Gangguan Guru Kelainan Upaya II

Untuk part I, (https://iiumc.com/gangguan-seorang-guru-kelainan-upaya-oku/).

Salam sejahtera. Saya pernah menulis di IIUM Confession berkaitan gangguan yang dibuat oleh guru kelainan upaya beberapa minggu yang lalu.

Ya, syukur fail siasatan telah pun dibuka Dari pihak kementerian. Siasatan dibuat meliputi semua pihak, iaitu Dari pihak pentadbir, guru-guru, murid-murid Dan juga pekerja sekolah.

Meskipun begitu gangguan Guru ini pada Saya Masih tidak berhenti. Selepas kehadiran pegawai – pegawai untuk siasatan, cikgu S tersebut

Mula mempengaruhi guru-guru lain dengan Cuba menjatuhkan reputasi Saya. Cikgu S menghantar Whatsapp kepada guru – guru seperti berikut:

“Semalam sir Dan cikgu * Ada cerita pada Saya tentang kehadiran pegawai angkat kita untuk apa. Dan orangnya siapa yang buat report tentang Saya sampai pihak atasan. Sir cakap Dia terkejut Bila tuan PPD sebut nama cikgu Y”.

“As a friend Dan sebagai kakak yang banyak pengalama hidup sepanjang 21 tahun mengajar, ini adalah satu peristiwa boleh dikatakan amat tidak disangka Dan melukai hati begitu teruk.

Dan nasib Ada rakan-rakan perjuangan Saya di sk* yang sporting sangat, menyokong Saya dalam borang soal selidik aduan atas Saya. Dan juga bersemuka dengan pegawai – pegawai”.

“Saya pesan pada a** ya, tolong berhati-hati dengan cikgu Y ni. Orang yang amat bahaya!!!!!!! Mungkin Dia jealous ke apa ke terhadap a** sebab the best guru kawalan makmal

Dan tugas-tugas lain. Dia nak diri Dia je menonjol di sekolah ini. Dan semua nombor 1 je. Die perhatikan gerak Geri semua cikgu di sini termasuk staff all, pekerja semua”.

“Sampai hati Dia buat nama Saya buruk Dan memburukkan nama sekolah. Dan pegawai atasan dah Mula turun setiap hari nak soal selidik. Sampai kementerian”.

“Saya one by one person mesej kepada rakan-rakan ini termasuk pentadbir untuk keselamatan lebih awal. Suruh berhati-hati. Ni sebab Saya mangsa no 1. Mungkin mangsa seterusnya Ada lagi. Saya takut tengok Dia a**. Macam hantu”.

“So please beware of her ok”.

Ya cikgu S dah Mula menyebarkan fitnah terhadap Saya kepada guru Dan staff di sekolah itu.

Cuma Saya tengah berfikir patut ke Saya membuat laporan polis untuk tindakan seterusnya, kerana cikgu S Masih di bawah siasatan kementerian.

Tetapi Dia tersangat agresif Dan tidak henti menggangu Saya yang menyebabkan Saya tidak dapat fokus dengan kerja Saya Dan ya sangat tertekan.

Sebenarnya Tak Ada pun guru yang menyokong Dia dalam borang soal selidik aduan yang diedarkan oleh pegawai tersebut, tetapi itu cuma andaian cikgu S sahaja.

Saya telah pun berbincang mengenai cikgu S ini sebelum aduan dibuat Dan selepas kehadiran pegawai siasatan. Saya cuma bagitahu tindakan yang Saya ambil adalah untuk kebaikan semua pihak.

Adakah patut Saya membuat laporan polis terhadap cikgu S ini di atas penyebaran fitnah terhadap Saya?

Jika Saya membuat laporan polis, adakah ia akan menjejaskan kerjaya Saya?

– CIKGU Y (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *