Adik Beradik Yang Tak Guna

Hi, saya Nana (bukan nama sebenar). Seorang ibu kepada 2 anak kecil yang sedang melasak, seorang isteri surirumah dan juga seorang kakak.

Cerita saya mungkin agak panjang. Saya hanya ingin meluah.

Saya seorang pendiam. Tak suka bercerita pasal masalah saya pada orang lain. Takde bff. Saya sudah kawin dengan suami selama 6 tahun.

Dalam tempoh tersebut, saya mengalami masalah rumahtangga hampir 3 tahun. Pernah bergaduh besar.

Suami yang dulunya baik dan bertanggungjawab buat perangai betul² menguji mental saya. Saya hampir² mengalami kemurungan. Tapi saya bukan nak cerita pasal saya dan suami.

Diringkaskan, masuk tahun yang ketiga, saya mengadu masalah saya pada adik perempuan (dah berkahwin n belum mempunyai anak) saya supaya dia tahu apa yang saya alami.

Malangnya awal² sahaja dia seakan faham, tapi lama kelamaan dia gunakan masalah saya untuk taji saya semula.

Untuk pengetahuan semua, sebelum kawin saya amat rapat dengan adik saya walaupun mood dia mudah berubah² (maksudnya cepat marah cepat sejuk).

Saya pula jenis penyabar dan kami banyak ada antara satu sama lain. tapi lepas masing² dah kawin, atas dasar komitment pada alam rumahtangga, hubungan tu jadi agak renggang tapi masih rajin contact menerusi telefon.

Dia tahu masalah saya. Pasal suami buat hal, dan juga pasal kekangan financial kami.

Tapi kadang² dia menguji saya dengan bertanya pasal “kakak tak shopping handbag baru ke?” “Beli baju raya kat BUTIK mana?” “Euw husband kakak tak bawak kakak shopping raya ke?

Nasib baik husband adik tak macam husband kakak” “Nape tak reti bincang dengan husband? Kalau adik dengan husband adik, kami akan blablabla” dia rasa dia lah terpaling gud gud.

Dan kerap memperkecilkan fizikal saya seperti mengata saya pendek (dia lebih cantik dan pandai bergaya daripada saya).

Setiap kali jumpa mesti nak mengata saya pendek. Naik muak. Padahal membesar sama² dari kecik. Dia sangat memandang pada harta benda yang ada brand.

Dan dia akan gelak² kalau saya hanya membeli baju cikai² thru shopee atau kedai biasa takde jenama. Kadang² saya hadiahkan dia baju, anak tudung (yang murah²), dia tak apprciate sebab dia tak pakai yang murah² macam tu.

Saya pula jenis yang berjimat dan akan pakai sesuatu tu selagi tak rosak. Itulah saya dari dulu dikala berduit mahupun tak berduit.

Bila outing bersama adik, saya akan bawa anak² bersama (suami kerja). Anak² saya diakui sangat aktif dan lasak. Kadang² adik saya akan buat muka sebab “suasana” keluar bersama tu tak macam yang diharapkan.

Sebolehnya saya taknak pun keluar dan nak lepak dengan adik dirumah sahaja, tapi saya nak jaga hati dia.

Pernah sekali kami keluar ke Aeon dan dia tak dapat makan dengan aman disebabkan kena pantau anak sulung saya yang kesana sini.

Dan akan mengungkit dia dukung anak saya berat, takut effect kesihatan dalaman dia.

Saya sebagai ibu, mestila terasa dengan kata² tu. Tapi saya diam. Saya bertambah murung bila suami buat hal, lepastu adik yang dulunya rapat cakap lepas pulak macam tu.

Bila saya tak dapat puaskan hati dia, dia akan kata macam² pada saya. Dia kata saya takde masa untuk dia, suka nampak salah dia, saya dah tak ceria dan macam² lagi.

Padahal dia tahu masalah kakak dia. Kakak dia dalam fasa yang amat struggle. Saya mengadu pada dia sebab saya andaikan dia akan faham.

Sampai 1 tahap, terlalu banyak dia kata bukan² pada saya, saya jadi teramat marah lalu kami bergaduh (melalui call). Otak saya penat sebenarnya.

Saya tolong suami cari nafkah bersama, jaga anak², alami trauma dan kemurungan, lepastu nak kena jaga hati dia pulak.

Saya rasa sangat serabut bila dia judge hidup saya tak seindah hidup dia dan cuba mengatur apa saya patut buat. Dia push to the limit.

Lastly, saya mintak maaf tapi dia terus menyepi sebab dia mesti dia rasa dia betul apa yang diperkata oleh dia pada saya.

Sedih. Hari² saya menangis sebab tak dapat buat yang terbaik untuk semua orang.

Saya tak pernah harapkan yang terbaik dari sesiapa sebab saya tahu masing² ada masalah sendiri. Saya cuma nak adik saya faham saya sebab saya sentiasa memahami dia.

Saya sentiasa cuba jadi kakak yang terbaik buat dia, selalu doakan kesejahteraan dia, tapi dia tak hormat saya hanya sebab dia mempuyai ‘lebih’ lagi daripada saya. Cukup lah berkata yang baik² supaya hati saya lebih senang.

Kalau nak list apa yang dia dah buat pada saya (perbuatan kasar dia terhadap saya) dari sebelum kawin, tak terkiranya saya terasa hati dengan dia.

Hanya sebab saya tak boleh ada untuk dia sekali, terus dia label saya bukan² n kakak tak guna.

Saya betul² bahagia hanya dengan anak² sahaja. Saya tahu saya betul² ketawa ikhlas hanya bersama anak². Doakan saya menjadi ibu yang kuat ya.

Terima kasih sudi membaca. Semoga kita semua dalam lindungan Allah sentiasa.

– Nana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *