Assalamualaikum semua. Terima kasih atas nasihat dan pandangan untuk confession yang lepas. Ni adalah link nya, (https://iiumc.com/krisis-adik-
Terima kasih semua atas komen yang positif. Terasa bagai terlepas satu beban dibahu bila membaca komen-komen semua orang.
Ada satu komen yang menyentuh berkenaan dalam keluarga sewaktu kecil mungkin mak ayah ada beza-bezakan adik beradik. Jawapannya, memang betul ada.
Saya antara yang disisihkan. Waktu dulu saya pernah meluah rasa tersisih tu pada mak. Sampai bertegang urat mak menafikan. Katanya semua anak dilayan sama rata.
Ayah pula, mana anak yang pandai akan dibelikan telefon bimbit yang berharga RM500 -RM600 waktu zaman itu. Tapi saya dapat semua tu dengan hasil titik peluh saya sendiri.
Saya tak pernah iri. Saya dah terbiasa dapatkan sesuatu dengan usaha sendiri. Beli telefon bimbit pertama dengan gaji yang saya dapat sebagai Pump Attendance Shell waktu saya bekerja selepas tamat SPM dulu.
Sehinggalah sekarang, kak ngah dan kak long ayah belikan kereta dan motor. Tapi saya, saya usaha sendiri untuk miliki kereta. Memang sikap saya bimbang untuk susahkan orang. Sebab saya tak suka orang mengungkit-ungkit.
Mak dan ayah saya pun bukanlah pasangan serasi. Kerap bergaduh, kerapkali ayah naik tangan pada mak. Mungkin sebab itulah saya jadi terlalu protective. Pantang orang buli mak, saya yang akan terkedepan dahulu untuk hentikan pembulian tersebut.
Kedua, ada juga komen yang mempertikaikan kenapa saya berhenti kerja dan duduk dengan mak ayah.
Jawapannya, sebab waktu duduk berjauhan dulu setiap malam sebelum tidur saya akan menangis dan takut untuk lelapkan mata. Takut akan kehilangan mak secara tiba-tiba.
Ketakutan tu yang buat saya tekad untuk berhenti dan duduk dengan mak ayah. Setiap hari saya dapat melihat wajah mereka. Setiap hari saya dapat salam erat tangan dan kucup pipi serta dahi mereka.
Betul, mungkin silap saya pindah balik ke rumah mak ayah. Tapi sekurangnya, bila saya bersuara dan mengamuk walaupun dipulaukan, saya rasa lega sebab diorang dah kurang untuk buli mak.
Suami kaklong pun dah tak duduk situ. Bila dia datang je walaupun sehari dua, saya akan buat tanda protes.
Untuk pengetahuan semua, kaklong dah pun beli rumah lepas dari kejadian saya mengamuk tu. Cuma masih belum lagi berpindah.
Adakalanya saya sedih sebab saya terpaksa bertindak begitu. Adakalanya saya lega sebab dia boleh mula belajar berdikari dan tahu jerih perih dan letih memasak serta menguruskan rumahtangga seisi keluarga.
Oh ya, sebelum terlupa. Ayah pernah berkata pada mak selepas kejadian saya mengamuk tu. Ayah kata, saya ni tak ada hak pun nak halau sesiapa dari rumah tu.
Kalau saya tak suka, dia suruh saya yang keluar. Tapi saya dipujuk dengan mak, mak kata kalau saya keluar dari rumah tu siapa nak tolong mak nanti. Siapa nak temankan mak. Siapa nak masakkan untuk mak bila mak teringin sesuatu.
Saya tersepit sebab memang impian saya untuk berkhidmat pada mak setelah 14 tahun tinggal berjauhan. Tapi dalam masa yang sama, mental saya kadangkala koyak dek situasi yang berlaku.
Kakngah saya ni memang saya sedar dari dulu dia tak suka saya. Tapi saya cuba ambil hati dia. Cuba untuk buat baik dengan dia walaupun dulu dia layan saya buruk.
Saya sentiasa bersangka baik dan percaya manusia pasti akan berubah. Tapi, selepas kejadian saya mengamuk tu dia turut memulaukan saya.
Keadaan bertambah buruk sewaktu basikal yang dia pujuk untuk saya beli dengan harga RM950 tu dia beri pinjam pada rakannya tanpa keizinan saya.
Bila saya beritahu ayah, saya tak pasti bagaimana cara ayah sampaikan padanya sehingga dia terus marah pada saya dan bayar duit basikal tu dengan harga RM800 pada waktu itu.
Akan tetapi, ayah gantikan semula duit tu dengan nilai RM1000 kepadanya.
Ini baru sedikit saya kongsi. Kalau kalian rasa geram, kalian bayangkan bagaimana mental saya hadapi situasi ini. Disebabkan dari kisah itu, saya memang terus bertekad taknak bercakap dengan kaklong dan kakngah lagi.
Oh ya, satu lagi. Bil elektrik saya yang bayar. Adakalanya saya diamkan diri untuk biar kaklong yang bayar.
Kalau ikut adil, memang tak adil la. Sebab saya sorang kena bayar bil elektrik yang digunakan orang lain juga. Lingkungan RM250 sebulan. Huhu
Kakngah adalah ibu tunggal dengan anak seorang. Kaklong pula ada anak 3. Setiap makanan yang saya masak dan beli, kaklong dan anak-anak takkan sentuh.
Haram katanya. Saya cakap juga dengan mak, kalau makanan saya beli atau masak dikira haram. Habis tu, guna elektrik yang saya bayar tak haram pula? Huhu
Saya sekarang memilih untuk berdiam diri dan tak rasa nak berbaik dengan mereka. Sebab emosi saya cedera, hati saya kecewa dan airmata je yang selalu menjadi peneman jiwa lara.
Doakan saya kuat ye kawan-kawan. Mungkin sebab syurga itu mahal, jadi ujian buat saya juga kuat setanding dengan kemampuan saya.
Saya nak masuk syurga. Saya nak jadi anak yang baik, akak yang baik dan adik yang baik. Tapi mungkin peluang tu saya tak dapat kat dunia ni sebab Allah sediakan satu tempat diakhirat nanti.
Satu berita gembira untuk saya kongsi, terima kasih asbab doa dan kata-kata yang baik dari kalian juga rasanya. Pagi tadi saya dapat offer untuk jawatan Manager disebuah syarikat di ibu kota.
Kawan saya yang minta saya hantarkan resume kepadanya untuk disampaikan pada HR tempat dia bekerja. Doakan semoga dipermudahkan segala urusan saya ye. Mungkin Allah nak bagi ruang untuk saya duduk sendirian semula.
InsyaAllah, ada hikmah dan kebaikan dari tiap yang berlaku. Doakan kesihatan untuk mak ayah saya. Doakan juga kaklong dan kakngah agar berubah hati dan menyayangi saya semula.
Terima kasih semua.
– Zana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit