Hubungan Tak Direstui

Assalamualaikum… First of all saya berharap sangat supaya confession saya ni disiarkan. Saya sangat memerlukan pendapat kalian.

Nama saya Bella (nama samaran) dan saya dah nak masuk 3 series. Saya baharu saja putus dengan teman lelaki saya kerana hubungan kami tidak mendapat restu dari mak dan ayah saya.

Saya bekerja dengan kerajaan dalam bidang professional. Semestinya bergaji agak tinggi dan rupa sedikit berisi tapi masih boleh dikategorikan sebagai sedap mata memandang.

Kami mula bercinta setelah saya melihat usahanya untuk mengambil hati saya. Setiap benda yang dia buat, buat saya rasa terharu dan jatuh hati.

Dia seorang yang jujur dan sebelum kami menjadi rapat dia sudah memberitahu saya yang dia seorang duda beranak satu.

Sebagai seorang yang bujang, sudah tentu saya mengambil kira banyak faktor sebelum saya membuka hati untuknya. Tetapi dia sangat baik dan hati saya akhirnya terbuka untuk menyayanginya.

Tidak perlulah saya untuk menceritakan sebab kenapa mereka bercerai tetapi saya faham atas alasan apa. Dan saya boleh terima.

Percintaan kami diuji apabila dia mengambil serius akan hubungan kami dan mahukan restu dari keluarga saya. Memandangkan ayah lebih memahami berbanding ibu, kami memutuskan untuk bercerita dengan ayah.

Saya cuba untuk membuka bicara tetapi ditentang ayah. Dia meminta nombor ayah tetapi ayah tidak mahu bercakap langsung dengan dia.

Bohonglah kalau hati tak sakit. Hati dah sayang tetapi ditentang keluarga sendiri. Kami memutuskan untuk berkawan sahaja. Tetapi hati yang saling cinta, buatkan kami memilih untuk teruskan percintaan sambil berjuang untuk mendapatkan restu.

Setelah beberapa lama saya mula untuk membuka bicara dengan ayah.

Tetapi ayah berang dan ayah mengugut untuk tidak mahu menjadi wali saya, saya ini anak tak guna, dan sanggup mengeluarkan kata kata sesat. Padahal saya cuba untuk berbincang dengan baik.

Ayah meminta number dia dan dia juga mengizinkan kerana dia pun nak berbincang juga tapi ayah maki dia di dalam telefon.

Saya kenal ayah saya, kata kata kesat ayah buatkan dia terkelu dan apabila dia terasa maruahnya dipijak, dia juga menjawab ayah dengan bahasa yanh mungkin agak tidak sopan.

Saya merasakan yang ayah dan ibu bermati matian menentang kerana ayah saya juga duda. Ayah pernah berkahwin dengan seorang janda setelah bercerai dengan ibu tetapi tidak lama.

Ayah seolah-olah menghukum dia kerana dia tidak mahu saya diperlakukan sebagaimana ayah memperlakukan ibu saya.

Iya saya faham, tetapi kenapa harus dia mengugut dan memaki saya dan dia? Kenapa tidak boleh dibawa berbincang?

Saya sudah hampir 30 tahun. Saya sudah cukup dewasa untuk memilih dan untuk mencari kebahagiaan saya. Kenapa perlu diperlakukan sebegini.

Saya sangat sayangkan dia… lebih daripada sesiapa yang pernah hadir dalam hidup saya sebelum ini.

Oh ya, sebenarnya ini bukan lah kali pertama mereka menentang hubungan saya. Setiap kali saya cuba untuk memperkenalkan seseorang mereka akan mencari silap si lelaki dan memaksa saya untuk memutuskan hubungan.

Biasanya mereka akan kaitkan dengan masa silam mereka dan mereka akan kata mereka tidak mahu sejarah berulang.

Saya buntu… sampai bila harus saya ikut kata mereka sedangkan saya hendak cari kebahagiaan saya sendiri? Ditelan mati emak, diluah mati bapak.

Saya sayangkan mereka tetapi saya rasa tidak adil untuk hubungan saya dihakimi dan dinilai berdasarkan pengalaman pahit mereka.

Apa yang patut saya buat sekarang? Saya sudah pun memutuskan hubungan dengan dia tetapi hati saya sangat sedih sekarang. Saya rindu dia. Saya sangat sayang dan cintakan dia tapi saya juga tak nak derhaka. Tolong saya.

– Bella (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *