Assalamualaikum. Seperti tajuk di atas, ya aku sangat takutkan lelaki. Dari kecil seawal usia 5 tahun sampailah sekarang dah pertengahan 30-an, aku masih lagi takutkan lelaki. Persepsi aku, lelaki ini menakutkan dan hanya ingin dilayan seperti raja.
Lelaki ini bagi aku merupakan makhluk yang complex, sentiasa betul dan tak boleh dibantah apa jua pandangannya. Mungkin sebab keluarga aku begitu, maka aku pun berfikir semua lelaki begitu.
– Oh bapak ! –
Bapak aku, sentiasa nak menang dalam perbualan. Kalau sesiapa sahaja bersembang dengannya dan tak bersetuju dan tidak mengiyakan pendapatnya, maka bersedialah untuk menghadapi perang dunia ketiga.
Umi juga jarang bercakap dengan bapak sebab apa sahaja yang bapak cakap, umi mesti betulkan aje. Umi tak boleh melawan, tak boleh menidakkan, tak boleh utarakan pandangan sendiri, sebab bapak sentiasa betul.
Bapak bukanlah role model yang baik. Bapak sering mengherdik umi di hadapan orang lain. Contohnya umi lama sangat shopping sementara bapak menunggu di pintu pasaraya, pasti umi akan ditengking dan dimarahi bapak kerana shopping tak ingat dunia.
Padahal umi cuma banyak cuci mata saja sekitar 2 jam. Itu pun umi jadi lama sebab umi mencari yang paling murah, sebab umi tau keluarga kami tak mampu nak beli yang mahal.
Bapak pula langsung tidak berhati perut. Umi nak shopping punyalah susah sebab selama ini hanya menjadi hamba abdi bapak. Sekali nak shopping sudah tentulah kena buat pilihan yang terbaik.
Bukannya umi beli banyak pun. Umi cuma mencari yang paling murah sebab kalau beli yang mahal, bapak juga yang akan bising sebab umi habiskan duit bapak.
– Oh Abangku! –
Abangku ini sosial orangnya, selalu keluar dengan ramai gadis cantik. Kalau di instagramnya memang dia seperti instafemes kerana setiap gambarnya mesti mencecah beratus hingga beribu likes. Yelah aku akui abangku hensem. Tapi aku sedih melihat pergaulannya.
Ramai wanita mendekati dan menghimpitnya kerana dia berduit dan ada rupa. Sekejap keluar dengan gadis itu, sekejap keluar dengan gadis ini. Entah berapa kali sudah dia tukar gf, memang tak terhitung.
Semua aweknya yang dulu dan sekarang semuanya seksi dan seksa ! Pakaian masing-masing memang tak cukup kain. Sekali bergambar kemain dipeluk dan dirangkulnya pinggang gf abang, malah gf abang pun siap pakai short skirt dan baju tidak berlengan nampak pusat.
Rambut pun berkarat.
Aku pernah mengadu pada umi tentang abang. Pada mulanya umi tak percaya anaknya begitu. Yalah keturunan kami tak pernah ada yang free hair dan seksi, sekali abang ada gf yang seksa pakaiannya.
Tapi akhirnya umi diamkan diri dan tak berani nak marah abang sebab abanglah yang setiap bulan kirim duit 1k dekat umi. Ya abang anak yang baik.
Cuma paling tak boleh blah, bila nak cari isteri, abang memang mendambakan wanita yang solehah. Eh masa bercinta awek semua tak cukup kain dan rambut karat tapi tang nak cari bini pandai pula nak yang bertudung labuh dan berstoking bagai. Hairan aku.
Sikap abang tak ubah seperti “Dah puas enjoy yang free akhirnya yang limited edition juga kau demand”. Tapi masalahnya ramai pulak wanita solehah yang nak dekat dia. Sakit betul hati aku. Mungkin sebab abang kaya dan stabil, sebab tu wanita solehah ni cair juga dekat abang.
– Oh ustazku! –
Ya, aku ada banyak pengalaman buruk dengan ustaz. Sewaktu mengaji dulu, aku ada mengaji dengan seorang ustaz yang aku namakan dia Ustaz Zaki (bukan nama sebenar).
Ustaz Zaki ni setiap kali sebelum start mengaji, dia akan pegang tangan aku dan urut-urut sambil kononnya menilik tapak tangan.
Lepas itu dia akan cakap yang indah-indah “Kamu dah besar nanti akan jadi seorang yang berjaya dan blablabla”. Aku sebagai kanak-kanak yang naif sudah tentulah suka dengar ramalan begitu.
Tapi setiap hari, dia akan pegang tanganku sehinggalah aku sudah ke usia remaja, dia masih lagi suka belai-belai tanganku sehingga ke pangkal lengan.
Kadang-kadang dia urut lenganku dan bahuku, katanya nak bagi badan aku lembut. Logically, aku dah jadi wanita dewasa kerana dah period, tubuhku juga sudah seperti gadis sunti dan dia pula tidak tahukah batas sentuhan lelaki dan wanita?
Bodohnya aku, sekarang baru aku terfikir bahawa sebenarnya dia sudah mengambil kesempatan terhadapku.
Ustaz kedua adalah ustaz di sekolah menengah. Ustaz ni aku namakan dengan nama Ustaz Baim (juga bukan nama sebenar). Ustaz Baim ni setiap kali berjalan di belakangku dia mesti akan jalan sangat slow.
Sehingga aku pernah sengaja perlahankan langkah, sebab nak suruh dia melintasku tetapi sampai ke sudah dia tak lintas. Entah apa yang diperhatikannya, arghh aku takut nak memikirkannya !
Sehinggalah suatu hari aku dicabuli oleh rakan sekelasku (Farid) yang memelukku dan cuba menciumku di tangga, lalu kami berdua dibawa ke bilik disiplin dan berjumpa Ustaz Baim. Lebih kurang beginilah dialog ustaz Baim dengan Farid :
Ustaz Baim : Kenapa kau peluk dia?
Farid : Saya suka dia
Ustaz Baim : Gelojoh sangat kau ni. Kita lelaki ni tak boleh gelojoh sangat (sambil sengih macam kerang busuk)
Farid : Maaf ustaz (diam dan tunduk)
Ustaz Baim : Biasalah tu kita kan laki.. k lah kau minta maaf dengan dia ni..
Dan pertemuan kami berakhir begitu saja. Farid minta maaf denganku lalu berlalu pergi begitu sahaja setelah dia memeluk erat tubuhku dan hampir mencium dan meraba tubuhku. Begitu sahaja penyelesaiannya ???!!!
Aku pulang ke rumah dan ceritakan pada umi, dengan harapan umi akan marah dan pergi serang sekolah. Tapi tahu apa jawapan paling menyakitkan dari umi? Umi jawab “alah biasalah tu budak nakal.. takde apalah tak payah fikir sangat…” . Aku sangat sakit hati.
Tak cukup sakit hati dengan Ustaz Baim, sekarang aku lebih sakit hati dengan umi sebab boleh anggap biasa saja dengan kes cabul sebegitu rupa. Biasa saja? Come on takkan nak tunggu kena rogol baru nak bertindak.
By the way pakaian aku okay saja tak menghairahkan pun. Uniform sekolah kot, nak seksi celah mana. Tudung labuh tutup dada, baju tak sendat dan aku memang kategori yang sopan. Tapi memang aku tahu Farid sukakan aku, tapi tak sangka dia akan bertindak bodoh sebegitu.
– Aku anti lelaki –
Dah masuk ke IPTA, aku jadi takut dan sukar nak percaya lelaki. Semua lelaki yang approach aku, aku pasti ada mindset yang dia ada niat jahat terhadapku. Boleh dikatakan sangat ramai yang nak try aku.
Tapi awal-awal lagi aku tak layan dan undur diri. Aku lebih rela jadi sombong. Sebab aku takut dengan lelaki.
Pernah ada seorang lelaki ni aku namakan dia Khai. Khai ni sangat concern dengan aku, setiap kali birthday aku mesti ada dapat birthday surprise dari dia.
Pernah sekali aku sakit dia dapat tahu dan kirim makanan dekat aku melalui roomate aku. Hati ku yang keras akhirnya cair juga.
Tapi luarannya aku masih sombong dengan dia. Even kalau terjumpa dekat kampus pun memang aku langsung tak senyum dekat dia. Aku betul-betul jual mahal. Tapi dalam hati sudah mula berbunga, sebab suka tengok effort dia yang tak give up nak try aku.
Sehinggalah satu hari dia chat aku kat Facebook. Sebab kalau dia whatsapp aku, dia tahu aku takkan balas. Kebetulan satu hari tu aku tengah on9 kat fb dan dia chat tanya “Belum tidur ke?”. Aku pun jawablah sepatah “Belum”.
Pastu dia jawab “U rasa lonely tak sekarang”. Aku pun macam erm apa kaitan lonely ni dengan aku. Aku reply “Why?”.
Dia jawab “Because i miss u so much. I wish you are here besides me”. Apa benda dia sembang ni hanat. Dia pun start bagi emoji nakal. Eh lain macam. Aku terus block dia. Seram sejuk. Entahlah aku rasa creepy dengan mesej dia.
Start dari tu, aku memang tak pernah bagi muka dekat lelaki. Sehinggalah sekarang, aku masih belum berkahwin. Entahlah, bila ada lelaki mendekati, aku terus fikir “Ah dia nak body aku saja”.
Dan mindset aku sentiasa fikir “At the end perempuan hanyalah pemuas nafsu lelaki.
Hamba seks lelaki. Kena jaga body untuk puaskan lelaki. Memang itu pun tujuan perkahwinan kan?
Tak cukup perform atas katil, risiko diceraikan atau pasangan curang. Kalau tak, takdenya lambakan produk merapatkan, memutihkan, menganjalkan payudara. Semua tu demi lelaki.
Wanita sanggup buat apa sahaja demi lelaki. Ah kadang-kadang aku benci untuk fikir begini. Tapi entahlah, fikiran sebegini membuatkan aku terperangkap dalam mindset yang buat aku benci lelaki.
Bila ada lelaki hensem badan tegap mendekati aku, aku terus fikir dia gay atau bisexual. Kalau ada yang sopan santun mendekati pun, aku tetap fikir dia gay. Kalau ada yang muka pecah mendekati, pun aku rasa geli sebab dia cuma nak body aku saja.
Kalau ada muka helok mendekati, pun aku rasa creepy sebab dia ni macam selfish pentingkan kepuasan diri atas katil saja. Eh entahlah.
Semua serba tak kena di mata aku. Bila ada yang warak mendekati, pun aku seram sejuk melihat senyumannya yang nampak macam rakus.
Ada sahaja mindset geli dan creepy yang muncul untuk setiap lelaki yang hadir dalam hidupku.
Adakah aku trauma? Atau aku ada masalah mental? Aku sebenarnya teringin nak ada anak, tapi masalahnya untuk mempunyai anak, aku mestilah bersuami terlebih dahulu.
Tapi aku tak suka lelaki masalahnya dan aku jadi creepy bila fikir tentang lelaki. Lagi-lagi zaman sekarang kita tahu kan lelaki ni banyak yang selfish dan hambakan bini.
Contoh terdekat macam bapak aku. Dan tak kurang juga lelaki miang gatal yang fikir seks saja , tak kurang juga para penunggang agama yang berselindung di sebalik gelaran ustaz tapi sebenarnya sexual predator.
Aku tak tahu lah macam mana nak overcome masalah benci lelaki ni. Sampai bila aku akan begini? Tapi aku nak anak.
– Pretty Zinta (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit