Masa type ni aku tengah menangis, sedih, kecewa, serabut semua lah. Hanya Allah saja yang tahu perasaan ni.
Dipendekkan cerita, aku telah berkahwin. Tapi selama 4 bulan perkahwinanku ini aku mengalami tekanan perasaan yang melampau. Sampai aku rasa menyesal berkahwin! Aku nak life aku yang dulu!
Aku nak tinggal dengan parents aku semula! Aku nak adik2 aku menjadi tempat luahan aku semula! Daripada aku duduk di rumah ini berdua bersama suamiku tapi aku selalu makan hati! Aku tak tenang kat sini aku tak seronok aku tak bahagia.
Entah mengapa semua ini yang aku rasa. Mulanya pembiayaan kos rumah suamiku meminta aku untuk berkongsi. Ya bulan pertama sehingga ketiga aku bayar tapi bulan seterusnya aku sudah mula tidak bayar. Sebab apa?
Sebab aku mula tersedar & banyak membaca artikel2 yang lalu di wall aku bahawa tempat tinggal itu adalah nafkah & tanggungjawab suami.
Ya aku faham sebagai seorang isteri kita kena bertoleransi & hadap susah senang bersama.
Tapi situasi aku ini, aku dah cari & dapat rumah sewa yang biasa2 sahaja dengan kos yang rendah tapi keluarga suamiku & suamiku juga menyuruh aku tinggal di sebuah condo. yang pastinya kos tinggi yang sememangnya lari dari bajet kami.
Akan tetapi keluarganya yang berkeras untuk rela membayar separuh drpd kos rumah ini maka suamiku akur & bersetuju.
Tapi sejujurnya aku tidak setuju. Bagi aku kenapa perlu family dia support sekali tempat tinggal? Mana tanggungjawab kau sebagai seorang suami & ketua keluarga? Aku rela tinggal dalam rumah biasa2 saja tapi kau nak jugak tinggal dekat condo ni.
Kenapa? Nak tunjuk dekat kawan2? Demand melebihi kemampuan tapi pandai pula suruh aku ni sebagai isteri untuk kongsi bayar. Beberapa kali aku terus terang ckp dengan suami yang aku tak suka perkara ni.
Aku tak suka dan taknak tinggal sini aku nak duduk rumah biasa asalkan suami yang bayar sewa. Tapi dia bangkang & macam tu lah jawapannya setiap kali aku up issue ni.
Bila aku dah tawar hati nak bayar pada hujung bulan dia mula menyoal. Sengaja aku melambat lambatkan & buat tidak tahu sebab aku nak tengok akai dia. Beberapa kali dia menyoal aku dah transfer ke untuk bulan ni tapi aku menjawab tidak belum lagi.
Bukan aku taknak susah senang tapi aku tak suka bersusah senang dengan cara macam ni. Kau dan bapak kau yang nak rumah ni sangat kan.
Kenapa tak bapak kau saja yang sponsor sepenuhnya rumah ni? Pandai pula mengarahkan kami bayar amount macam ni.
Macam mana aku dapat tahu semua ni? Sebab aku terbaca perbualan suamiku dan fil. Sebagai orang tua kenapa kau membiarkan anak lelaki kau macam ni? Kononnya taknak tengok anak susah tapi tak berpada2 sampai rumah pun nak kena support.
Bukan itu saja, hantaran kahwin pun fil yang support. Kenapa tak biarkan anak laki kau susah senang berhempas pulas cari rezeki untuk kumpul duit? Semua perbualan ni aku baca & aku sangat kecewa.
Sejak dari aku brainwash suamiku, aku sudah tidak mahu tahu kat mana kau nak cari duit untuk bayar rumah. Kalau aku kongsi bayar sekalipun aku dah tak redha sebab aku tak suka diarah2 macam ni. Aku nak atas willingness aku sendiri bukan disuruh macam itu macam ini.
Kau kalau tak cukup duit lagi belum stabil soal kewangan kau tak payah kahwin tak payah nak bela anak orang.
Bukan aku nak kehidupan mewah tapi aku nak seorang suami yang bertanggungjawab & ada common sense. Come on laa dah besar panjang still bapak support macam2 lagi?
Dah berkahwin pula tu macam budak2 aku rasa. Aku tak nampak semua ni sebelum kahwin sebabtu aku serabut hadap semua ni sekarang.
Sudahlah mil & fil aku itu suka bercakap yang membuatkan aku terasa. Tidak perlu aku bercerita panjang kerana aku sudah meluah disini tempoh hari. https://iiumc.com/kenapa-
Sekarang aku tengah bengang dengan suamiku sebab 3 hari lepas aku berjaya dapatkan fon suamiku buat kali pertama. Aku baca segalanya aku nampak semuanya. Luluh hati aku bila mengenangkan. Aku baca segala chat dia dengan perempuan2 di fb.
Banyak reaction emoji dia dekat perempuan2 tu. Meskipun chat2 tu adalah chat lama iaitu sebelum berkahwin tapi waktu itu dia sudah bersama aku bertunang denganku.
Sempat lagi dia nak berkenalan dengan perempuan2 tu. Jadi reaction2 emoji love semua yang dia send kat aku dari dulu sehingga sekarang bukanlah yang special sebab perempuan2 lain pun dapat jugak.
Ayat awak cantik awak manis semua tu bukan lah untuk aku seorang saja sebab perempuan2 tu pun dapat jugak! Cuma bezanya aku telah jadi isteri dia! Yang kononnya special! Sebab apa? Sebab perempuan2 tu dah tak layan diaa hanya aku saja layan dia sampai ke jinjang pelamin kan!!
Tak cukup dengan itu, aku scroll lagi & terjumpa perbualan dia dengan ex dia. Ex dia tu merupakan offismate suamiku & mereka telah bercinta lebih kurang 5 tahun. Mereka memang hampir kahwin tapi telah putus di tengah jalan akibat perempuan tu memilih ex nya juga.
Yelah sampah berbalik pada sampah kan.
Aku baca yang perempuan tu borak pasal pakaian sexy untuk hubungan intim, send artikel berkaitan tips besarkan aset lelaki.
Suamiku pula ada send rindu cium pipi waktu buka pintu. Allah luluh jantung kejap. Bermakna suamiku pernah masuk ke rumah sewa ex dia ke? macam2 lah aku dah fikir.
Aku tahu suamiku masih teruna sebab aku percaya dia masih ada iman tapi bab lain2 dia dengan ex tu aku kecewa juga. Aku tidak hairan la dengan ex dia tu sebab aku tengok pun tahu perempuan tu jenis macam mana.
Kadang kita tengok seseorg tu pun kita dah tahu kan orgnya macam mana. Walaupun pakai tudung tapi gambar berpegangan tangan dengan ex, letak tangan atas bahu offismate lelaki, emmm so faham2 jela kan kononnya open la.
So dah 3 hari aku mendiamkan diri. 2 malam aku tidur berasingan sebab aku jenis tak boleh kalau ada sesuatu yang berlaku aku tak boleh tidur sebelah dia. Aku nak bersendirian & ketenangan. Walaupun dia ada ajak tidur sekali tapi aku tak boleh.
Biarlah aku tidur di sofa walau sakit badan sakit kaki tapi aku tenang bersendirian & dapat menangis sepuasnya. Segala konflik yang berlaku banyak aku pendamkan saja sebab suamiku ini bukanlah seorang yang good listener.
Sebelum ni aku banyak meluah pada dia tentang masalah kerja & boss & offismate yang suka membuli dan menindas aku. tapi mungkin dia dah muak dengar cerita aku sebab setiap kali aku cerita dia reply pendek2 saja lepastu tertidur.
So bila dah kahwin nak luah tu macam takde function. Ingatkan ada suami boleh la jadi pendengar masalah isteri walau sekecil semut pun.
Aku banyak meluah pada rakanku & adikku. Beliau yang banyak tahu 1001 cerita kisah hidupku. Aku sedih sangat ya Allah.
Aku teringin nak suami yang ada dengan aku waktu aku sedih. Suami memang bertanya banyak kali kenapa aku diam kenapa aku moody tapi biasa la perempuan takkan jawab waktu tu kn.
Mesti nak berlarutan panjang sampai rasa puas sebab nak tahan sakit hati tu sakit sangat. Lepastu dia tak follow up pun kisah aku tu. Jadi la parut yang tergantung lama2 makin hitam & banyak.
Pergi shopping raya semalam macam orang asing. Dia butik dia aku butik aku. Masing2 ambil saja baju masing2 tak serupa orang yang berpasangan pilih pakaian sama2.
Sedih memang sedih tapi takpa lah dah nasib aku kan. Dari minggu lepas lagi dia dah bagitahu hari shopping hari apa & aku excited sangat. Tapi tak sangka la kantoi fon dia tu sehari sebelum hari shopping so aku jadi moody diam seribu bahasa.
Ni merupakan shopping raya pertama aku sebagai isteri untuk menyambut raya dengan suami tapi perkahwinanku tak semanis perkahwinan orang lain. Aku faham dalam dunia perkahwinan ada pasang surut. Ada suka ada duka tapi aku sedih & kecewa bila diuji bertalu2 macam ni.
Sebelum kahwin tak cakap pula pasal vape, mengaku dah berhenti hisap vape. Tapi lepas kahwin terus pergi balkoni hisap vape. Di rumah parents beliau tak pula beliau begitu kononnya baik la sangat sorokkan vape tu tapi depan isteri bukan main.
Tak cukup dengan tu aku nampak dalam fon dia yang dia join group lucah. Beratus video luc4h di send dalam group tu. Aku kecewa tak tahu nak rasa apa.
Memang semua lelaki macam ni ke? Kena simpan video luc4h kena masuk group lucah dengan alasan education sebelum berkahwin? Kenapa tak search saja porn tu pastu kau tengoklah puas then dah habis kau boleh stop tak perlu kau nak masuk group!
Sampai saat ni aku tak tidur lagi walau kepala & badanku sakit sangat. tapi suamiku nyenyak tidur seperti tiada apa yang berlaku. Kalau dah bosan & rimas dengan perangai aku pulangkan saja aku pada family aku.
Mujur aku belum ada anak lagi sebab aku dah terfikir nak stabilkan dulu perkahwinan ni (jika jodoh masih ada) baru nak ada anak.
– Purple (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit