Salam semua pembaca IIUM Confession. Terlebih dulu, maafkan aku kalau ayat and penceritaan semua macam tak plot dengan cantik and huru hara. Aku dari dulu failed bab nak buat intro mengarang ni.
Nama aku Nunu (bukan nama sebenar). Gegurl, usia awal 30-an, masih belum berkahwin, introvert, tinggal dengan family, pekerja swasta yang berpangkat kuli ajerr.
Aku ni, tak tau la apa masalah utama aku. Tapi benda ni dah berangkai-rangkai. Dan sekarang, ini adalah waktu kemuncak bagi aku.
Mungkin bukan masalah yang tersangat besar, tapi still, a problem, that I need somewhere untuk luah.
1st thing 1st, masalah lone ranger. Aku memang seperti yang aku bagitau, introvert. Pemalu, pendiam bila orang yang aku rasa tak selesa nak bercakap lebih-lebih. Aku ada lah beberapa kawan terdekat dan rapat yang mana aku boleh jadi diri aku, tapi tersangat limited lah.
Aku tak tau lah kalau one day aku kahwin, berapa kerat saja yang datang. Silap-silap tak nampak batang hidung yang namanya kawan langsung.. haha. Sadis bukan?
Sampai sekarang aku masih belum bertemu jodoh. Dari segi usaha, aku rasa mungkin usaha aku kurang atau zero, untuk masa terkini ni.
Masa zaman kolej, ada la lagi aku berkecimpung dalam dunia perkenalan ni, tapi tak ada la jauh mana perginya. Tak ada yang terlalu serious. Chat2 online menemani hari bosan time belajar macam tu saja. Ada yang aku crush, macam ada chemistry, pastu last2 beliau blah saja.
Ada yang crush dengan aku, pastu aku pulak yang blah sebab aku rasa tak ada chemistry. Muahaha. Aku ada la simpan satu harapan nanti aku dah kerja, ada la tu aku kenal dengan sesiapa.
Tapi ternyata itu hanyalah tinggal harapan. Sebabnya dari segi kerjaya pun aku jahanam ye. Aku macam ada set target sebenarnya, kerjaya stabil dulu, baru aku akan cari pasangan, dan ke peringkat seterusnya.
Kerjaya aku sampai sekarang aku tak dapat kerja yang sesuai dengan kelulusan aku. Aku kerja yang sekarang ni pun pakai SPM saja and gaji sangat lah paras-paras hidung. Tak mampu beli rumah.
Kereta pun dapat buat loan sebab nasib saja sebab masa tu ada la aku bisnes online sekejap. Tapi macam mana pun, aku tetap bersyukur.
Well, aku ada diploma saja. Itu pun dalam jurusan yang tak lah aku minat sebenarnya, tapi pada awalnya aku redho saja (sementara masih fresh graduate masa tu) untuk terus cari kerja dalam bidang tersebut.
Tapi tak berjaya. Ada la pernah sekali aku cuba terjun dalam bidang berkaitan, tapi seminggu saja lepas tu aku angkat kaki.. haha.
Lama kelamaan, aku quit apply kerja berkaitan bidang aku belajar. Aku decide takkan dan tak nak lagi cari kerja dalam bidang berkenaan.
Aku rasa tak relevan and tak mampu. Sebab kerja aku melibatkan nyawa orang, dan aku sedar kemampuan dan minat aku di tahap mana.
So since then, aku teruskan apply kerja gomen menggunakan diploma dan spm, tapi bukan lagi di bidang aku. Aku cuba dan cuba dan cuba dan cuba.
Walaupun selalu saja gagal interview and dah tak terbilangnya jumlah hadir interview tu.
Aku still boleh kaitkan kerja sekarang serba sedikit dengan interview jawatan yang aku apply saban hari tu. (Walaupun sebenarnya kerja sekarang lagi dekat dengan bidang lama aku secara amnya).
Aku lagi minat administration. Sampai ke saat ini aku masih lagi ke temuduga gomen. Latest..baru saja bulan lepas pergi, dan masih menunggu keputusan. (Doakan aku lulus lantikan tetap kali ni gaisss. Aamiiinn.)
Berbalik pada cerita, hal jodoh dan kerjaya ni sangat berkait bagi aku. Sebabnya, keyakinan diri aku sangat lah rendah.
Aku dah jadi takut nak berkenalan dengan orang baru, dan malu nak bercerita pasal kerjaya aku sekarang. Sebab kerja yang sangat biasa-biasa walaupun halal.
Aku takut orang expect tinggi dari aku. Aku segan nak cerita kerja aku. Aku takut orang yang aku nak berkenalan tu memperlekehkan aku atau tak selesa dengan aku.
Kalau nak bertanya khabar kawan lama pun aku malu. Sebab modalnya tak ada lain lagi melainkan pasal kerjaya dan jodoh. Huhu.
Aku tak ada jawapan dah nak bagi. Sebab hidup aku macam tak ada apa perkembangan. Flat, dull, and boring.
Untuk pengetahuan semua, aku tak pernah pun update pasal kerjaya aku kat mana2 media sosial aku. Misalnya selfie dengan pakaian kerja, atau apa2 berkaitan.
Kalau keluar sekejap nak beli barang pun, aku segan dengan uniform kerja aku. Mesti aku akan tukar ke baju biasa dulu.
Lepas habis kerja dulu, aku ada la jugak cuba apply untuk sambung ijazah. Tapi pointer aku tak berapa cukup (dalam bidang sebelum ni) untuk aku sambung ijazah dalam bidang lain.
Aku perlu kerja dalam bidang ni dulu pastu baru boleh sambung ijazah. Itu pun dalam bidang yang sama jugak.
Aku memang kalau boleh bercadang nak tukar bidang. Tiga kali aku cuba untuk apply belajar dalam universiti tempatan. Semua gagal.
Universiti swasta aku takut ayah aku dah tak mampu sebab mahal kosnya. Cukuplah masa diploma dulu aku dah belajar swasta, tapi mujur MARA banyak membantu. Pointer aku dapat mengurangkan bayaran balik sebanyak 50 peratus masa tu.
Sini jugak dah jadi salah satu titik down aku. Impian aku untuk atleast ada degree. Aku dulunya masa sekolah sentiasa di kelas pertama. Bukan lah yang paling cemerlang, tapi aku bukan lah pelajar lemah. Kawan-kawan aku semua dah berjaya.
Even kawan yang bukan di kelas pertama pun banyak saja dah berjaya semuanya. Jauhhh jauhhhhh lebih berjaya dari aku.
Aku tersangatlah down bila aku saja macam keciciran. Kalau ada yang terserempak aku kat tempat kerja pun, aku segan. Aku akan cuba menyorok selagi boleh.
By the way, tempat kerja aku adalah satu tempat yang mana orang awam akan selalu hadir bila sakit.
Ok dah dapat gambarannya kan? Hint besar dah aku bagi tu hahaha. Last2 ada gak yang kenal siapa aku kang. Dah mudah2 saja kantoi ye tak! Syyhhh, diam2 saja lah kalau tau siapa aku pun.
So tutup bab kerjaya, jodoh dan pelajaran kejap. Aku nak sambung bab family pulak. Family aku asalnya family yang simple, yang happy, yang jarang bergaduh.
Tapi sejak beberapa tahun ni ada orang baru tinggal sekali dengan kami. Kat rumah ni ada aku, mak aku dan ayah aku saja sebelum ni.
Aku anak bongsu. Sementara abang dan kakak dah berkahwin. Orang baru dalam rumah aku sis mak saudara aku, iaitu adik kepada mak aku.
Aku memang dari awal dah ada instinct yang aku tak akan pernah sebulu dengan wanita ini. Cuma tak da la aku bermusuh atau berdendam.
Cuma aku ada perasaan tak selesa. Apa masaah dia aku malas nak cerita detail. Tapi, dia selalu mendatangkan masalah pada family yang sebumbung dengan dia. Kali ni giliran family aku.
Sejak kedatangan wanita ini, dah banyak kali kami bergaduh besar. Dan kali ni, yang terkini ni, yang terpaling teruk. Mak aku mula2 perang dingin dengan aku, lepas tu ayah aku, dan terkini kakak ipar aku. Lama2 dah tak jadi perang dingin dah, jadi perang dunia ketiga!
Aku ni walaupun introvert (lah sangat kan.. haha), aku jenis yang cakap lepas. Apa yang aku tak suka aku suarakan. And aku akan pertahankan apa yang aku rasa betul.
Kalau benda aku rasa tak betul, aku akan suarakan dan melawan jugak. Aku bukan macam character baik bodoh dan insan yang lemah macam dalam Akasia, Samarinda or Megadrama kat dalam tv tu.
Ada jugak lah kami dua beradik (aku dan abang aku) berubat senyap-senyap secara islamik dengan beberapa ustaz. Kakak aku sangatlah sains. Dia tak percaya sebarang benda ghaib macam ni. So sebab tu aku dan abang aku saja terlibat.
Kakak aku sangatlah redho Illahi punya orang. Sama jenis dengan ayah aku. So berdasarkan perubatan islamik tu, didapati ada lah serba sedikit gangguan pada emak aku.
Sebab dia tiba-tiba jadi pemarah yang tak bertempat, yang pelik. Ini semua jadi lepas kami balik dari kampung di utara pada hujung tahun lepas. Ada juga berkait dengan ‘wanita’ itu.
Semua benda akan jadi hal untuk mak aku. Semua benda dia akan cari pasal. Marah2. Maki2. Perang dingin dengan aku, lepas tu cari pasal dengan ayah aku. Ayah aku jenis penyabar dan tak suka gaduh2. Satu hari tu ada hal yang melibatkan ayah aku yang mak aku marah.
Aku jadi panas hati dan aku lawan! Banyak minggu jugak lah kami bermasam muka lepas tu. Memang aku rasa berdosa, tapi aku tertekan bila mak aku jadi ego tak bertempat, rasa diri dia saja betul dan lagak seperti ketua keluarga seperti tak menghormati ayah aku.
Tak lama kemudian, aku mengalah dan aku mintak maaf. So benda kembali normal untuk aku dan mak aku. Tapi tidak untuk ayah aku.
Kakak ipar aku pulak tiba2 jadi terlibat. Tiba2 kena petir dengan mak aku. Padahal puncanya sangat lah salah faham saja. Dan benda kecik saja aku rasa.
Mak aku hina dan maki kak ipar aku agak teruk. Habis diungkitnya. Mak aku bukan jenis berkira pun sebelum ni. Pelik bukan?
So perkembangan terkini, dengan ayah aku dah kembali pulih sedikit demi sedikit. Tapi masih tidak dengan kakak ipar aku. Kedua-dua belah pihak masih tak boleh memaafkan antara satu sama lain.
Abang aku jugak, tak lagi datang ke rumah kami. Mungkin dia jugak terasa.
Dan aku, terpaksa mendengar perkara2 negatif dari kedua2 belah pihak. Mak aku, hari2 bercerita dan mengungkit pasal hal2 negatif tu. Tak kurang jugak kakak ipar.
Dan sekarang aku sangat tertekan dengan benda2 negatif ni. Aku balik kerja, pergi kerja, makan, tidur, lepas tu sambung berkurung dalam bilik, aku jadi malas nak keluar bersosial atau bercakap dalam rumah ni. Aku jadi takde perasaan, takde mood. Kosong.
Kadang2 tidur aku tak lena memikirkan semua ni. Aku pakai earphone. Aku tak sanggup lagi kalau terdengar perjara yang negatif2 dari mulut mak aku bila kat rumah.
Bosan kalau hari2 memperkatakan hal yang sama. Begitu juga dengan kak ipar aku. Aku okay saja dengan dia. Cuma, aku tak sanggup nak baca whatsapp pasal perkara berkaitan lagi.
Aku tersangatlah stress. Aku sayang keluarga aku (kecuali ‘wanita’ itu). Hidup dan mati ‘wanita’ itu takkan ku ambik peduli. Aku memang buat dia macam halimunan saja kat rumah. Suara dan muka wanita itu lagi lah aku tak boleh tengok dan dengar.
Aku malas nak cakap aku ‘benci’ sebab aku taknak jumpa dia lagi kat akhirat nanti. Cukuplah di dunia ni saja aku terbeban dengan kehadiran dia. Aku cuma berharap dan berdoa ‘wanita’ itu dapat berpisah sejauhnya dari keluarga aku.
Walaupun aku lone ranger, tapi hidup aku tak pernah betul2 sunyi sebab kehadiran keluarga aku yang happy sebelum ni, kehadiran anak buah aku. Aku sangat rapat dengan anak buah aku yang sulung.
(Untuk pengetahuan semua, sebelum ni mak aku jaga anak buah sulung bila mak bapaknya keluar bekerja. Semasa jadi krisis ni, kakak ipar dekat2 waktu nak melahirkan anak kedua. Jadi lepas ni semua jadi, kakak ipar terus berhenti kerja dan jaga anak2 sendiri.)
Sebelum ni keluarga abang aku hampir setiap hari datang. Walaupun time diorang tak bekerja. Hidup aku tak pernah sunyi dengan keletah anak buah aku.
Aku seorang yang sukakan budak, jadi bila hadirnya kelahiran anak buah sulung, memang jadi buah hati dalam keluarga kami.
Tapi sekarang, aku tersangat rindukan keluarga aku yang dulu. Yang happy, yang setiap kali apa2 besday akan meraikan dengan cara kami sendiri.
Aku sangat rindukan anak2 buah aku. Mak aku sekarang bukan macam yang dulu lagi. Dia rindu cucu tapi ego lebih memenangi segala galanya.
Ayah aku memang seperti diqueen control, mak aku tak bagi kalau ayah aku dtg umah abang aku melawat cucu. Kejap2 di callnya. Padaha itu bukan perangai mak aku dulu. Kesian ayah aku, hanya mampu tengok video lama cucu.
Aku sebagai seorang yang degil, aku tetap lah akan pergi tengok anak2 buah aku. Ini pun mak aku ada bising sebab aku pergi lama sampai ke malam. Tapi aku pedulik hape..muahaha!
Ini pun aku siap ada rasa nak pergi tidur bermalam kat rumah abang aku pulak sebab nak main dengan anak2 buah aku lama sikit.
Aku tak rasa salah pun aku pergi and lepak lama kat rumah abang aku. Bukannya aku pergi rumah buaya darat pun. (No no aku bukan seperti itu)
Aku tersangat rindu kat diorang. Aku siap ambik baju anak buah aku bawak tidur. Punya lah aku rindu dan rapat. Dah macam anak aku sendiri. Banyak feed ig story aku update pasal anak buah. Lantakkan orang yang nengok boring ke tidak! hahaha.
Sekarang hidup aku rasa kosong dan sunyi. Segala masalah ni dah jadi macam bergabung. Aku tak nak sampai kena ambil ‘ubat’ weh. Aku ada lah jugak luahkan kat kawan terdekat. Ada yang tau sepenuhnya, ada yang tau sekerat macam korang jugak! haha.
Aku rasa macam nak pergi jauh2, dapat jodoh kerja dan tinggal jauh2 (so that aku boleh follow husband), so that aku tak perlu menghadap ‘wanita’ tu kat dalam rumah ni lagi.
Kalau ikutkan aku nak duduk dekat2 saja nak tengokkan mak ayah aku memandangkan diorang dah di usia tua ni. Tapi sebab ‘wanita’ tu, aku tak boleh!!
Aku rasa nak bercuti! Nak tenangkan fikiran. Tapi aku agak terkongkong sikit. Mak aku bukan jenis mudah2 bagi anak dara keluar bebas.
Dan aku jugak bukan jenis berani sangat bawak kereta jauh2 yang aku tak familiar..huhuhu. Nak ajak kawan, ada pun yang sama spesies macam aku jenis tak berani jugak, dan yang lain2 dah berkahwin.
Banyak komitmen. Kadang nak mengadu pun aku macam tak tau nak bagitau siapa dah. Kakak sendiri, macam takde perasaan.. hahaha.
Kawan pulak hmm.. entah la.. susah, diorang banyak komitmen. Daripada nak dengar cerita aku, baik diorang setel masalah diorang.
Doakan aku sihat mental fizikal rohani emosi! Aku harap korang reader boleh tolong sama2 doakan jugak semoga keluarga aku berbaik dan bahagia seperti sediakala. Doakan aku lulus interview tu jugak dan dapat jodoh terbaik utk aku tak lama lagi! Aamiinn.
Semoga yang baik2 jugak kembali pada korang yang sudi membaca dan mendoakan. Thank you.
Chiaooo!! Assalamualaikum.
– Nunu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit