From Crush To Next Step

Selalu baca confession kat IIUM Confession tapi this time nak cerita something happened in my life.

Jadi aku perkenalkan diri. Nama Pia (nama samaran) umur 23, anak bongsu dan satu-satunya perempuan. Berasal dari negeri X. Mak ayah kerja kerajaan (yang perlu pindah randah).

Mak ayah seorang yang sangat tegas, kalau kata A maka A la yang akan buat (rasa dah boleh agak kerja apa tu) hehehe.

Tinggi 163 dan berat 49kg. Kulit tak putih (serious tak putih) tapi tak juga gelap. Sawo matang macam tu. Kulit melayu asli lebih kurang. Dan aku dari dulu target untuk tamatkan zaman bujang aku pada umur 24 atau 25 macam tu.

Okay dah cerita pasal diri dan parents. Long short story aku pernah bercinta kat universiti dulu dan di reject oleh mak ayah aku atas 2 sebab.

1) Tak sama negeri.

2) Education tak sama.

Senang cakap “tak setaraf”. Bagi keluarga aku, kalau lelaki kena cari perempuan yang rendah or sama education dari pihak lelaki.

Perempuan kena cari lelaki yang tinggi atau sama education dengan pihak perempuan. So ex kena reject dengan keluarga aku.

Disebabkan aku dari kecil tak duduk kat negeri asal and awal tahun 2020 baru balik negeri x, mak ayah aku bagi syarat kat aku untuk cari lelaki yang duduk sama negeri.

Tapi aku langsung takde kawan atau kenalan kat negeri X disebabkan aku membesar di negeri lain. Dan kawan cadangkan download apps dating.

Akhir tahun 2020 (umur aku 21) aku download apps tu dan ada ‘match’ dgn sorang lelaki ni. Aku namakan dia S.

‘Match’ dengan S tapi S tak mulakan sesi perkenalan. Diam membisu macam tu. Dalam 3 minggu lepas tu aku padam akaun dan apps tu.

Pertengahan tahun 2021 (umur aku 22), aku download lagi apps dan buat akaun baru. Dan ‘match’ lagi dengan S. Tapi dia tak mulakan sesi langsung. Diam macam tu je. Jujur cakap memang aku crush sangat kat dia.

Dalam gambar tu dia tak kurus tak gemuk cuma berisi sikit dan ada janggut (since aku tak suka lelaki kurus sangat dan suka sangat kalau lelaki tu ada janggut sikit). So sebab tu aku crush dekat dia.

Ouh aku download apps dating tu sebab masa tu aku cuti mid sem dan kita tengah pkp. Hehe, ingat nak hilangkan bosan (pemikiran tak matang). Jadi download apps tu dalam 2 minggu dan padam akaun dan apps tu sekali lagi hahaha.

Awal tahun 2022 (umur aku 23), aku download apps dating yang sama lagi sekali. Masa ni aku dah habis degree, target utama untuk cari kerja dan jodoh hahaha. Kerja tu dah nampak bayang cuma jodoh tu belum nampak bayang.

Jadi itu sebab utama download apps tu lagi. Jadi bila aku buat akaun dan download apps tu sekali lagi, aku ‘match’ dengan S tu lagi sekali!

And kali ni S tegur aku! Dan jujur cakap aku sangat happy!

Hari pertama kitorang sembang tapi tak rancak sangat. Borak biasa macam bagitau dia kerja apa, umur berapa and so on. Umur S 25 tahun ni. Aku pun bagitau macam tu jugak. Hari kedua okay dah start ngam. Dia selalu ajak untuk aku jumpa dia.

Tapi aku mengelak sebab aku takkan senang-senang jumpa dengan stranger. Macam-macam alasan aku kasi untuk mengelak dari jumpa dia hehe. Then kitorang follow each other kat instagram. Boleh nampak life dia sangat busy.

Pukul 8 pagi keluar rumah, pukul 1 atau 2 pagi baru balik rumah. Tapi tiap kali aku post story instagram yang aku luangkan masa dengan family, dia akan reply dan cakap “saya nak jumpa mak ayah boleh?”.

Banyak kali dia cakap ayat tu. Life dia pun macam takde yang suspicious jadi yes aku just follow the flow.

Until one day, aku sangat la malas masak sebab aku sorang kt rumah. Abang-abang aku takde dan mak ayah aku kerja.

Selalu kalau takde siapa kat rumah aku akan masak spegetti je kat aku tapi spegetti habis dan mood nak masak takde. Tiba-tiba dapat idea untuk ajak dia keluar lunch!

Hahaha yes for the first time kitorang jumpa. Tapi aku masih lagi berhati hati dan ajak dia makan tempat ramai orang.

Aku ajak S pergi makan kat pizzahut since pizzahut ada spegetti hahaha. Kitorang spent time 3 jam dekat pizzahut tu saja hehehe.

Tengok cara dia borak, cara dia treat me, ayat dia, jujur buatkan aku fall in love. Tapi ini baru pandangan pada sisi aku, aku tak tahu lagi apa pandangan dia kat aku. Then aku ajak balik since belum solat zohor.

Sambil jalan nak pergi kat kereta masing-masing, dia cakap, “saya tak puas lagi borak dengan awak, nanti nak makan apa-apa just bagitau okay”. Dan aku macam wowwww mamat ni kasi hint ke?? Hahahaha. Dia hantar aku gi kat kereta aku and kitorang balik.

Lepas dari tu ada la borak tapi macam aku cakap dia busy, keluar makan kat pizzahut tu pun berapa ramai client dia. Yes aku percaya yang call tu client dia sebab dia cakap depan aku. Hehe.

Dan satu hari aku craving kek chocolate oddisiey yang secret recipe punya! Hahahaha. Dalam otak fikir macam mana nak umpan S ajak dia teman makan kek tu.

So seminggu sebelum puasa, aku dapat panggilan temuduga ke ibu kota. Rabu dah kena gerak sana. Balik negeri X sehari sebelum puasa. Jadi tak sempat nak makan kek tu lepas balik dari temuduga.

Jadi jumaat tu aku chat dia kat instagram (since kitorang takde number masing), ajak dia makan kek kat secret recipe. Masa tu dia tengah outstation takde kt negeri X. Jadi masa aku chat dia tu, esokkan baru reply. Huhu sedih.

Chat sepatah sepatah dari jumaat sampai la selasa baru jadi. Bayangkan 5 hari chat diaaaa tapi sepatah sepatah sebab S reply sangat lambat.

Then selasa tu keluar makan kek sekali dengan lunch.

Macam biasa time lunch tu ada client call. Kitorang borak macam biasa, rancak macam taknak balik hahahaha tapi yeah aku ajak balik jugak sebab masing-masing tak solat zohor lagi. Masa ni dah dapat number fon masing-masing yeay!

Dan balik rumah tu aku rasa happy macam orang bercinta padahal tak bercinta pun! Biasa la baru lepas jumpa crush hehe.

Masa makan kek tu aku bagitau yang aku gi ibu kota esok dan S respond cakap “habis kalau awak dapat kerja sana, awak nak tinggal saya kat sini sorang-sorang?”

And aku mcm hahaha happy pulak dia cakap macam tu. Adakah aku tak bertepuk sebelah tangan??? Hahaha

Balik dari makan kek tu kitorang whatsapp tapi tak kerap.

Sampai la satu hari aku perasan bilangan friends dekat facebook dia naik sorang hahaha (aku stalk Facebook dia, tapi aku dah friend dengan dia kat facebook), dan followers and following kat instagram pun naik sorang!.

So aku takut kalau dia tengah kenal dengan orang lain. Ye la dah aku jumpa dia pun kat apps dating, jadi ada kemungkinan yang dia tengah kenal dengan orang lain lagi.

2 hari lepas makan kek which is hari khamis, aku confess kat dia. Bagi aku tak salah pun kalau perempuan confess kat laki dulu.

Aku ambik pengajaran dari kisah cinta aku sendiri, dulu ada sorang laki ni confess kat aku, and aku terima tapi tak lama pun bercinta dengan dia sebab dia tak pandai menghargai.

Jadi kenapa kita perempuan kena takut untuk confess kat laki? Kena reject itu lagi baik dari tengok dia end up bersama dengan perempuan lain.

At least lepas dah confess dan dapat jawapan kita boleh tenang. Asalkan ada usaha, doa dan tawakkal. Semua Allah yang tentukan yang mana terbaik untuk kita.

Back to the story aku tak confess secara ayat karangan panjang. Petang khamis tu aku resah, aku fikir macam mana kalau dia tengah kenal dengan orang lain? Aku mesti melepas nanti dah la crush dari tahun 2020. Aduh tak boleh jadi ni hahaha.

Dan petang khamis tu aku buat google form hahahahaha. Aku taktahu macam mana aku boleh dapat idea untuk confess kat google form hahahaha.

Jujur cakap aku sikit pun tak tengok content entah apa-apa yang hanya untuk famous tu. Aku rasa Allah gerakkan hati aku untuk cuba cara ni hehe. So petang khamis tu aku buat google form untuk confess kat S.

Aku tulis kat description macam mana sifat dia, peribadi dia, cara layanan dia yang buatkan aku suka dia.

Yang paling aku suka ialah walaupun dia busy, dia tetap akan kosongkan jadual dia hanya untuk teman aku makan makanan yang aku craving! Dalam google form tu boleh tanya soalan dan bagi pilihan jawapan.

Aku buat 8 soalan hahaha tapi senang je sebab aku dah bagi pilihan. S cuma perlu pilih. Jangan la letak jawapan yang kita nak je, letak jawapan positive and negative (walaupun sakit untuk terima kenyataan).

Jadi malam khamis tu aku hantar link google form kat S. Sebelum magrib aku hantar link tu, pukul 10 malam dia baru reply whatsapp aku.

Tapi dia cuma cakap dia malu hahahaha. Then aku suruh dia jawab tapi dia still cakap dia malu. Then aku reply cakap “saya lagi malu” hehe, betul la ingat senang ke perempuan nak confess dulu. Then saya tutup link google form dan tido.

Esok pagi tu subuh dapat whatsapp dari dia cakap “alaaa saya tak cakap pun saya taknak jawab” and yes aku happy!! Dan bukak balik link google form tu hehe. And whatsapp dia cakap link google form dah bukak dan dia tak reply sampai la ahad. Yes pagi sahur!.

Selama 2 bulan aku contact dengan S, aku selalu berdoa kat Allah supaya jodohkan aku dengan S. Bila aku dapat berita aku ada temuduga kerja, aku baca yasin tiap malam dan selitkan doa untuk dapatkan kerja dan dijodohkan dengan S.

Tiap kali lepas solat isyak aku akan solat hajat untuk doakan temuduga aku berjalan dengan lancar dan juga doakan supaya urusan aku dengan S dipermudahkan oleh Allah. Aku tunggu jawapan dari S selama 3 hari.

Dari khamis, jumaat, sabtu. Sabtu tu umat islam dah start terawih dan aku selitkan doa aku untuk dijodohkan dengan S. Tapi jujur cakap sabtu tu dah pasrah. Sebak sangat. Masa berdoa kat masjid, aku menangis dan berdoa supaya S bagi jawapan.

Aku tak kesah sama ada dia terima aku atau tak, aku cuma nak kan jawapan. 3 hari S diam. Jumaat cuma chat pagi subuh tu sekali dan sabtu langsung tak contact.

Time tu aku boleh agak yang S akan reject aku. Aku terima kenyataan. Tapi aku takkan sesekali whatsapp dia lagi hahaha (sebab jumaat haritu dia dah tak reply).

Dan pagi ahad, waktu sahur. Aku dapat whatsapp dari S. Aku suka tapi cover hehe. Dia cuma tanya dah sahur ke? Then aku cakap dah.

Aku straight to the point tanya dia “tak nak kasi jawapan ke yang kat google form tu?”. Dan dia cakap soalan last sekali tu susah hahahaha.

Rasanya soalan tu tak susah pun. Soalan tu aku tanya “lepas saya bagi google form ni kat awak dan awak reject saya, awak akan datang tak kat wedding abang saya? Sebab saya tahu awak akan rasa tak selesa”. Itu la soalan aku yang last dan aku kasi 4 pilihan kat dia hahahaha.

a) Terima saya dan datang wedding abang saya.

b) Terima saya dan tak datang wedding abang saya.

c) Tak terima saya dan datang wedding abang saya.

d) Tak terima saya dan tak datang wedding abang saya.

Itu je pun hahaha. Lepas tu saya balas whatsapp dia cakap “awak mesti pilih c takpun d kan??”

Then dia cakap “ehh tak, saya pilih a” dan aku rasa macam happy gilaaaa!!!. Tapi dia tak kasi jawapan penuh lagi kat google form. Then lepas dia jawab semua soalan dia kat google form, aku tahu yang dia terima aku.

Akhirnya, usaha, doa, tawakkal aku berbaloi. Alhamdulillah terima kasih ya Allah. Dan bulan 5 ni lepas raya InsyaAllah S akan datang jumpa family aku.

Kalau confession ni disiarkan, tolong doakan aku berjodoh dengan S boleh?. Aku betul2 suka S. Tahun 2020 dan 2021 cuma crush biasa tapi tahun 2022 memberi makna yang besar untuk aku.

Minta maaf kalau confession ni panjang, hehe. Terima kasih pada yang sudi baca.

– Pia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *