Hubungan Tak Direstui II

Mula sekali, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak buat semua yang sudi komen pada confession saya – Hubungan Tidak Direstui Part I (https://iiumc.com/hubungan-tak-direstui/).

Di sini saya ingin menjawab beberapa komen rakan-rakan di sini…

1. Saya tahu punca dia bercerai… tak elok untuk saya ceritakan di sini. Tetapi dia bercerita dan jujur tentang semua itu sejak dari mula kami berkenalan.

Dia ceritakan semua nya tentang dia dari A sampai Z.

Alasan dia, ‘biar awak dengar semua dari mulut saya, bukan dari mulut orang lain. Dan saya jujur ikhlas nak berkawan dengan awak. Saya bukan nak main mainkan awak. Saya ikhlas.’

Disebabkan kejujuran dia inilah yang menawan hati saya. Ada yang dia salah, ada juga part yang dia betul. Semuanya dia ceritakan.

2.Kami belum lagi mahu berkahwin. Ada yang cadangkan untuk kahwin di Siam dan gunakan wali hakim.

Kami tidak mahu bersama dengan cara itu. Kami nak hubungan kami direstui. Keluarga dia dapat menerima saya. Cuma keluarga saya.

Sudah beberapa kali juga saya cuba untuk memberitahu ibu dan ayah, tetapi setiap kali saya berlembut, mereka pasti akan membalas saya dengan kasar dan itu membuatkan saya sangat terkilan.

Mereka terlalu berburuk sangka, mengatakan yang dia hanya mempergunakan saya, hanya mahukan wang saya kerana saya bekerja, dan mereka terlalu membenci dia walhal belum pernah bersua muka.

Dia bukan nya tidak bekerja, wang yang dia terima dari berniaga, lebih banyak daripada gaji yang saya terima sebulan… Tetapi ayah dan ibu tetap mengatakan yang dia menipu saya.

3. Saya bukan lah mahu menjadi derhaka, tetapi saya agak terkilan dengan sikap mereka. Dia pernah berpesan jangan sesekali saya pertahankan dia sehinggakan keluarga saya memarahi saya.

Cukup berdoa dengan Allah agar jika memang benar jodoh kami, satukan lah kami di suatu saat nanti. Cukup untuk kami pendam sayang dan rindu kami di dalam doa kami setiap sujud.

Tetapi saya buntu… Saya cuba untuk buat keluarga saya faham, tapi apabila kata-kata mereka terlalu mencabar saya untuk membalas balik,

Saya risau mereka akan berasa yang saya bersikap kurang ajar dan pasti mereka akan katakan itu semua salah dia. Itu satu satunya benda yang saya nak elak.

Adakah nasihat lain buat saya? Saya sayang dia, dan saya sayangkan ayah dan ibu saya. Ibarat ditelan mati emak, di luah mati bapa.

Hari raya pulak hanya beberapa hari lagi. Jika saya balik, saya risau jika mereka mengungkit lagi tentang hal ini, kata-kata kasar yang digunakan akan buatkan saya rasa terkilan dan menjawab secara kasar dalam keadaan tidak sengaja.

Saya bercadang untuk bercuti selepas hari raya kedua untuk menenangkan fikiran dan untuk mengelakkan saya daripada menjadi anak yang biadap jika saya pilih untuk tinggal di rumah. Saya terpaksa…

– Bella (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *