Isteri Yang Berdosa

Assalamualaikum pembaca semua. Saya Cindy, berumur 25 tahun dan bekerja sebagai Customer Service Officer di satu Syarikat Melayu.

Saya telah berkahwin dengan Adam pada Oktober 2021 setelah bercinta dari 2019.

Saya cerita sikit pasal Adam. Adam berumur 29 tahun, seorang lelaki yang sangat baik, lembut bahasanya, rajin dan semuanya baik berkenaan dia.

Boleh dikatakan Adam ni seorang lelaki “nerd” yang ada rupa.

Sepanjang perkahwinan selama 5 bulan, semuanya indah belaka tapi ada gaduh sikit sikit tu biasa lah kita masih baru nak adapt hidup sebumbung. Tapi kurangnya Adam pada hubungan di katil.

Saya hilang dara selepas 3 bulan berkahwin. Adam seolah tidak peduli tentang ini, bila dia nak saya kena bagi. Bila saya ada keinginan, tidak dilayannya saya sampai sekarang.

Sedikit pengakuan dari saya, saya pernah ada berhubung dengan lelaki lain 3 bulan sebelum saya bernikah yang saya akan gelar sebagai Aiman.

Saya berkenalan dengan Aiman asalnya hanya atas dasar pekerja dan pelanggan tapi lama kelamaan saya semakin rapat dengan dia.

Pada waktu ini saya dan Adam berhubungan jarak jauh sejak awal 2021. Semakin rapat sehingga saya pernah ikut dia balik ke rumahnya tapi saya hanya ringan ringan sahaja dan tiada intercourse berlaku.

Fast forward, bila dah nikah saya nekad untuk tinggalkan Aiman dan fokus hanya kepada Adam. Saya blocked semua berkaitan dia.

Tapi sayangnya saya sunyi bila suami saya, Adam tidak endahkan masalah hubungan kami suami isteri iaitu hubungan kelamin. Pada kesunyian tu lah Aiman muncul contact saya semua melalui SMS.

Saya cuma layan acuh tak acuh sahaja awalnya. Tapi dia mula ajak saya berjumpa walau sekejap. Oh ye saya asal dari Negeri di Selatan dan berpindah ikut Adam ke Selangor selepas nikah.

Aiman datang dari Selatan ke Selangor untuk berjumpa, saya yang suka kesiankan orang ni pun berjumpa dengan dia selama 2 jam berada di dalam kereta sahaja.

Selepas itu, kami makin rancak berborak melalui aplikasi Whatsapp tanpa pengetahuan Adam. Saya rasa sangat bersalah tetapi hati saya tetap ingin berhubung dengan Aiman.

Saya memang tak nak beritahu apa yang jadi sebelum nikah sebab tiada keperluan pun untuk Adam tahu. Tapi hubungan ni berlarutan hingga ke hari ini.

Setiap hari saya berdoa supaya Allah tarik nikmat maksiat dan lindung rumahtangga saya tapi saya masih manusia yang lemah dengan godaan maksiat.

Saya terlanjur dengan Aiman beberapa minggu lepas bila saya pulang ke kampung di Selatan.

Saya keluar dengan izin suami tetapi saya terlanjur dengan Aiman. Sebab kenapa saya terlanjur, saya tidak digauli oleh Adam selama 3 minggu.

Saya sangat menyesal dan rasa sangat sangat bersalah dengan Adam, saya nekad itu lah kali terakhir saya bertemu Aiman. Tetapi tula hidup di dunia ni yang haram tu la yang seronok.

Selepas pada tu Aiman rajin whatsapp saya dimana agak susah untuk saya ignore dia mengenangkan hubungan yang telah terjadi antara kami.

Secara jujurnya, Aiman punya ilmu atas katil ni jauh lebih seronok berbanding Adam.

Bukan saya tak cuba bincang dengan Adam, dah berpuluh kali saya minta dia cuba macam macam alternatif dan setiap tu ada alasan dia.

Saya sendiri keluarkan duit belikan dia supplement untuk tenaga lelaki, minyak untuk urut dan macam macam lagi.

Bagi saya, kalau dia boleh layan saya macam Aiman mungkin lagi senang saya nak tinggalkan maksiat dengan Aiman. Tapi dia seolah tak bersungguh.

Saya berperang dengan diri sendiri, nafsu sendiri, perasaan bersalah tapi saya takut untuk berterus terang. Saya buntu dan rasa bersalah sangat.

Saya takkan berhenti doa pada tuhan untuk dia lindungi rumahtangga saya dan jauhkan saya dari perkara maksiat lagi. Saya masih berperang dengan nafsu saya.

Mohon doakan kesejahteraan rumahtangga kami suami isteri dan doakan juga supaya Aiman dipertemukan dengan jodoh yang baik. Aamiin YRA.

– Cindy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *