Assalamualaikum, 1st time berkongsi cerita disini. Lama pendam harap-harap dapat lah kurang kan marah ini.
Saya Eza sudah berkahwin anak 3. Suami saya abang sulung kepada 4 orang adik beradik. Dia seorang yang baik dan mengambil berat hal-hal adik beradik.
FIL dan MIL berkerja kampung di Utara semenanjung. Suami saya “breadwinner” keluarga.
Kami menetap di KL. Suami kerja sektor kerajaan, saya pulak sektor swasta.
Cerita saya berkisah tentang adik bongsu suami yang selalu mendatangkan masalah pada suami saya.
Adik bongsu suami ini kategori anak manja. Umur 28 tahun, sudah berkahwin dan ada anak 4 (kahwin muda).
Dia menetap bersama FIL dan MIL saya. Boleh dikatakan setiap bulan Dia akan minta suami bantu dia dari segi kewangan.
Buat masa ini adik bekerja di kilang berhampiran kampung suami. Tapi dia seorang yang pemalas. Masuk kerja lewat. Bayangkan shift pagi dia bangun tengahari.
Disebabkan sifat pemalas, dia sering diberhentikan oleh majikan dan bertukar kerja ada kalanya menganggur.
Bila Dia tidak bergaji suami akan menjadi mangsa menanggung segala belanja keperluan anak-anak adik. Sehinggakan pernah sampai kami terpaksa korek tabung simpanan untuk membantu mereka.
Kalau adik bergaji. Dia sembang macam bulan bintang boleh beli tapi tak pernah nak bayar duit kami.
Kalau pulang ke kampung suami, saya jadi sakit hati melihat vape adik yang pelbagai jenis perisa. Rokok berpuluh ringgit sekotak. Tapi hujung bulan, tadah tangan pada kami.
Kami berkerja keluar gelap balik gelap mencari rezeki di KL dan berjimat cermat berbelanja.
Kalau suami tak bagi duit pada adik, nanti ada la ceramah ustaz tentang “bersedekah pada adik beradik lebih baik” dikongsikan di FB tujuan untuk perli suami saya.
Kalau kami pergi bercuti, adik la orang paling tak tenteram. Sepanjang percutian kami sekeluarga, adik akan bertubi -tubi telefon minta pinjam wang. Allahuakbar!
Kami menabung setahun untuk bawa anak2 bercuti. Tapi adik merasakan bila kami bercuti kami ada wang yang banyak.
Masa itu lah bermacam alasan diberi contoh telefon rosak, motor rosak, anak sakit dan pelbagai emergency direka oleh adik suami!
Kadang-kadang sya rasa berkecil hati juga dengan suami, raya tahun ini kebanyakan perbelanjaan raya untuk baju anak2 sya yang keluarkan
Suami banyak membantu anak2 adik. Isteri adik 2×5 dengan adik pemalas, dia tidak berkerja.
Setiap hari bangun hampir tengahari, 6 tahun duduk dirumah mertua belum pernah sekali menyapu atau sidai pakaian. Dia hanya menjaga anak2 dia sambil bermain phone.
MIL pernah merajuk dan duduk dirumah kami di KL selama 2 bulan. MIL mengadu kepenatan menguruskan rumah sendirian diusia tua.
Kalau adik terbaca posting ini, harap ubahlah sikap itu. Jadilah orang yang bertanggungjawab dan berdikari. Cuba lawan sifat malas tu.
Kasihan lah pada isteri, anak2, mak abah dan abg awak. Sampai bila nak hidup meminta-minta tanpa usaha. Kami sampai tahap hilang rasa ikhlas ingin membantu disebabkan sikap adik suami.
Kakak ipar,
– Eza (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit