Aku bekerja dalam sektor yang tidak ramai perempuan, keseluruhan staff di tempat aku kerja adalah 40 orang dan bilangan pekerja perempuannya adalah kurang dari 5 orang..
Aku namakan si kawan perempuan aku ini A.. Aku describekan serba sedikit tentang si A ini,
Secara fizikalnya si A ini tidak cantik (bukan aku yang cakap tapi ini berdasarkan apa majoriti orang yang aku kenal cakap), peramah, senang percayakan orang dan mudah termakan pujian..
Aku kasihankan si A ni apabila dia diperbodohkan oleh lelaki2 di tempat kerja aku yang mostly nya dah kahwin ye…
Lelaki2 di tempat kerja aku ini sering memuji2 di depan A yang si A ni cantik dan ada sebahagian yang berpura2 serius ingin berkahwin dengan si A walaupun mereka sudah beristeri tetapi sebenarnya hanya untuk membongakkan si A ini..
Tetapi di belakang si A mereka cakap dalam semua wanita yang pernah bekerja di situ si A lah yang paling hodoh tapi mereka suka menggatal dengan si A kerana dia jenis suka melayan dan dia sangat termakan pujian apabila orang memujinya cantik..
Aku fikir mungkin orang yang sentiasa dilihat sebagai tidak cantik tetapi apabila sentiasa mendapat pujian cantik dikalangan lelaki disini jadi tidak dapat menolak semua lelaki yang datang mendekatinya dan memujinya.
Apa yang membuatkan aku sangat nak marah adalah kerana lelaki2 ini membodohkan si A ini.. Dibelakangnya mereka cakap si A ini tak pandai buat kerja, hodoh, senang melayan lelaki, dan macam2 lagi..
Tetapi di depan mereka memuji2 si A untuk menggatal dengannya, sebabnya untuk hilangkan bosan mereka bekerja di tempat yang majoritinya lelaki.
Aku dan pekerja perempuan yang lain kasihan tengok si A ini kerana dia tidak tahu apa sebenarnya perangai lelaki2 tak guna ini di belakangnya, jadi kami menasihatinya supaya jauhkan diri daripada rapat dgn mereka dan hanya fokus pada kerja.
Tetapi si A fikir kami semua jealous dengannya kerana ramai lelaki mendekatinya. Kadang2 dia marah apabila aku dan kawan2ku cerita tentang perangai2 lelaki ini..
Apabila kami memberitahunya apa yang sebenarnya si lelaki2 ini bercakap di belakangnya dia buat tidak tahu, dia fikir kami semua jealous dengannya dan hanya mereka-reka cerita begitu.
Yang merungsingkan aku tengok sekarang perangai si A makin menjadi2..Sentiasa keluar dengan lelaki2 ini bergilir ganti walaupun sesetengah daripadanya sudah berstatus suami orang..
Aku dan pekerja perempuan lain dah penat nasihatkannya yang lelaki2 itu hanya mahu hilangkan bosan dan mempermainkannnya,
Mereka jadikan dia seperti bola pas kan antara satu sama lain, tetapi si A fikir lelaki2 itu serius sukakannya dan jatuh cinta dengannya..
Wahai warga IIUM Confession tolonglah bagi pendapat apa cara terbaik untuk menasihatinya?
– Siti (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit