Assalamualaikum semua. Aku just nak luah pasal abang aku saja. Sebelum mula, just nak bagitau, abang Imad ni bukan buat masalah pun. Cuma aku just pelik dan tertanya tanya dengan perangai dia.
So, pengenalan pendek. Aku Jeman, anak yang ke-4 daripada 5 beradik. Aku ada 1 kakak (anak sulung), 2 abang dan 1 adik perempuan (anak bongsu). Hari ni aku just nak luah pasal abang aku seorang ni. Aku selalu tanya diri sendiri,
“Kenapa abang Imad suka buat macam ni eh?”
Abang Imad ni tengah-tengah. Dia yang no 3, so dia atas aku la kiranya. Dalam semua adik beradik, dia yang paling lain daripada kitaorang semua.
Yang lain semua perangai dekat dekat sama saja, tapi dia tak. Kalau orang tak tahu, ingat dia anak orang lain hahah. Jadi, apa perangai dia yang aku pelik sangat ni?
Nombor 1 : Dia suka asingkan diri dia sendiri.
Ni benda paling obvious, yang semua orang boleh nampak. Dalam semua family gathering, dia lah yang paling liat nak nampak batang hidung.
Dia hanya follow bila kami anak beranak sahaja yang ada, and kalau ada saudara mara lain, memang susah betul dia nak join.
Kena pujuk rayu minta dia join. Lepas dia akur dan join akhirnya, dia pun lesap daripada pandangan, duduk seorang seorang dekat entah celah mana entah.
Kalau gathering tu, semua orang duk main sungai ke apa, langsung tak nampak dia, and bila cari cari, dia duduk nun jauh dekat batu sungai atas sana. Kalau pergi pantai pulak, tengok dia duduk dekat bawah pokok dekat celah sana.
Kalau pergi kenduri, dia duduk dah dekat dengan tempat orang basuh tangan dah.
Kalau masa raya pulak, dia duduk dekat parking kereta seorang seorang. Aku pelik betul. Selagi dia ada peluang untuk duduk tersorok or terpencil, dia akan pergi.
Kalau tak boleh sangat, dia akan cari tempat paling terpencil yang dia boleh hahah.
Jadi aku selalu terfikir, “Kenapa abang Imad buat macam ni?”, sebabnya dengan family sendiri juga, bukan dengan orang lain sangat pun.
Bila aku tanya, dia just gelak gelak dan kata, “Saje saja.”
Nombor 2 : Dia hanya senyum depan orang.
Ni pun benda yang aku pelik. Selalunya kan, bila aku nampak dia duduk seorang seorang jauh jauh tu, aku tak pernah nampak dia senyum (so far la haha). Dia selalu nampak macam dia resah, penat atau sedih.
Tapi bila dia perasan saja orang tengok dia ke, or orang dekat dengan dia ke, terus tiba tiba senyum happy. Dia terus switch mood sosial dia, buat lawak apa semua, gelak gelak.
Tapi bila orang tu berlalu saja, senyuman tu sikit sikit akan hilang dan muka dia akan nampak sedih/resah/penat balik. Macam dia ada benda yang dia asyik fikir.
Aku tak tahu kenapa dia macam ni. Bila aku tanya dia okay ke, mesti dia terus senyum kata dia okay saja.
So, mungkin sebab kerja dia stress kot, tapi pelik juga sebab tak pernah nampak dia complain apa pun and jarang jarang dia minta tolong pasal kerja.
Keluarga kitaorang tak la kaya, tapi memang bukan orang susah. Semua abang kakak ada kerja alhamdulillah, so masalah kewangan pun jarang sekali ada. Dia masih single, so nak kata masalah anak isteri jauh sekali.
Jadi aku selalu terfikir, “Abang Imad ni okay ke? Kenapa dia nampak macam sedih saja?”, tapi jawapan dia hanya, “Eh, aku okay saja.” sambil terus senyum happy. Dah macam ada dua muka dah abang Imad ni.
Nombor 3 : Dia suka tipu pasal diri dia sendiri.
Ni benda paling pelik berbanding semua benda. Dia memang jarang berborak dengan saudara mara sebab yalah dia kan suka duduk menyendiri dicelah batu batu haha.
Tapi bila mak or abah tarik dia masuk supaya berborak dengan saudara mara, dia suka tipu bila berborak. Bila orang tanya dia kerja apa, dia akan cakap dia kerja marketing assistant. Tapi sebenarnya dia senior software engineer.
Bila orang tanya gaji dia berapa, dia akan cakap gaji dia RM 2000+, padahal gaji dia RM 7000++.
Bila orang tanya macam mana dapat kerja, dia kata kawan dia tolong dapatkan untuk dia, padahal kawan yang dia sebut tu kerja tempat lain, bidang pun lain.
Bila tanya duduk mana sekarang, dia cakap duduk dekat Ampang, padahal duduk dekat Cheras. Masa dia belajar dulu, dia cakap dia ambil business management, tapi padahal ambil computer engineering.
Tu belum masuk benda kecil kecil yang dia tipu, macam suka jalan jalan mana, makanan favorite apa, etc.
Setiap kali dia tipu, mesti mak abah terpinga pinga. Apa mak abah cerita, lain pulak dia cerita.
Setiap kali orang tanya balik, dia pun pusing la cerita yang sebenarnya dia tak lepas interview tu la, tukar course last minit sebab asyik fail la apa la, kata yang rumah sewa situ mahal la apa lah.
Bila saudara mara dah balik ke apa, mak abah selalu tanya kenapa cakap benda lain dengan pakcik makcik.
Ya lah, mak abah jadi confuse dengan apa dia cakap sebab slip gaji, sijil belajar dia apa semua tu, kitaorang pernah saja nampak masa tolong tolong dia uruskan macam macam hal.
Tapi dia just senyap kejap dan kata, “Ala takpe. Imad saje saje saja.”
Antara semua, yang ni aku paling pelik sepelik peliknya. Kenapa dia asyik tipu pasal diri dia? Kerja dia hina ke? Ke dia tak suka kerja dia?
Course dia ambil tu memalukan ke? Kenapa dia mesti tipu bab benda macam ni?
Dan disebabkan abang Imad ni selalu dok seorang seorang terpencil dekat hujung dunia masa gathering, jadi pakcik makcik or sepupu sepapat nak borak personally pun susah.
Dah la gathering sangat sangat susah dia nak ada, kalau ada pun lepas merayu baru dia join. Dalam group WhatsApp saudara mara, lagi sepi.
Belum pernah nampak dia join borak or reply apa apa melainkan ucapan tahniah or takziah sepatah dua, tu pun mak yang suruh. Kalau masa raya, raya ketiga dia dah hilang ditelan hutan agaknya, haha.
So sudahnya, takde seorang habuk pun (daripada saudara mara) yang betul betul tahu dia kerja apa, belajar apa, duduk mana sebab A cakap lain, B cakap lain.
Tapi bila aku (or adik beradik lain) nak betulkan, dia awal awal dah warning suruh diam diam saja, cakap tak tahu or just angguk setuju saja.
Eyyyyy, pelik betul lah. Apa masalah abang Imad ni. Lagi aku tulis, lagi aku blurrrr haha. Kakak aku pernah marah dia pasal ni (padan muka dia hahah), tapi dia diam kejap and kata dia gurau saja.
Bila aku tanya pun sama saja jawapan dia, “Ala aku gurau saja.” . Gurau jadahnya kalau cemni.
So, tu saja la aku nak luah pasal abang aku yang seorang ni. Walau macam mana pun, dia masih abang yang baik (tapi pelik haha).
Aku harap satu hari nanti, aku boleh la paham pemikiran dia ni, sebab sekarang ni, aku memang blurred habis tengok perangai dia.
Bonus : Dia juga tak suka bergambar.
Kalau nak juga, boleh la kau dapat 1-2 gambar lepas adik perempuan bongsu pujuk, tu pun dia tak bagi upload dalam sosial media,
(Adik perempuan aku pernah upload gak, dia terus masam muka, deactivate sosial media dia, sampailah adik perempuan aku minta maaf dan remove, huhu)
– Jeman (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit