Depression Yang Tak Dijangka

Assalamualaikum wbt, nama aku Noah berasal dari negeri rahsia. Hahaha, terima kasih jikalau confession saya ni dipaparkan di page ini.

Seperti tajuk di atas, pada bulan ramadhan yang mulia ini saya dikejutkan dengan satu berita dari doctor dimana saya di diagnosed kan dengan masalah depression. Depression is real guys.

First off all saya hadap benda ni sejak tahun 2021 cuma nya tak ada la nak cuba check atau pun anggap series. Sejujur cakap saya ingat apa yang saya hadapi ni semua orang kot ada rasa. Rupa nya tidak.

Recently saya diberi ubat oleh doctor, ubat perasaan (Fluvoxamine) dan ubat tidur, Ya Allah kesan ubat tu memang teruk untuk saya hadap, cirit birit,moody, tak ada selera nak makan dan juga perasaan yang tak menentu.

Saya terpaksa habis kan ubat sehingga disuruh doctor.

Untuk masalah depression ni, saya masih samar samar punca nya, saya sering ada masalah tidur, struggle untuk saya tidur tanpa memikir apa akan jadi pada hari esok dan apa tujuan hidup saya.

Minda saya celaru dengan perkara yang membuat saya resah 24 jam.

Dapat tidur dalam selang berapa jam saya bangun dengan mengejut, jantung rasa laju.

Sampai saya terpaksa baring di lantai atau ruang tamu saya. Apabila saya nak pergi kerja saya rasa susah hati, saya takut kesalahan bila buat kerja.

Saya rasa marah dengan diri sendiri bila saya tersilap buat kerja dan rasa gagal sangat dalam apa apa tugasan. Itu kalau tugasan kerja, Kalau bab family. Saya adalah anak bongsu.

Ibu saya adalah ibu tunggal, saya faham ibu saya adalah ibu tunggal dan macam macam masalah dia sudah tempuh untuk membesar kan saya.

Tapi saya tidak dapat bantuan moral dari ibu saya sejak kecil lagi, jika saya ada masalah bila nak bercerita kepada ibu saya. Saya tidak diendah kan.

Pernah saya mengadu saya rasa tidak berapa nak sihat secara mental, ibu saya mengabaikan saya. Seakan saya cuba mencarik perhatian.

Tapi saya tak salah kan ibu saya. Saya rasa dia ada benda lain perlu fikir kan. Adik beradik saya adalah adik beradi tiri, so juga tidak diendah kan oleh mereka. Saya dah mula rasa penat.

Ada waktu saya menangis tanpa sebab, ada kala saya menangis sebab penat, ada masa saya nangis untuk lepas kan air mata yang tersimpan seharian. SAYA TAK ADA BANTUAN MORAL dari sesiapa yang saya sayang.

Bila kamar saya gelap dan bersedia untuk tidur ada masa saya dengar suara panggil nama saya, ada kala saya dengan suara suara yang meresah kan saya, dia hanya lah sepatah ayat.

Ada masa saya mudah rasa marah, ada masa saya sentap dengan satu statement yang remeh. Ada masa saya terdiam dan meluat untuk berkata kata dengan manusia.

Saya perlu berjuang untuk tidur, bisikan di minda, fikiran yang tak ada kesudahan. Sekecil benda saya boleh jadi overthinking dan sentap.

Ada waktu bila fikiran saya celaru saya sakit di bahagian belakang kepala seperti pening pening. Buat masa ni saya menditasi kan diri dengan berbalik kepada Allah agar diberi bantuan.

Tapi lumrah manusia iman turun naik. Kadang saya elok kadang tidak, saya bukan la seorang yang pandai ilmu agama sekadar kewajiban buat masa ni saya tunai kan sahaja.

Saya takut masalah ini belarutan atas sebab faktor pekerjaan. Contoh jika apa apa jadi masalah dengan punca masalah depression saya ini. Saya takut dibuang kerja atau company lain tak terima saya.

Saya tak rasa depression adalah benda yang patut diambik remeh atau mereka yang di luar sana claim mereka ada depression, Depression is real guys. I’m scared of it. I really do sebab akan effect environment kita.

So please check if u guys dah perasaan yang aneh terhadap mental anda semua.

Buat masa ni saya cuba keluar kan saki bati terhadap air mata.

Saya merancang untuk temu kan makna hidup sendiri selagi bayangan saya ada di bawah matahari anggap saya keseorangan better saya cinta kan diri sendiri hari ini.

Saya ber evakuasi dahulu,

– NOAH (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *