak mengiyakan. Dia just senyum saja.
So, bermula la sesi perkenalan kami. D yang memulakan dulu menghubungi saya. Saya seorang yang tak akan mesej orang tanpa sebab. So, apabila mesej last ialah saya yang reply, saya tak akan memulakan dulu. D yang akan mulakan dulu selepas itu.
Saya just akan memulakan conservation dulu jika mesej sebelum itu, stop dengan dia yang reply. Kami tak msj seperti orang lain. Ada good morning. good night. mesej kami stop apabila salah seorang tertido dulu. Hahahahaha..
Untuk pengetahuan semua, sebelum ini, saya pernah cuba berkenalan dengan seorang lelaki tetapi tak serasi. Saya tak boleh nak teruskan. Kami berkawan selama sebulan then bawa haluan masing-masing.
Tetapi dengan D, saya rasa selesa. Saya tak sangka boleh still mesej dengan dia sehingga sekarang, hahahaha. Mungkin sebab kami bekerja dalam bidang yang sama. Jadi ada pelbagai topik yang boleh dibicarakan. Kebanyakan conservation kami semuanya tentang hal pekerjaan.
Untuk pengetahuan pembaca semua, selama 5 bulan perkenalan, kami tak pernah berjumpa dan tak pernah call atau video call. Just mesej sahaja. Itu pun pada waktu malam sahaja. Kalau ada hari yang salah seorang busy, so, kami tak mesej. D tak pernah ajak untuk berjumpa atau call.
Sebenarnya, semasa sebulan perkenalan kami. Saya ada menanyakan dia satu soalan iaitu apa status hubungan kami. Kawan yang bagaimana. Kawan yang just kawan. Atau kawan yang nak ke arah serious atau kawan yang cuba untuk melihat dulu sama ada serasi atau tidak.
D mengatakan bahawa kami patut mengenali hati budi masing-masing dahulu disebabkan baru sahaja kenal. Ini kerana dia takut dengan komitmen.
Perempuan perlukan perhatian 24 jam. Dan dia tidak boleh berikan itu disebabkan faktor kerja & juga sebab dia suka bersukan.
Saya tak kisah tentang itu sebab saya pun tak suka mesej 24 jam. Perkejaan saya juga agak busy. Saya minta satu tempoh untuk percuban.
Kalau selepas tempoh itu, kami rasa serasi, so, akan teruskan. Kalau tak serasi, kami akan stop. Kami decide utk bagi tempoh masa berkawan selama 2 bulan. After 2 bulan, masing-masing tak nyatakan apa jawapan masing-masing. Saya tidak menanyakan apa-apa kepada D.
D juga tidak memberitahu apa-apa. Kami teruskan berkawan sehingga sekarang. Pada awalnya, saya fikir selagi saya selesa dengan D dan okay. Saya akan teruskan.
Tetapi selepas hampir 5 bulan berkawan. Saya mula berfikir. Apa sebenarnya status kami berdua. Personaliti saya, saya tak suka mesej orang tanpa sebab. Mesej yang santai-santai. Itu bukan diri saya.
Saya hanya akan mesej seseorang apabila mempunyai urusan sahaja. Tetapi saya kecualikan untuk D sebab bagi saya itu salah satu usaha dalam mencari jodoh.
So, bila sudah lama mesej dengan D, saya tak tahu sebenarnya apa yang dia rasa tentang kami. Apa yang dia anggap tentang hubungan kami.
Saya mula berfikir adakah dia masih bertahan disebabkan ibu saudara saya atau bagaimana. Saya tak suka buang masa dengan satu benda yang tak ada kepastian.
Saat saya menulis ini, sudah seminggu lebih kami tidak mesej. Saya tak suka perasaan seperti ini.
Bagi saya, kalau serious berikan satu kepastian. Selepas dapat kepastian, saya tak kisah sama ada selalu mesej atau tidak. Sebab saya seorang yang dry texter. Jadi asalkan ada kepastian, saya okay.
Tetapi bila tak ada kepastian, saya sudah mula hendak overthinking. Tapi kalau mahu berhenti, saya mahu masing-masing clearkan perkara ini then stop.
Sebab saya seorang yang straight to the point. Yang perlukan kepastian. Tak kisah sama ada perkara itu positive atau negative, saya perlukan kepastian.
Mungkin akan ada yang kata, dia tak mesej so, tak perlu fikir. Jangan fikir. Buat seperti biasa saja. Saya tak boleh buat seperti itu sebab saya seorang yang perlukan kepastian.
Sekarang, apabila orang bertanya sama ada saya mempunyai kawan atau tidak. Saya tak tahu nak jawab apa.
Dan kalau kawan-kawan terdekat yang tahu tentang D, setiap kali mereka yanya perkembangan, saya tak tahu nak jawab apa. Sebab saya sendiri tak pasti. Ada juga beberapa kawan yang nak perkenalkan kawan mereka.
Geng bekerja juga ada calon yang nak perkenalkan kepada saya. Mereka minta untuk cuba berkawan. Tetapi semuanya saya tolak sebab D. Sebab saya tak pandai nak mesej ramai2 orang dan saya bukanlah orang yang begitu.
Jadi, saya nak minta pendapat pembaca semua. Adakah saya perlu teruskan seperti biasa atau saya perlu tanya direct atau adakah saya terlalu tergesa-gesa.
Tapi saya malu untuk menanyakan hal-hal seperti ini kerana nampak seperti saya yang tergedik-gedik. Dan saya bukanlah orang yang seperti itu. Dilemmaaa..
– Yaya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit