Assalamualaikum para pembaca semua. Niat saya menulis confession ini adalah untuk minta pandangan dan pendapat semua.
Begini, saya mempunyai 2 orang anak perempuan berumur 7 tahun dan 9 tahun. Oleh kerana saya bekerja, ibu saya bersungguh-sungguh ingin menjaga anak saya (satu-satunya cucu dia).
Saya mempunyai adik yang masih belum berkahwin. Kami hanya dua beradik.
Oleh kerana saya fikir untuk kebaikan anak saya, lebih baik dia tinggal dengan orang yang sayangkan mereka berbanding menghantar ke transit.
Sebelum ini tidak ada masalah anak2 saya memang ibu yang jaga.
Ibu abah sihat tiada masalah kesihatan walau keduanya sudah berusia 58 dan 62 tahun. Abah ada pencen kerajaan. Dan setiap bulan kami bagi RM300 sebagai upah menjaga anak kami.
Pukul 1-7 sebab pagi mereka ke sekolah. Waktu kerja saya pukul 8-5 biasanya pukul 5. 30 baru lah saya sampai ke rumah.
Saya akan balik mandi dan rehat sebentar kerana penat drive (rumah dan tempat kerja 40 minit). Suami pula pukul 8 baru sampai rumah kerana tempat kerja beliau lebih jauh.
Sebelum ini semuanya baik sahaja malah anak saya lebih rapat dengan nenek mereka berbanding saya.
Masalah bermula bila adik saya tamat belajar tinggal di rumah sepenuh masa. Semalam dia panggil saya ke luar untuk bincang.
Rupanya dia kurang senang dengan tindakan saya yang menghantar anak untuk dijaga ibu. Katanya ibu sangat penat kerana anak saya.
Ibu saya memang jenis yang mengikut semua kehendak cucu. Adik saya ceritakan kisah ibu saya yang hari-hari penat menjaga anak-anak saya.
Saya bukan tidak percayakan adik saya tapi ibu abah tidak pernah bagitahu apa-apa pada saya malah saya yakin mereka pasti melarang andaikata saya ingin hantar anak ke tempat lain.
Anak-anak saya tidaklah nakal dan mudah sahaja dijaga.
Tempat kerja saya agak jauh saya tidak boleh keluar pada waktu lunch untuk ambil anak dan hantar ke transit.
Lagipon ibu abah okay sahaja kalau saya lambat hantar anak pon mereka akan telefon dan bertanya. Sekarang saya sangat dilemma.
Bolehkah pembaca yang ada pengalaman sama seperti saya berkongsi pendapat?
Adakah sebenarnya adik saya yang rimas dan tidak suka kan anak-anak saya? Atau beliau sebenarnya cemburu ayanan ibu abah lebih kepada anak-anak saya?
– Sofea (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit