Aku dan Emak

Assalamualaikum, aku baru lepas bertekak sikit dengan mak aku, dan sekarang aku rasa berdosaa sangat². Tapi dalam masa yang sama aku terkilan.

Puncanyaa aku ad BF, aku gelarkan dia N. Kami kawan dah lama, almost 5 tahun. So BF aku ni dulu keja power juga, bahagian oil & gas.

Lepastu ada masalah sikit, dia berhenti kerja, duduk di kampung halaman sebab mak dia tak sihat.

So sekarang dia meniaga macam² untuk cari duit, apa sajaa peluang meniaga dia boleh buat, dia akan buat.

Then, sekarang dia kerja di kedai aksesori kereta and dalam masa yang sama dia buat bisnes juga, ad 3 bisnes yang dia buat, alhmdulillah lah cukup untuk dia saving kami nak kawen nanti, mudahan. Aamiin.

OK yang jadi masalah sekarang ni mak aku. Even bagi aku, aku rasa bf aku ni dah buat macam² untuk ambil hati family, bila² minta tolong dia akan sampai, inshaaAllah

Then cuba borak² banyakk dengan mak ayah aku, join piknik, bercuti, sebab nak rapat dengan family. Solat sekali apa semua, tunjuk effort bab² kerja bagaii nak bagi mak ayah aku tengok yang dia tau carii duit even takda kerja tetap.

Tapii mak aku selalu pertikai, kenapa cari orang macam dia, sedangkan aku kerja pejabat (kontrak bulanan saja), dia gelap, dia tak ada rupaa.

Tapi bagi aku BF aku ni baikk² sajaa. Dia pembersih, pakai pon kemas setiap kali keluar, dan aku pon bukan lawa sangat, just sedap mata memandang and berisi.

Aku keep on cakap ke mak aku, takapa diaa baikk, dia layan kakak baik, tapi mak aku akan kataa ‘yaa takpalahh, mudahan tu baiklahh hendaknyaa’ tapi kalau boleh cari lahh yang berjenis.

Aku tak faham apa lagi yang berjenis yang mak aku nak? Yang kaya raya, ada rupa memang menjanjikan aku bahagia ke?

Dan setiap kali mak aku persoal kan semua ni, akan timbul perasaan berbelah bagi dalam diri aku, aku akan fikir bf aku ni tak cukup baik untuk aku kah?

Aku deserves someone lagi better ke? Bukan level aku ke? Mak aku tak restu ke ni ke apa? macam² dalam kepala last² aku stress sorang² dan akan effect relationship kami.

Dulu mak aku ada nak suruh aku bertunang dengan orang yang beza 30 tahun dari aku, dengan alasan lebih stabil, dan aku masih muda masa tu baru umur 20, memang aku perang habis habisan.

Dan sampai sekarang kadang² mak aku akan kata bila aku tak cukup duit, tulah dulu suruh kawen dengan dia tu, kakak tak nak.

Aku memang cukup benci dengar ayat tu. Dann aku paling tak suka bila mak aku akan kata kenapa pilih BF yang sekarang ni. Keja pon biasa², duduk pon didaerah yang kebanyakkan orang tak suka, rupa pon tak ada.

Akuu stresss! Adakah ni maksudnya mak aku tak restu hubungan kami? Tapii bila berdepan mak aku layan elok jaa BF aku tu.

Panjang dahhh aku bercerita, please pembaca kalau ada apa² nasihat atau pengalaman please share dengan aku, akuu dah buntu..

– Daisy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *