Assalammualaikum, salam Ramadhan untuk semua. Ramai-ramai kat sini tengah berdebar menunggu KWSP 10k one-off? Aku pun sama.
Sana-sini dekat FB semua bercerita tentang peranncangan nak guna KWSP 10k one-off. Ada yang nak bayar hutang komitmen, nak buat belanja raya, nak beli barang kereta, rumah, invest saham, emas etc.
Aku mohon jugak. Nak beli kereta sebenarnya. Btw, aku single mom anak 3. Baru-baru aku dapat tawaran kerja yang memerlukan aku travel sejauh 20km dari rumah.
Aku tak boleh lepaskan peluang pekerjaan ini kerana gaji dan benefit agak bagus menurut aku. InsyaAllah, aku akan masuk kerja selepas Raya nanti.
Keluarga aku tinggal berdekatan tapi masing-masing punya hal sendiri. Aku juga kurang meluangkan masa bersama-sama keluarga kerana sibuk menguruskan anak-anak dengan sekolah dan tuisyen. Kami masih berhubung melalui Whatsapp.
Kelmarin, ibu bertanya kepadaku, kalau aku boleh apply loan kereta untuk menggantikan kereta lama.
Kereta lama aku, aku berikan kepada keluarga untuk kegunaan terutamanya adik bongsu yang perlukan kenderaan untuk ke kelas pengajian. Loan masih berbaki kira-kira setahun.
Tapi memandangkan scoring aku tidak cantik, maka aku tidak dapat membeli kereta melalui loan bank. Desakan ibu untuk aku gantikan kereta itu membuatkan aku tertekan.
Kereta lama masih berbaki loan dan cuma aku yang menanggung bayaran bulanan, belum termasuk roadtax insurance dan bayaran setiap kali service. Kadang aku sendiri bersesak, tapi aku sediakan demi keselesaan keluarga.
Ibu kata kereta lama aku dah terlalu uzur. Usianya baru 11 tahun tapi bagi ibu terlalu uzur. Mana taknya, kereta yang aku jaga rapi, di tangan mereka habis lunyai.
Kos baiki juga pernah menelan belanja yang banyak sedangkan aku berhempas pulas menghimpun duit ringgit itu untuk simpanan aku. Bila aku tegaskan aku tidak mampu untuk tambah komitmen, ibu bising-bising.
Aku terpaksa menjawab bahawa aku juga punya keluarga dan aku cuma keseorangan membesar ketiga-tiga puteriku. Bekas suami aku langsung tidak hiraukan kami.
Ibu melenting. Dia bercerita pula pasca perpisahan aku dengan suami yang mana keluarga aku menanggung perbelanjaan kami sementara aku mencari pekerjaan.
Ye, aku sedar aku telah menyusahkan keluarga. Tapi aku memang tidak mampu untuk menambah komitmen yang ada.
Ibu, gaji aku cukup-cukup makan untuk kami dan kita. Sederhana itu kemampuanku. Aku tetap berdoa agar ibu memahami dan tidak lagi mendesak.
Kalian lihat ya. Kalau scoring tak cun, mana mungkin bank akan beri loan kepada anda.
Jadi, pilihan aku cuma beli kereta cash sesuai budget, loan credit spt aeon, elk desa atau loan kedai yang mana loan credit atau kedai sangat tidak berbaloi dengan interest yang terlalu tinggi.
Aku berasa sangat tidak berguna kerana tidak mampu memberikan ibu kereta baru dan tidak mampu sediakan kenderaan untuk aku dan anak-anak.
Aku tak suka menghampakan ibu tapi aku sendiri tiada daya. Adik beradik pula berperangai selfish. Aku bukan bergaji tinggi.
Aku selalu minta mereka ‘bantu’ aku malangnya bagi mereka I have nobody to look after. Aku tiada pasangan hidup maka aku patut ‘berkorban’.
Bercakap dengan adik beradik sendiri umpama bercakap drngan manusia yang tiada pertalian darah dan berhati kejam. I hate them!
Memikirkan pekerjaan baharu itu cuma secara lantikan kontrak, aku sudah tentu tidak berani untuk menambah hutang. Aku sudah merasa peritnya tidak mampu bayar selepas diberhentikan kerja pada 2019.
Aku memang nekad aku perlu berkeras dengan ibu, dan gunakan wang KWSP untuk beli kenderaan secara cash bagi kegunaan aku dan anak-anak.
Memandangkan bajet cuma kurang 10k, kalian yang ada pengalaman mohon kongsi pendapat kenderaan apa yang sesuai, budget 8k-9k?
Saga BLM atau Waja? Menurut aku yang zero knowledge tentang kenderaan aku cuma menilai baik buruk kenderaan melalui luarannya.
Nampak cantik, bersih aku kira bagus.
Pening kepala memikirkan masalah. Ini baru satu. Masalah kehidupan, masalah tuntutan hadhanah, nafkah anak-anak…
Semua berselirat di kepala otak sampaikan bila aku tidur, aku masih terasa otakku tengah processing data and I hate that. I really hate myself.
– Siska Sumanto (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit