Assalamulaikum wahai teman teman pembaca IIUM Confession. Ini kali pertama aku meluahkan isi hati aku di sini. Selama ini aku hanya banyak membaca isi hati orang lain. Mungkin agak panjang apa yang aku taip. Harap korang tak bosan membacanya.
Nama aku Sam, berumur 24 tahun dan bekerja sebagai seorang Admin di sebuah syarikat swasta.
Berdasarkan tajuk aku di atas tak tahu aku nak mulakan dari mana. Aku dan pakwe aku bekerja dalam sebuah pejabat yang sama tetapi berlainan department dan berlainan tingkat.
Ye, memang mudah orang cakap “alaaa pakwe kau satu office dengan kau kan mesti hari hari jumpa” hahahaha NO! totally wrong.
Hubungan kami memang kebanyakkan orang office sudah tahu tapi kami tak pernah tunjuk di office apatah lagi di social media. Aku gelarkan dia AZ.
Aku dan AZ mula berkawan pada awal tahun 2020. Ya, mula mula hanya berkawan kemudian lama kelamaan setelah dia meluahkan isi hatinya kepada aku lalu aku pun suka pada dia.
Kemudian, Malaysia dikejutkan dengan PKP pada March 2020. Jadi boleh katakan kami ini couple dalam tempoh PKP. Jarang berjumpa, selalu chat pada tengah malam haha sebab WFH kan jadi kami tak kisah jika tidur lewat malam.
Ya awal awal bercinta memang manis, romantik. Dulu masa PKP tak boleh dating. Bila sekarang dah boleh dating aku ajak dia ke sana ke sini punya la payah pelbagai alasan dia beri.
Dipendekkan cerita, aku sekarang masih lagi bersama dia. Apa yang aku depresi sangat sejak seminggu sebelum bulan puasa. Kami keluar pergi makan entah macam mana hati aku tergerak untuk suruh dia login akaun IG nya di telefon bimbit ku.
Oh ya sebelum tu dia memang ada pegang akaun IG aku. Oleh sebab dia ada trust issue sikit dengan aku dan lelaki kebanyakkan nya memang akan kacau aku. Jadi dia nak pantau. Ok aku tak kisah, tapi aku nak juga pegang akaun IG nya.
Sebelum ini aku ada login tapi tak lama sebab selepas itu aku jadi sakit hati melihat DM dia yang perempuan perempuan lain sibuk nak react setiap story yang dia up. Entah kenapa aku jadi sakit hati.
Bila aku bersuarakan ya dia memang kata hanya kawan biasa yang react story macam tu. Aku malas nak fikir aku logout sahaja.
Tapi aku tergerak hati pula baru baru ini rasa nak minta dia login semula sebab aku fikir sampai bila dia nak pegang IG aku? tapi aku takda pula. Ok fine dia pun login. Itu kali terakhir kami berjumpa sebab next weeknya kami WFH so tak jumpa.
Kalau berjumpa mesti selepas habis waktu kerja pada minggu masuk office. Entah kenapa juga dia malas nak bawa aku keluar dating pada hujung minggu haha tapi aku dah malas nak makan hati pasal bab tu.
Aku stalk IG dia tengok apa yang keluar dekat explore, tengok dia saved post apa, tengok DM dia. Aku hmmm aku kecewa :”( aku jumpa benda yang aku tak suka tapi dia buat belakang aku. Allah luluh hati aku waktu tu.
Aku whatsapp tanya dia, dia sudah meminta maaf atas perbuatannya tapi aku susah nak maafkan sebab bagi aku kali ini dah melampau sangat.
Jadi aku memanjang tak ada mood masa chat 2-3 hari begitu acuh tak acuh aku membalas whatsapp nya.
Ya dia ada memujuk ku. Tapi fahamlah perempuan kalau nak pujuk mesti nak jumpa pergi la bawa makan ke minum ke. Apa kesilapan AZ yang aku ternampak di IG nya itu tidak perlu la aku nyatakan di sini.
Tak lama lepas itu, aku detect lagi something fishy dekat IG dia. Kali ini lagi luluh hati aku. Perkara yang sama dia buat dekat acc IG wanita tersebut dia buat sama dengan aku.
Dia turn ON notifi acc perempuan tu, dia saved Post feed perempuan tu. Aku jadi hairan dan tertanya tanya. Siapa dia ni?
Kenapa dia macam nak tengok perempuan ini buat apa. Aku masih berdiam dan tidak bertanya kepada si AZ ni. Sebab memandangkan kami whtsapp juga acuh tak acuh. AZ jugak tiba tiba berubah.
Dia keluar tak share live location, dia OFF Bluetick, dia balas mesej aku lambat lambat, dia jarang hantar gambar selfie dekat aku dan jarang bergurau macam dulu. Ye aku masih merajuk tapi dia langsung tak datang jumpa aku pada minggu kami WFH.
Aku terkejut, hari demi hari aku tunggu dia cakap nak jumpa tapi tak ada malah dia lebih ignore aku. Aku risau aku jadi tak selera nak makan dan murung.
Aku cuba cool down dan lupakan kesilapan dia yang pertama tu jadi aku cuba bergurau dalam mesej dengan dia seperti sebelum ni.
Dan minggu pertama bulan puasa kami sama team yang bekerja di office. Jadi aku cakap nak berjumpa dengan dia sekejap pada waktu lunch hour kerana ada barang nak bagi. Setelah itu kami pun berjumpa di dalam kereta dia jauh sikit daripada office.
Kami borak dan aku buat buat cool seperti biasa padahal dalam hati berdegup kencang rasa nak meletup. Dan dia masih sama, buat biasa, tak nak pujuk aku dan dia dah tak excited macam sebelum ni bila aku ada depan mata dia. ehh kenapa tah. Aku pun minta telefon dia.
Alangkah terkejutnya bila aku search whatsapp nama perempuan tu ada chat daripada sepupunya. Sepupunya di Pantai Timur bertanya “AZ dah ada makwe ke?? kalau belum akak nak kenalkan dengan kawan akak ni nama ***Y”
Kau tahu tak dia jawab apa? haha dia jawab “tak ada” dengan emoji gelak gelak. Dan aku baca lagi sepupunya berikan nombor telefon kawan dia kepada AZ.
Aku yang membaca whatsapp itu terus menangis menggigil dan melihat muka dia. Tapi dia react biasa tak macam sebelum ni. Dia tanya “kenapa, awak check apa” aku menangis sampai tak mampu nak cakap apa apa. Tapi AZ paksa aku cakap.
Aku suruh dia buka IG dan aku pergi seach IG perempuan tu dan aku tanya siapa perempuan itu.
Ya dia menjawab “ini kawan sepupu saya” aku tanya “awak suka dia” dan dia hanya terdiam tak mampu nak pujuk atau react seolah olah otak dia tengah berfikir mana satu yang dia mahu dan perlu.
Aku menangis teresak dalam kereta sambil lap air mata dan dia hanya diam. Aku paksa dia mengulas tentang isu ini tapi dia tidak bersuara. Lalu AZ decide untuk berjumpa selepas waktu bekerja kerana mempunyai masa yang lebih panjang.
Aku tak tahu la nak cakap macam mana. Aku sedih sangat. Ya kami ada talk soal ini.
Tapi cara penyampaian dia masih tak meyakinkan aku bahawa dia tak ada contact dengan perempuan itu. Habis kenapa save no perempuan itu? Kenapa dia tiba tiba berubah tak nak pujuk aku tak datang jumpa aku masa minggu WFH?
Kenapa gurauan dalam whatsapp setiap malam dah tak macam dulu? Kenapa dia cakap nak tidur tapi masih lagi Online? Dengan siapa dia bermesej? Aku sedih aku depress dan berat badan aku semakin susut akibat tiada selera makan kerana banyak berfikir soal ini.
Ya, aku juga ada pernah buat silap sebelum ini. Aku pernah keluar dengan jantan lain dan tipu dia.
Tapi Alhamdulillah Allah buka kan pintu hati aku untuk aku stay dengan AZ. Beria aku menangis minta maaf jujur pada AZ lalu aku terus block segala socmed jantan itu depan mata AZ supaya dia berasa puas hati.
Tapi kenapa bila dia buat aku dia tak do the same thing macam yg aku buat? Dia masih lagi friend di IG dan masih simpan contact numbernya. Aku tak senang duduk setiap masa memikirkan soal itu.
Aku jadi sakit hati lalu aku pilih untuk logout juga dari akaun IG nya untuk kali yang kedua. Tambahan pula bulan puasa lagi susah untuk kami berjumpa siang hari kerana tak boleh makan dan minum susah untuk bahas soal ini.
Aku sedih sehingga membuatkan aku rasa nak berhenti kerja. Kalau ikut hati aku nak keluar dari company ni.
Lagi pun aku dah lama berniat nak lompat company lain cuma memandangkan PKP sebelum ini membuatkan aku tidak yakin untuk jump ke company lain. Aku ada juga usha beberapa company yang agak kukuh untuk aku cuba masuk.
Tetapi aku takut dengan masa hadapan. Aku kerja dekat sini okay, gaji cukup alhamdulillah. Boss pun okay sangat nak cuti ke masuk lewat sikit ke nak balik awal ke ok je. Asalkan kerja kau siap on time. So far memang okay. Bonus pun alhamdulillah setahun 2x.
Aku takut aku tersilap langkah meninggalkan company ini dan masuk ke company baru tiba tiba environment tak ok ha mcm mana tu? Aku buntu.
Kawan aku ada juga suggest beberapa syarikat yang benefitnya bagus. Dia paksa hantar resume tapi haha aku sampai ke hari ini belum update resume.
Hati rasa nak gerak tapi berat nak melangkah gitu laaa. Lagi pun aku setakat belajar sampai Diploma sahaja tiada Degree.
Selalu terdetik dalam hati aku ada ke syarikat yang nak pandang aku? Aku minat Account tapi aku tak belajar Account. Kebanyakkan requirement mesti syarikat nak calon yang ada Degree in Financial. Hmmmm…
Macam mana nak berfikiran positif eh? Aku penat nak menangis. Tapi alhamdulillah on the positive side dalam bulan ramadhan ni aku banyak berdoa, rajin solat sunat. Syukur. Mungkin Allah rindukan aku…
Orang kata jangan berharap sangat pada manusia tapi siapalah kita yang lemah ini.
Setiap hari aku cuba untuk kembalikan hubungan aku dengan AZ macam sebelum ini tapi macam tak boleh. Seolah olah dia dah TURN OFF perasaan dia terhadap aku. Yelah, dia dah start pandang perempuan lain kan. Aku tak percaya benda ni berlaku kat aku.
Selama ini aku bersyukur sangat Allah tu hadirkan AZ dalam hidup aku sebab susah ya nak jumpa lelaki yang tidak memandang perempuan lain ini. Tetapi bila ada yang rekeman dan time tu pulak kitorang mood tengah gaduh memang benda ini jadi issue.
Aku sedih sangat. Banyak kali aku minta maaf pada AZ atas silap aku yang dulu janganlah hukum aku macam ni.
Bila aku scroll chat lama kitorang banyak yang dia cakap jangan buat benda bukan2 belakang dia, jangan itu jangan ini, nak hidup bersama selamanya dan macam macam lagi benda yang boleh reflect pada dia.
Ya. Semua orang ada silapnya dan kita hanya perlu letakkan pengharapan hanya pada satu yang dia atas sana.
Pada AZ, saya tahu awak tak baca Confession ni. Janganlah awak berdendam dengan saya. Kita selalu janji kan kalau ada apa apa cakap.
Saya rinnnndu awak yang dulu! Yang pandai ceriakan hari hari saya. Yang tak pernah penat nak pujuk saya. Saya terima kekurangan awak.
Ingat tak dulu masa awak tak ada kereta naik public transport apa semua? Kita susah senang sama sama kan :”) saya sayang awak sangat.
Untuk korang, terima kasih kerana sudi membaca. Doakan aku kuat. Doakan aku ceria seperti dulu. Oh mesti korang tertanya kan? Kitaorang ni tak ada planning nak kahwin ke?
Mestilah ada dan nak kahwin. Tapi aku tunggu dia habis Degree dulu. Dia belajar PJJ dan katanya insha Allah tahun depan habis. Mana tahu tahun depan AZ dah bersedia nak bawa aku jumpa keluarga dia. Doa yang baik baik :)
– Sam (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit