Aku B40, M40 dan T20

Hai, assalamualaikum semua. Kenalkan saya Suraya umur 39 tahun berasal dari pantai timur dan sudah berkahwin ada 4 orang anak.

Saya berkahwin pada usia 23 tahun dan bekerja sebagai golongan profesional dalam golongan M40. Saya berasal dari golongan B40 dan suamiku keluarga T20. Begini cerita nya…

Bukan nak berbangga cuma saya macam sedikit bersetuju dengan Profesor yang meninggikan suara kepada pelajar dan menyebut tentang “tak boleh duduk dengan B40”.

Saya sedikit setuju kerana saya di lahirkan dalam keluarga miskin adik beradik 7 orang. Ayah dan ibu penoreh getah.

Saya merupakan anak bongsu dari tujuh beradik. Kakak sulung saya tidak bekerja dan hanya berharap pada pendapatan suaminya yang berniaga dan juga pemabuk ketum.

Nombor 2 hingga 6 semua lelaki tapi semua tidak bekerja dan walau dah tua.

Dahulu mereka pernah bekerja tapi disebabkan oleh masalah sosial yang dicipta sendiri iaitu hisap dadah, hisap ganja, berjudi, pemabuk ketum dan kaki perempuan.

Abang saya nombor 2 , 5 dan 6 pernah berkahwin itu pun kerana telah mengandungkan perempuan murahan.

Manakala abang nombor 3 dan 4 masih bujang tetapi penagih dadah.

Keluarga suami saya dari golongan profesional dan anak Datuk. Alhamdulillah suami menerima saya apa adanya. Mungkin kerana gaya saya di Universiti meyakinkan dan setelah bekerjaya sangat profesional.

Tetapi apabila bakal suami saya pada masa itu hendak berjumpa dengan keluarga saya di pantai timur saya sedikit malu.

Saya tidak kisah kalau dia tidak mahu berkahwin dengan saya. Saya cuma malu kalau dia memandang ibu dan ayah saya adalah ibu bapa yang gagal.

Alhamdulillah pertama kali berjumpa di rumah keluarga saya yang usang dan hanya ada 2 bilik. Basuh baju dan pinggan pun di bilik air tetapi suami saya menerima baik dan kami berkahwin.

Pada masa itu saya baru berkerja sekarang rumah ibu bapa dah dibesarkan.

Walaubagaimanapun itu lah yang seperti profesor UITM bising “dia tak boleh duduk dengan B40”. Memang betul sama sekali.

Adik beradik saya tidak mahu berubah. Tidak mahu berusaha tetapi mahu semua bantuan dan rezeki datang melayang di depan pintu.

Sementelah saya belajar di universiti dengan membuat pendapatan sampingan buat assignment orang sehingga saya bekerja dan ada 3 orang anak. Saya tiada orang gaji dan bangun pagi untuk ke kerja pada jam 4.30 pagi.

Bila pulang ke kampung bersama suami, mereka tidur sepanjang hari dan tidak pergi kerja. Hanya mahu makan di kedai dan memilih. Tak sedar diri sedangkan tiada pendapatan dan menagih semua benda haram.

Bila ibu saya buat lauk telur hari hari mereka marah kerana lauk tidak sedap.

Sekarang anak sulung saya dah berusia 13 tahun. Suami saya mula menjarakkan masa balik ke rumah ibu bapa saya kerana contoh yang ada tidak baik mereka seperti,

Tidak berpuasa, tidak solat, bermain judi daun terup bersama rakan rakan yang tidak berkerja, hisap ganja di tempat terbuka dan dilihat oleh anak-anak saya.

Tambahan pula anak anak mereka ketinggalan dalam sekolah, ada yang tak habis sekolah kerana sikap ibu bapa mereka yang langsung tidak peduli tentang pendidikan.

Saya pernah membawa 2 orang anak saudara menetap dan bersekolah dengan saya tetapi perangai mereka sangat memalukan hisap vape di kawasan sekolah , mencuri curi bawa motorsikal dan mencuri duit suami saya.

Kemudian saya berbincang untuk pulangkan mereka di bawah jagaan ibu dan ayah mereka kerana dikhuatiri meningkat remaja perangai mereka akan lebih liar dan saya akan dipersalahkan memberi kemewahan.

Duit KWSP icitra i lestari isinar mereka dihabiskan dengan berjudi dan menagih benda terlarang.

Saya pernah memberi bantuan kereta dan motor kepada mereka untuk pergi bekerja. Malangnya semua harta benda rosak dalam masa 5 bulan dan tiada kerja yang melekat.

Sekarang saya hanya mampu berdoa supaya anak anak daya tidak mewarisi perangai teruk mereka. Saya harap ini bukan penyakit keturunan cuma persekitaran yang tidak sihat.

Boleh dikatakan asal kampung saya ialah lubuk sarang penagih dadah dan masalah sosial. Penyakit ini seakan di warisi turun temurun.

Tapi saya berpegang bukan Allah yang beri rezeki mereka begitu tetapi mereka yang tidak mahu mengubah diri dan bangsa mereka .

Buat pengetahuan pembaca suami saya semakin jarang pulang ke kampung halaman saya kerana risau minda anak saya melihat perkara salah disisi undang undang tetapi perlu normal bila berada di kampung mereka.

Kadang kadang saya jadi depresi bila mahu membantu mereka tetapi tak pernah berubah.

Apabila bulan puasa atau hari raya aidilfitri tiba semua orang bersiap menyambut raya tetapi mereka hanya tidur di pagi raya tiada sambutan perayaaan.

Saya sangat malu dengan suami dan keluarganya dan akhirnya dari sikap mereka macamtu ikatan persaudaran jadi semakin jauh antara anak saya dan sepupu mereka.

Semoga suatu hari nanti minda dan sikap mereka akan terbuka dan kembali kepada suruhan Allah.

Diharapkan juga kemiskinan mereka tidak diwariskan.

– Suraya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *