Hujan, Puasa dan Doa

Assalamualaikum.. just nak share short story semoga beri manfaat kepada orang lain.

Saya seorang suri rumah dengan 2 orang anak & sudah berkahwin selama 7 tahun.

Flashback sikit 7-8 tahun lepas saya kenal suami di tempat kerja. Fizikal suami seorang yang tinggi, kurus & ada rupa. Tapi saya lebih tertarik dengan dia sebab hari2 saya nampak dia tak tinggal solat.

Macam mana saya boleh tahu suami tak tinggal solat?

Sebab nya surau lelaki perempuan sebelah2 & waktu rehat masa yang sama. So memang boleh nampak la siapa yang keluar masuk surau.

Fast foward saya yang approach suami & dalam masa setahun kenal, kami kahwin.

Awal perkahwinan semua nya ok berjalan lancar. Suami still tak tinggal solat & ada masa jemaah sama2. Dalam 2-3 tahun lepas kahwin suami pindah tempat kerja lain.

Saya dah jadi suri rumah. Saya pun mula perasan suami da susah untuk solat.

Tak pasti sebab persekitaran atau kawan2. Sebab tempat kerja baru majoriti kawan2 dia lebih muda & lebih enjoy. Wallahua’alam.

Saya cuba nasihat dengann cara baik & ada masa geram sangat saya perli2 (sorry en. suami). Time goes on, saya pun mula letih nak nasihat.

Just bila sampai waktu solat saya suruh saja la dia solat. Dia nak solat ke tak terpulang la. Saya pun malas nak fikir. Huhu. Tapi doa tak pernah putus untuk suami.

Baru2 ni kawan saya ada share tips untuk Allah makbul kan doa dia amik sumber dari tiktok. Simple saja cara nya masa hujan doa dengan bersungguh2.

Saya rasa ramai pun tahu tips ni. Saya pun ada masa hujan2 doa juga tapi mungkin sambil lewa & doa dalam hati saja.

One day, masa ramadhan baru2 ni ada 1 hari masa nak berbuka puasa hujan turun dengan lebat. Saya teringat tips ni saya pun berdoa dengan adab which is hadap kiblat, baca bismillah & so on.

Doa saya memang specific untuk suami sahaja supaya Allah berikan taufiq hidayah kepada dia & semoaga suami saya tak tinggal kan kewajipan dia.

Lepas beberapa hari suami saya whatsapp masa tengah sahur. Masa ni suami tengah kerja shif malam. Dia cakap nak bermula dari awal.

Saya tanya nak mula ape nak solat ke? Dia jawab YES. Nak betul kan solat & belajar ilmu fiqh. Alhamdulillah saya rasa saya isteri paling bahagia kat dunia ni.

Suami juga minta tolong saya ajar kan mengaji sebab dia tahu basic sahaja & saya pun masih belajar mengaji dengan ustazah. In shaa Allah.

Dalam masa 2-3 hari nampak sudah perubahan suami tak perlu saya suruh2 solat lagi.

Saya mohon doa dari kalian agar Allah tetap kan hati suami saya & semua yang sedang berhijrah agar dikuatkan iman & takwa dalam diri mereka.

Kalau cerita saya ni publish sebelum raya harap2 tips ni dapat membantu yang lain untuk berdoa. Saya berdoa semasa waktu mustajab iaitu hujan, berpuasa & hampir waktu berbuka. In shaa Allah.

Jangan putus asa dengan rahmat Allah.

– Neko (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *