Nukilan Untuk Ali

Assalamualaikum pembaca IIUM Confession semua. Belum terlambat rasanya untuk aku ucap selamat berpuasa.

Nukilan ini aku tulis khas buat Ali setelah membaca penulisan https://iiumc.com/bukti-yang-aku-wujud/ semalam dan amnya untuk pembaca setia IIUM Confession.

Aku perkenalkan diri aku, Alia. Umur sebaya Ali. Dah bekerja tetap dan bakal berkahwin tak lama lagi. Doakan semoga semuanya berjalan lancar ya untuk majlis aku nanti.

Aku pun dah kehilangan mak ayah sama macam Ali, tapi Alhamdulillah aku masih punya adik beradik.

Alhamdulillah.

Aku faham perasaan Ali. Tersangatlah faham sebab aku pun pernah alami perkara yang sama macam Ali lalui.

Ali hilang family dia waktu umur 19 tahun, tengah sambung study. Aku hilang mak ayah aku masa aku semester 5, seminggu nak exam mak aku meninggal.

Aku balik kampus lepas selesai semua, tak lama lepas tu exam. Masa exam tu aku mengelamun, aku pandang dinding. Aku tak leh nak fokus.

Aku tengok kiri kanan orang duk menjawab. Allahu.. berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Tengah study aku mengelamun, roommate aku kejutkan aku dari lamunan untuk ingatkan aku fokus balik. Bagusnya kawan2 aku masa tu, mereka faham keadaan aku dan tak pernah tinggalkan aku sebab aku macam tak siuman gitu.

Macam tu kot orang meroyan. Pendekkan cerita, keluar result, aku dekan. Adik beradik aku lah orang paling bahagia masa tu. Hebatnya Allah, walaupun keadaan aku macam tu Dia masih gembirakan aku dengan cara Dia.

Bila Ali cerita yang setiap kali dia balik rumah dia akan susun balik semua barang yang ada dekat rumah, pakaian dan mainan adik dia. Aku buat benda yang sama. Al kisahnya dekat rumah mak aku kalau sembahyang, dia akan salin pakaian.

Jadi pakaian yang dia bawa sembahyang tu memang khas untuk sembahyang sahaja. Usai solat dia akan gantung pakaian tu kat belakang pintu bilik dia. Mak aku dah meninggal dekat 2 tahun masa tu, setiap kali aku balik.

Aku buka pintu rumah aku akan bagi salam. Assalamualaikum mak, adik ada balik ni. Aku terus buka pintu bilik mak aku, aku tengok baju2 tu masih elok tergantung. Dan mak aku takde for sure lah. And aku cakap dekat diri aku mak pergi sembahyang kat surau kot.

Haha Nampak macam gila but tu je cara sedapkan hati kau. Ali, kalau kau baca ni, aku nak kau tahu yang apa yang kau buat tu normal, kau bukannya tak boleh terima kenyataan atau tak move on. Kita normal, and its okay untuk pujuk diri sendiri dengan cara macam tu.

Masuk bab raya, mengusik jiwa tu memang tak boleh nak sangkal. Korang rasa sedih kan PKP 2 tahun tak boleh balik raya. Percayalah kami yang takde mak ayah ni tak tahu nak describe macam mana rasa kosong bila menjelang hari raya tu.

Aku dulu2 setiap kali pagi hari raya, memang wajib membonceng naik motosikal pergi masjid sembahyang raya dengan mak aku.

Bila mak aku takde kan, aku balik kampung still pergi masjid yang sama. Cuma beza aku dah keje aku dah beli kereta so aku pergi ngan kereta.

Aku pijak tangga masjid yang sama, dan bersama-sama itu juga memori kembali dan mata aku berair sambil meneruskan langkah. Jadi aku pun kadang2 macam Ali jugak, hari raya adalah hari pintu rumah tertutup.

Raya jugak, sekejap pagi tu ziarah sedara mara yang masih ada tapi tu je lah. Usai ziarah semua aku balik dan tidur.

Kalau part nangis sorang2 bila terkenang tu memang biasa sangat bila kau kehilangan orang yang kau sayang ni. Dia dah jadi macam rutin weh..

Aku pun kekadang lahai kau tahu penat sangat bila all out nangis tu sampai kau tetido. Tapi kau tetap akan nangis bila kau rasa tetiba sebak dan nak nangis.

Pernah aku tengah cuci kuali kat dapur. Lepas tu aku teringat mak aku dulu pesan “jangan sental kuali tu guna berus besi, kuali tu tak boleh guna berus beli, kene guna sponge. Nah kau, dia punya memori tu datang sendiri dengan tetibe.

Padahal aku tengah cuci kuali besi bukannya non stick punya kuali.

Mula tu tergelak sebab yela teringat sebab kisah tu lucu. Mak mak kan, bila anak2 hadiahkan barang mahal sikit dibebelnya. Tapi dalam hati berbunga sampai pesan berkali2 bila guna kuali mahal dia tu jangan sental guna berus besi.

Tapi tu laa, lepas tergelak sorang2 tu, dia automatik nangis slow2 lepas tu makin rancakkk. Kau mampu.

Ada sekali tu, aku nak pergi interview. Ha ni lagi satu kesedihan yang aku akan ingat sampai bila2. Sebab temuduga ni adalah penting dalam hidup aku.

Umur aku dah meningkat dan seiring tu jugak aku harap aku dapat stable job. Temuduga aku tu sesi pagi. Jadi aku pun bangun awal2 pagi dan bersiap2.

Tengah bersiap2 depan cermin tu aku sempat lagi monolog “mak, adik ada temuduga hari ni. Mak doakan adik taw. Doakan adik berjaya.”

Wehh mak aku takde kat situ, dan mak aku memang dah takde. Sambil bersiap sambil kesat air mata hahahaha.

Pepagi lagi aku turun drive kereta. Along the way tu aku sebak sebab aku nak mintak restu tapi aku takde mak ayah macam orang lain. Korang boleh rasa tak perasaan aku masa tu.

Lepas tu aku decide untuk singgah rumah kawan mak aku. Pagi2 hari aku ketuk pintuk rumah orang, kawan mak aku buka pintu dan sapa aku masuk. Aku cakap tak nak masuk dah.

Sebenarnya nak pergi temuduga ni, Alia datang nak mintak restu. Sebak masa tu tak payah cakap.

Kau takkan mampu tahan sebab keadaan tu pun pelik. Aku datang semata nak mintak restu.

Ya Allah masa tu aku rasa macam hilang arah, awkward. Kawan mak terus datang dekat aku, peluk aku dan cakap camni “Allah ada, Allah ada. Inshaa Allah berjaya.” Alhamdulillah aku berjaya, aku lulus temuduga tu. Allah Maha baik, dan Dia yang terbaik.

Dua tahun lepas, tahun 2020 aku sambung belajar. Lebih kurang macam kursus lah gitu. Syarat wajib untuk posting, kene kursus dulu. Jadi hari pertama pendaftaran tu, kawan aku hantarkan aku. Sebabnya kene duduk asrama kan.

Kawan baik aku hantarkan aku, so that aku tak rasa lonely or sendu hahahha wehh korang faham tak keadaan tu. Aku tahu mendalam kenapa kawan baik aku beria nak hantarkan aku. Sebab dia taknak aku sedih.

At least ada orang hantarkan aku walaupun bukan parents or spouse macam orang lain. Sebab orang lain semua family mak ayah and pasangan yang hantarkan. Mesti korang terfikir kenapa adik beradik aku tak hantarkan aku.

FYI aku masa tu dah 28 tahun. Dan aku bukan sambung belajar macam degree or master.

Its just sort of kursus for period of time. So aku takde lah macam terasa ke apa bila adik beradik aku tak hantarkan. Sebab aku dah besar dan tua dah pon haha. Tapi yela, tipu kalau kau tak terasa tengok kiri kanan kau semua family hantarkan.

Dia rasa macam aku ni incomplete like tak macam orang lain dan aku ni pelik. Haa gitu. Tapi since memang takdir kau dah macam tu kau kene belajar terima laa dan buat macam benda tu normal.

Dah alang2 bercerita ni kan, kita masuk bab nasihat lah pulak. Korang yang masih punya mak ayah. Cipta lah memori banyak2. Kalau diorang kuat bebel, kau layankan aje laa. Bukan apa, nanti kalau suatu hari ditakdirkan mereka dah takde, sunyi.

Takde lagi orang nak memekak pagi2 kejutkan subuh kau. Sunyi. Aku ni kan, to be honest aku takde sekeping pon gambar sekali dengan mak ayah aku. Uishh terkilan weh. Sampai hari ni aku terkilan. Sebab aku jenis tak suka sangat bergambar.

Jadinya aku takde sekeping pun gambar dengan diorang. Setiap kali tengok kawan2 upload gambar dengan parents diorang kan. Setiap kali tu laa aku terkilan.

Terkilan sangat dengan diri sendiri yang tak manfaatkan peluang yang ada dulu2. Padahal bukan susah pon ambik gambar sekeping kan.

Tapi tu laa, nasi dah jadi bubur. Peluang dah tertutup.

Banyak sangat kisah kalau nak kongsi sebenarnya. Tapi cukup lah sekadar Ali tahu yang dia tak keseorangan diuji dengan cara macam ni.

Allah mencurahkan kasih sayangNya dengan cara Dia yang tersendiri. Sentiasa berprasangka baik dengan takdir Allah. Macam aku cakap awal2 tadi. Aku pun tak lama lagi dah nak kahwin. Alhamdulillah bakal keluarga mertua aku baik sangat.

Terima aku dengan hati yang terbuka walaupun aku sentiasa rasa aku incomplete. Aku keje jauh di perantauan. Setiap kali aku balik kampung aku ada masalah tempat tinggal. Aku tak tahu nak balik mana sebab rumah mak aku dulu dah jadi rumah abang aku sekarang.

Dan adik beradik lain dah ada rumah sendiri. Semuanya dah berumah tangga. Kadang2 aku rasa aku belongs to nowhere. Dan benda tu selalu aku cakap dekat tunang aku sekarang. Kekadang aku bergurau jugak aku cakap aku ni gelandangan hahahaha..

Tapi tu laa tunang aku ni sensitif sikit tang tu, dia ambik serius dan dia tak suka aku bergurau macam tu. Now dia cakap lepas kahwin sy harap awak tak kisah kalau kita balik rumah mama papa bila balik kampung. Sebab sy taknak awak rasa awak belongs to nowhere lagi.

Untuk Ali, ujian ni memang perit. Aku faham persis. Tapi kau kene terus kuat, sentiasa berprasangka baik dengan Allah dan berlapang dada.

Kau mesti rasa benda yang sama macam aku rasa, iaitu Allah jaga kita. Jaga kita daripada benda2 buruk, daripada fitnah2 yang berleluasa. Allah memudahkan setiap kerja kita.

Allah campakkan rasa kasih kepada orang sekeliling kita untuk mengasihi kita. Allah jaga kita, walaupun Dia ambil balik hakNya yang dipinjamkan iaitu mak ayah kita. Tapi dia tak pernah tinggalkan kita terkontang kanting. Dia jaga kita.

Untuk kesempatan ini juga, aku doakan supaya suatu hari nanti Allah hadiahkan kau sebuah keluarga mertua dan pasangan yang akan menerima kau seikhlas hati dan meminjamkan rasa ‘kekeluargaan’ kepada kau, yang telah lama hilang, yang telah lama kau rindui.

Inshaa Allah, aamiin. Wassalam Ali.

– Alia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *