Salam semua. Aku sekarang dalam dilema samada nak teruskan atau tidak perkahwinan kedua ku ini.
Aku kahwin kali kedua tahun 2020, dengan duda anak 3. Semua anak dalam jagaan dia so kami duduk serumah berenam. Aku duku single mom anak satu.
Semasa bercinta dengan suamiku, dia memang romantik habis, sanggup datang ke tempat aku walaupun jauh semata untuk bertemu. Tak pernah tunjuk marah.
Sebelum kenal dia memang aku berdoa selalu dikurniakan suami yang boleh sayang dan terima aku dan anak aku, boleh bawak pergi jalan2 dan yang boleh protect kami.
Sebab aku tak merasa semua ini semasa perkahwinan pertamaku.
Tapi lepas kawin dah nampak perangai sebenar. Suami ku bertanggungjawab, nafkah rumah dia settlekan.
Cuma masa pkp dia diuji dengan pemotongan gaji separuh, cukup2 je nak sara kami berenam. Masalah sebenar ialah bila time bergaduh.
Masa mula2 kawin ada jugak dia pujuk2 dan mintak maaf. Bila dah kerap gaduh at least sekali sebulan dia semakin kasar.
Ada sekali dia naik tangan kat aku. Tu pun sebab aku melawan. Start daripada situ, dia selalu halau aku. Suruh aku berambus.
Hanya kerana kesilapanku macam tak bagitau dia awal2 yang aku mahu tidur di rumah kawan, aku tak masak, lauk tak ada.
Kali kedua ialah dia naik kaki pada aku tendang di pinggang aku sebab takde lauk masa nak buka puasa.
Walhal aku dah mesej dia bagitau aku sampai rumah pukul 7, penat sangat tak larat. Aircond kereta rosak, jalan jem. Sebab biasanya dia yang beli lauk.
Memang dia ada bagitau aku dia balik lambat, tapi takde pulak dia pesan suruh aku beli lauk. Aku pun balik lambat.
Dia kata anak2 dia takde makanan nak makan. Habis aku dengan anak aku pun belum makan. Tapi aku yang dipersalahkan.
Sebelum ni aku bertahan dengan dia sebab hubungan anak aku dengan dia amat rapat. Anak aku sayang dia dan dia pun sayang anak aku.
Aku kesian dengan anak aku, dia tak merasa kasih sayang seorang bapa. Jadi aku tak nak pisahkan mereka berdua. Anak aku jadi penyeban aku bertahan dengan suamiku.
Tapi lepas kejadian aku kena tendang, anak aku cakap dia sudah tak mau duduk dengan ayah. Sudah tak mau ayah. Aku jadi sebak sangat dengar dia cakap begitu.
Panjang aku berfikir. Nak jadi single mom semula bukan senang. Aku dah lalui title ti dan dah merasa kepayahannya. Ada suami at least ada yang tolong aku ambikkan anak, bila kereta rosak ada yang tolong aku.
Memang banyak kelebihan bila berkahwin tapi macamana aku nak hadap panas baran suami aku dan ego luar biasa dia. Dia takkan pujuk aku, pandai pandailah aku sendiri untuk tegur dia kalau dah habis gaduh.
Orang kata sekali dah naik tangan, lepas ni akan naik lagi. Itu yang aku sedang fikirkan.
Tiada orang yang berkahwin nak bercerai. Dia baik, bertanggungjawab. Nafkah aku dibayar dengan settlekan bil telefon aku. Lebih baik dari ex husband aku yang dulu.
Cuma dia selalu buat tanggapan sendiri dan kesilapan kecil dia perbesarkan. Memang dia ada effort untuk tahan marah dan sabar tapi bila tiap kali dia halau aku, aku jadi tawar hati.
Hubungan aku dengan anak anak tiri tak berapa baik. Walaupun aku masak hampir setiap hari, mereka masih anggap aku orang luar dan pernah mengadu pasal aku kepada ayah diorang. Memang aku tak harap diorang ni.
Semua orang di sekelilingku suruh aku bercerai. Aku sayang suamiku tapi sampai bila aku nak tahan dengan perangai gila dia macam tu.
Kalau time dia ok, ok sangat macam suami mithali. Tapi bila datang baran dia tu, sesuka hati nak halau aku, suruh aku berambus. Sakit hati aku macam aku ni takde harga diri. Dahla aku bawal sekali anak aku duduk dengan dia.
Aku adalah perkahwinan dia yang kelima dan dia adalah perkahwinan ku yang kedua. Aku memang ada dengar cerita tentang suamiku dengan ex ex nya tapi aku optimis dia berubah dengan aku.
Menurut kawan suami aku, dia dah banyak berubah sejak kahwin dengan aku cuma perangai barannya masih belum berubah. Ada masa di maki hamunnya aku time bergaduh.
Aku perlukan nasihat dan pandangan pembaca semua.
– Lily Putih (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit