Assalamualaikum. Nama saya Melon. Berumur awal 30-an.
Seperti dilihat di tajuk, saya merupakan seorang perempuan, namun tidak seperti perempuan lain, saya takut pada baby dan budak-budak kecil.
Saya merupakan anak bongsu daripada 6 orang adik beradik. Memang daripada kecil saya jenis pemalu, kurang keyakinan diri dan ada social anxiety.
Jarak umur antara saya dan abang kakak yang lain jauh beza. Abang saya yang sulung kahwin awal dan dapat anak ketika saya berumur 5 tahun.
Ketika itu memang anak abang saya tu mendapat seluruh perhatian keluarga. Maklumlah, cucu pertama.
Nak dijadikan cerita, saya cuba-cuba angkat anak buah saya tu waktu tak ada orang tengok. Dengan kekoknya. Sekali entah macam mana baby tu terjatuh dari pegangan saya.
Bayangkanlah saya pada waktu tu umur baru 5 tahun dan tak ada adik jadi tak pernah angkat baby.
Apa lagi melompatlah family saya! Abang saya memang marah betul. Dia cakap kalau tak tau angkat baby tak payah angkat lah. Mak pon marah sama naik.
Saya pon meraung jugak habis keluar hingus. Sebab rasa bersalah jatuhkan baby. Malu jatuhkan baby dan malu juga kena marah.
Btw, baby tu tak cedera apa-apa pon ya sekarang dah membesar dengan jayanya :)
Bertitik tolak kejadian tu lah menyebabkan saya takut baby sampailah sekarang.
Takut dalam erti kata takut terjatuhkan, takut salah pegang, takut baby sakit, takut mak baby marah, takut terjangkit penyakit dan sebagainya.
Sepanjang saya membesar pulak abang kakak merantau jauh dari kampung. Saya juga dapat belajar jauh. Jadi memang tak ada kesempatan untuk main sangat dengan anak-anak buah.
Hasilnya, saya tak pandai jaga/layan baby. Nk bancuh susu pon tak tahu.
Saya tak tahu bila sepatutnya baby mandi, bagaimana nak mandikan, apa dia boleh makan tak boleh makan, mainan apa yang sesuai dengan usia mereka. Saya tak pandai agah-agah baby.
Bermula dengan perasaan takut, bertukar kepada tidak ambik kisah hal baby/budak-budak kecil. Tak ada rasa nak main, tak ada rasa nak agah-agah. Mungkin bahasa kita, tak suka lah kot ya.
Saya sembang-sembang dengan kawan baik pasal kekurangan saya ni tapi dia cuma kata nanti dah ada anak sendiri, semua tu akan datang sendiri. Dari tak pandai, akan jadi pandai urus baby.
Tapi ujian Allah untuk saya, hampir 10 tahun kahwin, saya tak dikurniakan zuriat.
Jadi saya tak ada kesempatan nak belajar cara urus anak. Ujian lagi bila saya berkahwin dengan anak kedua, tapi umpama yang sulung kerana kakak suami sakit. Oleh itu, semua mengharapkan anak daripada kami.
Bila adik ipar dapat anak dulu baru-baru ni, Alhamdulillah semua gembira. Saya pon turut rasa lega sebab tak adalah tekanan sangat nak dapatkan anak tu.
Cuma saya sebagai kakak ipar sulung rasa rendah diri sebab tak pandai sangat nak main-main dengan baby tu.
Nak angkat pon kekok kaku keras macam kayu tangan ni haa. Jadi saya selalunya tak angkat lah. Lagipon saya segan bila saya angkat, saya akan jadi perhatian orang lain. Ye lah cucu pertama keluarga mentua.
Malu saya sebagai menantu sulung, kakak ipar yang paling tua, tak pandai layan baby. Yang buat saya sedih bila saya pernah dengar MIL cakap macam ni dengan makcik.
“Melon tu patutlah Allah tak bagi anak. Tak nak ambik berkat angkat baby. Tak suka budak-budak. Dia tak mau anak kot”.
Allah.. sedih hati saya. Saya tak pandai layan budak bukan bermakna saya taknak anak. Mungkin pada orang lain ini hal kecil saja. Tapi tidak bagi saya sebab masih terngiang-ngiang kata-kata ibu mentua saya tu.
Jadi saya ingin bertanya sebenarnya apa yang patut saya buat? Ada ke kursus uruskan baby yang saya boleh belajar? Bagaimana untuk atasi kekurangan saya ni? Tiada naluri keibuankah saya ni?
– Melon (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit