Hai aku Rose, single belum ada partner, umur 28 tahun masih duduk dengan mak ayah dan adik perempuan. Aku ada 2 orang kakak yang dah berkahwin, semua adik beradik aku perempuan. Done intro ewah macam budak wechat.
Bila umur2 macam ni perasaan nak ada pasangan sangatlah menggebu ye. Family langsung tak pressure, mak aku tak macam mak orang lain yang bertanya bila nak kahwin, mak aku steady saja tak pernah bertanya, bahkan mengelak.
Bila aku usulkan dia selalu cakap perkahwinan ni bukan benda yang mudah dan suruh aku cari lelaki yang tepat. Aku setuju bab tu.
Tapi lain halnya dengan kakak2 aku. Mak menyuruh mereka cepat2 kahwin bila dah ade pasangan. Adik perempuan aku pun macam tu.
Mak cakap cepat sikit kahwin sebelum mak mati. Ada orang jaga. Aku tercengang. Habis aku macam mana. Katanya sebab aku takde pasangan.
Bila aku ungkit hal kahwin mak aku takde respons. Korang imagine dia membatu bila aku cakap pasal benda ni. Bergelora hati aku ni ha.
Kalau aku cerita atau puji pasal lelaki bujang handsome mak akan ignore sahaja. Kadang-kadang aku cerita pasal kawan-kawan kahwin atau baru dapat anak, pun dia akan ignore. Cerita lain elok saja dia dengar.
Aku cerita saja pun bukan nak compare life aku dengan dorang. Aku simpulkan mak aku tak ready nak lepaskan aku lagi. Aku cakap dekat dia sebab mak macam ni yang jodoh aku berat haha saja bikin panas.
Aku ni anak kesayangan mak sebenarnya walaupun kitorang selalu gaduh mulut sebab lain pendapat.
Mungkin sebab aku jenis ringan tulang (ni mak aku yang cakap hehe) suka mengusik dan melayan kehendak dia tu yang dia sayang aku lebih tu.
Aku pernah confront dengan mak, macam tak bagi aku kahwin saja katanya mak bukan macam tu. Kau nak kahwin, kau kahwin.
Katanya.
Rasanya ramai saja orang bujang kat luar sana ada perasaan sunyi ni, tapi sorok sebab malu haha.
Aku pun tak pernah cakap dengan adik beradik aku. Sedangkan aku cari jodoh kat Baituljannah pun aku sorok. Sebab aku takut dilabel gatal nak berlaki.
Seumur hidup aku tak pernah bercinta sebab prinsip aku nak cari pasangan untuk jadi suami saja. Bukan nak bazir masa.
Mungkin orang akan cakap fokus diri sendiri dulu, kumpul duit dulu tapi hidup aku buat masa ni Alhamdulillah semua aku dah ada.
Takde lah mewah tapi kalau nak menyopee tu lebih dari cukup. Keluarga aku ni bukan jenis affectionate, ayah aku sendiri tak pernah puji anak-anak. Aku boleh conclude kami adik beradik walaupun perempuan tapi sangat lah berdikari.
Rasa nak berkasih sayang, bergurau, give and takes dalam hubungan buatkan aku rasa nak berkahwin dan ade anak.
Aku ada impian nak ada anak ramai, tapi tengok umur sekarang memang impian tu terkubur kat laut saja lah mat. Bila orang cakap bahagiakan mak ayah dulu.
Jujur aku cakap mak aku sekarang hanya fikir akhirat saja. Duduk rumah, solat, dan mengaji. Kalau aku ajak berjalan memang dia tak nak.
Ajak ke kedai pun tak nak. Jadi macam mana aku nak bahagia kalau hidup aku macam ni kome. Aku tekad nak cari kebahagiaan aku sendiri.
Kawan-kawan rapat satu-satu tukar status jadi isteri orang. Syahdu aku duduk tepi bucu masjid. Raya ni aku ajak mak balik kampung sebab nak nikmati suasana raya jumpa sedara mara.
Mak aku cakap dia dah malas duduk dalam kereta lama-lama. Kampung tak jauh pun dalam 3 jam lebih perjalanan.
Aku sampai gaduh dengan mak, “nak kahwin lah macam ni raya dekat kampung suami“.
Mak aku cakap kahwin lah kau. Mak aku pernah jugak cakap nanti dah kahwin ajak suami duduk dengan dia kat rumah yang sekarang ni. Rumah kami ni kecik saja so aku tak nak lah.
Lagipun tak fair untuk adik beradik aku yang lain. Aku dah plan lepas kahwin nak elak duduk dengan mak ayah aku atau mertua. Tapi tu plan aku tak tau lah plan Allah macam mana yedak.
Adik beradik pulak suruh aku cari suami dekat-dekat Selangor saja sebab nampak macam mak aku tak boleh jauh dengan aku. Sekarang pun aku masih mencari-cari jodoh ni. Doakan aku dapat jodoh yang dekat-dekat senang sikit.
Sorry kalau cerita aku bersimpang siur. Isi perenggan lain, huraian perenggan lain. Biasa lah seronok menaip cerita ni sebab boss takde kat office.
Cerita ni cuma nak luah perasaan saja dan mintak pendapat para pembaca yang budiman. Kot-kot ada yang satu kapal dengan aku, haha.
Sekain Rose yang semakin layu.
– Rose (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit