Hi dearist. Sedikit pengenalan, aku dah nikah.. ade anak sorang. Cuma nak share pengalaman lepas berhadapan dengan lelaki psycho berunsur penunggang agama. Kalau jumpa lelaki macam ni cepat2 lari selamatkan diri. A big no no no.
Aku tak tahu pemakaian atau perwatakan aku ke yang menarik lelaki yang nampak beragama2 ni untuk mendekati atau yang biasa orang sebut law of attraction bilamana aku sendiri lebih suka dan tertarik dengan lelaki yang berperwatakan ala2 ustaz.
Ceritanya bilamana aku berkenalan dengan anak ustaz ustazah. Aku namakan dia Etan, dekat2 sikit dengan setan.
Tertarik sangat tengok dia yang pendiam, kurang bergaul dengan orang perempuan dan bila diselidik, semua kata Etan tak pernah pon bercinta dengan mana2 perempuan (wallahuam).
Bermulalah cerita bila pandang2, senyum2, dari fb ke wasap dan akhirnye masing2 mengaku dah tersuka antara satu sama lain.
Haa start saja pengakuan tu, slow2 taring pon keluar. Rupanye Etan ni over cemburu, over protective, bahasa dia sangat tajam dan sinis seolah2 aku ni memang confirm ahli neraka dan dialah ahli syurga.
Pernah aku naik tangga, sebelum naik tangga tu dah perhati takde lelaki sebelah belakang. Kalau ade lelaki sebelum naik tangga, aku dah bagi dia jalan dulu. Tangga pon sunyi saja.. tak ramai orang.
Tapi siapa sangka dia punya mata tu sangat tajam sampai dari blok lain yang jauh pon boleh nampak aku.
Dijadikan cerita mungkin masa naik tangga tu ade terselak sikit kain sebab berbaju kurung. Terus Etan bagi ayat “takde maruah ke.. memang suka eh orang lelaki tengok aurat dia?”. Ya Allah, first time kena tu terus terkedu.
Pernah jugak takde angin takde ribut, tiba2 dia cakap awak ni memang jenis perempuan kuat sosial kan. Aku terpinga2 la eh ape yang aku dah buat. Etan kata dia nampak gambar aku dengan kawan2 aku pergi keluar jalan2.
Ya Allah, lagi sekali aku terkedu. Etan oii.. kawan2 yang aku keluar tu semua perempuan, balik sebelum maghrib dan dihantar diambil oleh mak pak aku lagi mase tu.
Kalau keluar sampai maghrib pon mase berbuka puasa dengan kawan2.. tu pon family aku ade saja dekat kawasan sekitar tu.
Tak faham celah mane aku ni sosial dan gadis liar sangat.. mungkin Etan nak aku jadi macam dia. Tak berkawan, tak bergurau dan tak bersosial. Etan ni kawan lelaki pon ade sorang dua saja, tu pon tak rapat.
Aku mengaku dulu agak bodoh sebab ikut saja ape dia cakap. Bila dah selalu kena toce, secara automatik benda tu masuk dalam fikiran aku.
Otak seolah2 disetting kau kena buat itu ini untuk jadi perempuan solehah. Fasa berkenalan dengan dia tu kira fasa gelap dalam hidup aku.. mase tu slow2 kawan menjauh.
Etan pernah tengking aku kata aku macam2 sebab aku duduk semeja dengan orang lelaki. Waktu tu dah senggang satu kerusi dan ade perbincangan penting.
Dia pon pernah cakap perempuan macam aku ni tak layak dibuat isteri. Etan punya perangai makin menjadi2 bila tengok aku diam saja.
Dia control aku habis habisan macam memang real wife. Keluar mana2 kena mintak izin sebab dia akan selalu buat spotcheck on the spot, kalau tak bagitahu memang kena marah.
Nak tidur pon kena bagitahu sebab dia kata dalam Islam isteri tak boleh tidur dulu pada suami. Dia tak bagi aku bercakap sepatah pon dengan kaum lelaki..
Setiap hari setiap masa dia suruh bersumpah “Demi Allah takde cakap dengan mane2 lelaki? Demi Allah takde senyum dekat mane2 lelaki?”
Etan jugak pakse aku delete semua contact lelaki dalam telefon siap pesan awal2 tak bagi aku kerja sebab bila bekerja nanti kena cakap dengan orang lelaki. Jangan pakai mekap hatta lipstick pon..
semestinya diikuti dengan ayat2 agama. Isteri mesti bercantik2 untuk suami saja. Mase tu kebetulan zaman kpop tengah naik mencanak, Etan kata dayus betul lelaki tu bagi pasangan dia minat jantan kpop.
Sampai satu tahap bila dia nak tengok aurat aku sebab aku ni ‘isteri’ dia, mase tu aku macam tersedar dari lena yang panjang. Tapi ya Allah nak menjauh dari lelaki macam ni bukan senang ya. Etan berjanji macam2, ayat mendayu2 pakej air mata palsu semua ade.
Dalam satu2 waktu tu aku bukan dapat berpuluh kali misscall tapi beratus2 ye. Aku penakut jugak dulu, kawan aku offer nak angkat telefon pakej tazkirah. Sekali bila kawan aku angkat terus dia tengking2 etan..tapi tetap jugak takde kesan.
Terus menerus call sampai aku block no dia. Bila dah block, setan pon menyampaikan cara lain untuk Etan. Dia pinjam telefon kawan2 dia untuk call aku. Kawan Etan cakap Etan ni dah macam kucing hilang anak, kehulu kehilir cari nombor baru.
Setiap orang yang dia pinjam telefon tu dia akan bayar rm5. Tak cukup dengan tu Etan sanggup tunggu aku depan pintu pagar berjam2. Bila berpuluh2 nombor aku block, aku pon dah pindah barulah keadaan mula reda balik.
Agak trauma jugak aku dengan lelaki waktu tu. Memang berazam taknak kenal dengan mana2 lelaki lagi dalam waktu terdekat.
Kira waktu tu fasa aku berhijrah, fasa aku mendekatkan diri pada Allah. Memang aku niat sungguh2 untuk berubah. Taknak hanyut dalam cinta islamik lagi.
Fasa ni aku banyak menyendiri, pergi mana2 sorang2. Dan badan aku pon agak berisi mase ni sebab aku spesis yang bila stress mudah rasa lapar dan akan makan banyak2.
Tapi tak tahu kenapa waktu ni lah ramai lelaki yang mendekat padahal sebelum2 ni takde pon. Ramai kawan yang tiba2 meluah perasaan.
Ade jugak yang tak kenal pon tiba2 muncul contoh macam waktu aku pergi balai polis, tiba2 ada polis bujang mintak no untuk berkenalan,
Ade jugak waktu aku pergi pejabat untuk buat ic yang hilang. Balik rumah dapat whatsapp, kenalkan diri dia dari penjaga kaunter sebelah tadi.. nak berkenalan.
Alahaii, aku anggap waktu ni Allah memang betul2 nak uji tahap aku nak berubah kot sebelum hadirkan yang terbaik.
Kalau ikutkan macam tak logik lah tiba2 ramai mendekat walhal aku waktu tu aku berisi dan jalan pon menonong tak kisah hal orang. Zaman dulu takde pon, jadi aku doa sungguh2 supaya kali ni Allah hadirkan yang terbaik terus.
Setiap hari aku pasang lagu Unic doa istikharah. Fasa aku bina tebing jauhkan diri dari lelaki ni tak lah lame mane pon, dalam setahun dua macam tu saja sebab diri ini pon berniat untuk cari jodoh mase tu. Cuma kali ni memang nak tapis betul2 dan taknak lama2 berkenalan.
Alhamdulillah, bila aku letakkan tawakkal yang tinggi pada Allah, Allah bagi suami yang jauh terbaik dari yang terbaik.
Dulu kan aku suka lelaki ala2 ustaz.. tapi Allah hadirkan the real ustaz sebagai suami aku. Kerjayanya sebagai ustaz, tapi bukan typical ustaz. Aku tak perlu pakai jubah hitam dan berpurdah.
Dan lagi satu bukan setakat dia tolong kerja2 rumah, ape yang penting perangai dia 100% berbeza dari Etan. Bila masuk watson untuk cari sabun, dia pulak yang suruh aku pergi tengok2 bahagian lipstick. Pergi shopping mall nampak baju cantik2, dia akan belanja.
Jalan lagi nampak lagi baju cantik, dia suruh aku pulak beli haha. Bila aku berkeras taknak beli dia sanggup sponsor separuh2 hiks. Katanya dia suka isteri pakai cantik2.
Btw, mungkin ada yang suka perangai Etan.. rasa disayangi dan diambil berat mungkin? Ape2 pon aku raikan setiap perbezaan pendapat sebab setiap orang dilahirkan berbeza dan ada keunikkan masing2. Agitteww..
– Mochi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit