Assalamualaikum. Aku Jijah. Aku saja nak confess pasal perangai sepupu-sepupu aku bila balik beraya. Aku tak tahulah korang ada tak kaum kerabat perangai macam ni.
Aku tinggal dekat dengan rumah mak aku dan rumah nenek dekat kampung. Kampung berlainan tapi still dalam satu daerah.
Aku faham penat travel berjam-jam dari KL tu. Tapikan takkanlah 24 jam kau nak membuta saja atas alasan penat travel? Takkanlah rehat 24 jam pinggang tak lurus lagi, badan sengal lagi? Kau balik beraya dekat kampung bukan kau pergi bercuti stay hotel.
Penat tau hadap manusia macam ni. Orang yang tinggal dekat jugalah nak kena settle semua hal dalam rumah nenek. Korang yang jauh-jauh ni balik membuta saja. Balik dua tiga hari sebelum raya sepatutnya sehari sebelum raya tu kau dah cergas dan hilang letih travel.
Hari kau sampai kat kampung tu semua orang faham tahap letih kau dan semua orang tak bising. Tidurlah dan rehatlah secukupnya. Esok tu bangun tolonglah apa patut.
Ini tidak, bila ditegur menjawab pula kononnya stay kat KL tu tak dapat nak rehat sepuasnya so alang-alang ada cuti ni qada tidurlah.
Beringatlah sikit, kau balik beraya bukan pergi holiday kat hotel nak rehat puas-puasnya. Nak buat perangai macam ni, sila check in hotel terdekat dan jangan menyusahkan orang dalam rumah nak kena hadap kau sedap punya tidur terbongkang tu.
Tidur satu hal. Yang ini pun satu hal juga. Balik kampung beraya tak menolong. Sibuk dengan phone & laptop close deal projek berjuta-juta. Conquer ruang tamu & segala socket plug yang ada. Konon busy settle hal kerja. Tak boleh bising-bising nak video call bagai.
Kau guna ruang tamu konon situ port line clear, line laju, internet speed laju. Ruang tamu sehari sebelum raya tu kan ruang medan perang kaum perempuan. Situ lah nak pasang langsir, nak iron baju, nak bilas mop lantai dan tukar sarung cushion.
Yang kau pula conquer tempat tu dengan bersyarat bagai. Tak boleh bising, tak boleh on tv konon nak video call dengan big boss lepastu berebut plug vacuum dan iron dengan orang yang nak mengemas rumah.
Bila sentuh pasal plug ni boleh tak tolonglah bawa balik extension plug, charger dan powerbank sendiri?.Kalau kau spesis gadget melekat kat tangan tolonglah ada common sense sikit pasal benda alah ini semua.
Ini taknya, bergaduh dengan anak saudara gara-gara kau rembat charger dia nak charge phone kau. Rembat buat harta sendiri pula tu. Pagi-pagi kau rembat segala charger & powerbank memang budak-budak ni tak marah, dorang keluar main kat luar.
Kalau dah tengah hari panas mestilah semua masuk dalam rumah sebelum parents masing-masing jadi hantu mengamuk suruh masuk rumah. Masa tu la kau nak berdrama nak buat harta sendiri barang-barang budak-budak tu.
Kami ni team mak-mak & pak-pak kalau boleh isu remeh-temeh ni malas nak masuk campur.
Gara-gara perangai kau tak pasal-pasal nak kena pujuk anak-anak yang merajuk lah, menangis melalak dan mengadu pasal bateri habis. Berlambak lagi kerja nak dibuat kat belakang rumah daripada nak melayan drama kau ni.
Team tak tahan panas pun aku menyirap jugalah. Rumah nenek aku ni kayu semua. So, nenek aku ni pula orang tua yang konservatif sikit jenis menjaga rumah. Seboleh-bolehnya tak mahu pasang aircon. Konon nanti rosak dinding rumah kena tebuk.
Kalau pasang pun siapalah nak membayar bil bulanan pula nanti kalau kaum kerabat melepak penuh rumah?.
Balik beraya pun tak menolong lagikan pula nak hulurkan duit. Konon duit dah habis servis kereta lah, tol, minyak dan persiapan raya.
Eloklah juga tak dipasangnya aircon berbiji-biji itu. Karang pasang seketul di ruang tamu datang idea yang minta pasang satu rumah. Konon panas.
Sudah tahu panas, effort masing-masinglah beli kipas tinggal kat rumah nenek bebila balik kau gunalah takpun beli kipas kecil yang senang angkut ke sana sini.
Ini tidaknya, konon kau satu family tak tahan panas, kau rembat kipas yang orang lain guna kat ruang tamu & dapur bawa masuk bilik kau.
Lepastu sejenis perangai pula, konon panas, anak-anak kau tak selesa ramai orang, kau kunci pintu bilik tak bagi sepupu sepapat lain guna bilik tu nak tumpangkan tidur anak-anak masing-masing.
Kadang-kadang aku kesian, aku yang bawa balik budak-budak tu ke rumah mak dan rumah aku sendiri. Kesian budak-budak ni nak kena hadap perangai selfish kau satu family.
Macam remeh saja isu ni kan, tapi bulan puasa ni kesabaran kau nak menghadap isu remeh-temeh ni memang boleh menipis. Geram saja tengok perangai masing-masing.
Ini belum lagi aku cerita pasal kaki instastory berjelujur record video kat kampung. Tak menolong tapi jangan menyusahkan boleh tak?
Orang kelam kabut kat dapur, dia sibuk nak merakam pacak tripod bagai. Orang lalu belakang dia buat-buat panggil nama suruh toleh tengok phone dia. Common sense hilang ke mana?
Aurat orang tak terjaga bila termasuk dalam live. Faham sendirilah cara berpakaian dalam rumah macam mana especially bila di dapur ramai-ramai perempuan.
Kat rumah nenek aku, memang lelaki tak datang masuk dapur kalau siang hari sebelum raya. Kaum perempuan yang conquer dapur. So, ada kebebasan sikitlah cara berpakaian.
Tapikan bila wujud manusia kaki rekod segala benda tanpa mengira aurat ini tak pasal-pasal aje semua orang nak kena bertudung dan memakai baju lengan panjang.
Macam aku cerita kat atas, rumah nenek aku ni panas sikit, kat dapur memasak beramai pula, kau tahulah tahap panas tu macam mana. Rimas berlengas satu badan berpeluh.
Tapi disebabkan ada golongan makhluk bengap susu seperti ini tak pasal-pasal semua orang nak kena pakai pakaian yang sopan semacam kita pula bertandang rumah orang lain.
Nak rekod video buat kenangan tu sesiapa pun tak marah kalau tahu nak jaga aurat orang lain. Sebelum upload video, editlah bahagian aurat yang terdedah. Kalau merekod video, mak-mak saudara kau ni still boleh accept.
Yang tak boleh accept kalau buat live. Kononnya dialah ada kampung dan dialah terpaling ikut lifestyle kampung. Dekat dapur huru-hara cenggitu kau ada hati perut nak buat live layan followers?.
Common sense hilang mana entah. Takkanlah tak ada sikit pun rasa nak menolong?
Dah kau tengah live, takkanlah mak saudara kau nak mengarah suruh kau buat kerja pula. Kang viral lain jadinya. Tak pasal-pasal timbul isu mendera dan tak bertimbang rasa. Nak tak nak, pejam mata saja tengok korang berlonggok ramai-ramai buat live berjam-jam.
Kalau tanya aku, kenapa nak confess?.kenapa tak tegur saja perangai dorang?.Senang cerita, nenek aku tak bagi tegur perangai dorang dan suruh pejam mata buat tak tahu aje. Konon nanti dorang sentap dan taknak balik kampung pula.
Nenek suruh kitorang ni tahan sikit diri daripada nak marah. Kononnya dorang tu semua balik kampung stay tak sampai seminggu pun kat rumah nenek ni.
Persoalannya sampai bila?.Aku harap sesiapa yang terbaca confession aku ini dan memang buat perangai macam aku mention kat atas tu, tolonglah berubah. Dua tahun tak balik beraya, harapnya perangai lama seperti boleh kot tinggalkan.
Ikutkan hati banyak lagi aku nak confess, tapi aku rasa cukuplah setakat ini saja lah. Lagi banyak confess macam-macam cerita nampak seperti keluarga yang toxic dan bermasalah pula. Aib keluarga sedikit sebanyak nak kenalah jaga juga kan.
– Jijah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit