Belajar Untuk Confident

Nama aku Seri. Umur 27. Aku seorang yang berdikari. Mak dan ayah keja biasa2 sahaja dan bukan dari sektor gov. Masa aku kecil, emak sibuk bekerja kilang rotated shift sambil2 membesarkan anak2 6 orang.

Ayah keja construction dan sama2 bersusah payah menggalas tanggungjawab membesarkan kami semua. Hakikat kehidupan, beginilah.

Genap sesi persekolahan menengah, anak2 ayah dan emak dihantar ke sekolah menengah. Pandai2 lah bawa diri dan jaga nama baik keluarga. Pandai2lah serap ilmu agama sepanjang belajar di asrama dan cari kawan yang baik dan belajar elok2.

Alhamdulillah semua okay2 sahaja. Ada yang ke universiti, ada yang sampai sijil sahaja. Tapi tidaklah level pandai2 sampai ke oversea, lokal2 sahaja.

Sewaktu aku di sekolah rendah, naik basikal sendiri saja. Balik rumah tak ada orang time emak kerja pagi dan ayah bekerja. Pandai2 bersiap sendiri dan kayuh basikal ke KAFA.

Abang, kakak dan adik2ku semuanya telah melalui pengalaman yang sama kecuali adik montel aku yang masih bersekolah menengah sekarang. Aku pesan dekat adik tak masuk universiti tak apa, asalkan jadi manusia.

Masa mula2 masuk asrama ayah pesan, jangan sibuk bercinta, belajar elok2. Jadinya walaupun ada yang cuba2 berkenalan lebih dari kawan memang aku akan cakap masih belum masanya.

Crush memanglah ada tapi kakcik dah janji dengan ayah untuk belajar elok2 kan sehinggalah ke universiti.

Universiti aku agak jauh di Selangor sedangkan rumah aku cumalah kampung dia sekitar utara.

Di universiti, yang ada hanyalah kudrat sendiri, dengan siapa kau berkawan, pelajaran kau, keluar ke mana tak ada siapa yang pantau. Tersesat kau tersesatlah. Mula2 aku dapat ptptn kemudian second sem dapat jpa.

Waktu final sem time exam, bulan ramadhan ayah tiba2 kena serangan jantung.

Usai zohor aku bangun dalam keadaan terkejut dan ada satu miscall. Kawan ayah call dan cakap ayah ada dekat ICU. Aku tergamam dan menitis air mata bertanya khabar ayah.

Kemudian aku call abang untuk mengetahui keadaan semasa ayah. Ayah masih di ICU, abang hantar gambar curi yang diambil di hospital.

Ayah yang aku sangat sayang terbaring masih belum sedar.

Doaku ketika itu, aku mohon supaya Allah bagi kesempatan untuk aku balas jasa emak dan ayah. Aku ke universiti adalah untuk tunaikan harapan mak ayah.

Habis belajar, aku akan pulang ke utara. Supaya hari2 boleh tengok mak ayah. Pergi kerja balik kerja, hari2 dapat jumpa.

Alhamdulillah doa Allah makbulkan. Habis sahaja sem terakhir aku kerja sementara di universiti dan dapat tawaran area Penang. 40 minit perjalanan dari rumah. Dan aku menyewa di sana.

Setiap minggu last day rempit rentas jambatan pulau pinang, kadang2 hari2 rentas jambatan. Siapa yang kenal aku memang akan cakap aku ni lembut orangnya, maybe suara aku kot penyumbangnya. Entahla labu, aku rasa aku ni cam gengster ja.

Apa yang aku boleh cakap, walaupun kau perempuan, walaupun kau tak banyak kawan. Kau still boleh survive. Belajar jadi confident and fight for everything you want

Ikut acuan mana yang kau nak bentuk diri kau. Awal2 keja naik motor dulu tak apa. Lepas setahun dua beli kereta kalau mampu dan memerlukan.

Disclaimer: cerita ini cumalah berkisahkan diri dan pengalaman sendiri, tidak berkaitan dengan manusia lain.

Aku mohon korang doakan kami sekeluarga yang baik2. Doakan supaya aku jumpa jodoh yang baik yang terima mak ayah aku seadanya. Salam ramadhan.

– Seri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *