Untuk part I, (https://iiumc.com/jumaat-ini-ayah/).
Nak raya ni aku sambung cerita minggu lepas. Tujuan hanyalah untuk kita ingat anak2 yatim dan penderitaan mereka dibulan ramadhan.
Cerita benar saya selepas kehilangan arwah ayah diusia 8 tahun. Sekadar kenangan.
Kehilangan nenek…
Sekembali aku dari sekolah dengan berjalan kaki kira 3km tenaga aku seperti biasa telah tiada. Aku tidak sarapan dan hanya mengisi perut dengan air paip di sekolah.
Aku berlari mendapatkan kucingku yang kunamakan comel. Seperti biasa ku bertanya pada comel. Comel2 ada tak makanan yang tersisa dalam tempurung makananmu.
Tapi pada hari kejadian ku lihat tiada lagi tempurung bekas makanan comel. Kulihat disingki jika ada lebihan nasi cucian pinggan untuk ku makan.
Makanan biasaku jua adalah lebihan cucian pinggan yang tersangkut atau buangan basuhan pinggan. Tapi pada hari tersebut semuanya tiada.
Kesian kau comel. Kerana aku kau pun kelaparan. Pasti mereka tahu bahawa selama ini comel memberiku makan melaluinya juga aku mendapat makanan.
Bencinya mereka pada aku. Sampai kau pun kelaparan comel. Mungkin mereka dah campak tempurung tempat kita berkongsi makanan.
Aku pun pergi mencari buah2 liar jika ada. Selalunya buah letup2 dan buah yang bila makan mulut jadi ungu itu akan ku kutip makan.
Tak dapat aku ingati nama buah tersebut. Tapi hari ini aku ke surau tanah wakaf memanjat pokok kundang. Musim ini kundang berbuah lebat.
Ku makan satu persatu. Bibirku pun memang telah pecah teruk akibat getah kundang yang aku makan sebelum ini. Berkudis2 pipi aku.
Ya. Aku terkenang saat arwah ayah masih hidup. Nenek memang menjaga aku dari dilahirkan. Aku kesayangan nenek. Kulit ibuku keturunan cina dapat padaku.
Kulit aku yang putih bersih berambut keriting perang separas bahu. Memang dibela oleh arwah ayah rambutku.. Sehingga siapa melihat aku menyatakan aku perempuan.
Kerana itu ketika usia 6 tahun arwah memotong pendek. Mungkin kerana orang tidak dapat mengenali aku. Arwah bertindak begitu.
Nenek menjagaku seperti menatang minyak yang penuh. Tidak pernah ku rasa sebarang pukulan atau cubitan. Cuma nenek berubah ketika aku kembali kesemenanjung.
Bapaku seorang askar… dia hanya melihat aku sayu kerana tidak mampu membantu kerana jasadnya telah dimamah usia.
Masih teringat suatu masa aku balik sekolah. Aku merayau sebelum balik. Ibu ku mencari sehingga asar. Kerana aku tersesat dalam hutan dipinggir kem kebota yang ditanam koko dan getah. Tujuan ku nak makan buah koko.
Bila ditemui ketika balik nenek memanggil lembut. “Zai. Zai. Sini sekejap”.
Aku pun baring dipangkuannya seperti biasa. Nenek pun bercerita tentang hantu kopek menangkap kanak2 yang merayau.
Dihujung cerita diberitahu bahawa hantu kopek mempunyai payudara yang besar. Kanak2 disorok dipayudara.
Tiba2 nenek mengangkat bajunya dia menyerungkupkan kepalaku didalam bajunya ditenyehnya payudara kemukaku… lemas2 jeritanku. Aku dilepaskan dan berlari ke ibuku. Ibuku dan nenek ku tergelak2.
Semenjak hari itu aku takut untuk merayau teringatkan hantu kopek… ya. Nenek memang seperti ibuku menjaga aku dari lahir. Disaat ibuku keluar berniaga setiap hari nenek adalah penemanku.
Setelah perut ku terisi buah kundang aku melalui laman rumah bapa saudara ku. “Kenapa kau lalu sini? Sergahnya. Kau dah makan belom? Kalau belom makan ambil penyapu tu. Sapu laman sampai bersih. Nanti aku bagi upah makan” katanya.
Baik pakcik aku membalas. Ya aku anak yang sangat patuh waktu kecil. Aku percaya apa sahaja org tua2 berkata. Jika menyatakan aku sial. Aku bodoh. Aku percaya…
Sebab aku naif. Tiada upaya. Ku sapu sampah dihalaman kampung sehingga bersih. Diberikan aku cekodok 3 ulas sambil berkata “Nah makan ni. Mak kau tahu meman**t sahaja. Kau hanya layak makan banyak ni” terngiang hingga kini.
Ya aku percaya pakcik kerana aku masih kecil tidak tahu. Tidak kah kau sedar tanah yang kau duduk tu nama ibuku. Aku melangkah sambil mengengam cekodok pemberian pakcik ku.
Ya balik nanti 3 biji cekodok ni akan bolehlah kita makan bersama kucing kesayangan ku yang kelaparan. Pasti dia menungguku. Kata benak akalku.
Sesampai dirumah nenekku belum ku melangkah masuk kerumah nenek. Nenek ditangga menjerit.
“Zaiiii… jangan kau masuk rumah aku lagi. Semua org benci pada kau. Kau pergilah kemana sahaja. Tapi jangan kau jejak rumah ini lagi!!. Kau faham tak??… ” sambil nenek menghentak2 kuat tongkatnya ditangga.
Dibalingnya pakaian lusuhku dilantai tangga… kukutip baju. Kupandang wajah nenek kesayanganku untuk kali terakhir dalam hidup ku. Baik jawabku. Tidak ku tanya pada nenek kenapa. Aku tahu aku tidak diperlukan di dunia ini. Aku sedar. Sebab itu kata2 mereka. Aku percaya.
Ku gosok kepala comel kucing kesayanganku dibawah tangga… “Comel2. Makanlah cekodok ini” kau laparkan?. Ni je yang dapat aku carikan untuk kau.
Kuberikan 3 ulas cekodok padanya. “Ini makanan terakhir kau yer comel. Aku dah tak boleh balik” kupeluk kucing kesayanganku.
Aku pun berlalu pergi meniti permatang sawah membawa kaki tidak tahu kemana. Berlari2 anak hilang dari celah2 kesamaran senja itu…Bbadan kecilku terus hilang didalam kegelapan malam tiada arah tujuan.
Aku menyusur perlahan-lahan mengikut kaki. Memikirkan. Kemana arahku. Ya mungkin aku boleh tidur dibawah rumah paklong ku yang memberi upah cekodok 3 ulas tadi….
Disitu ada kepok padi. Boleh aku tidur sebentar merehatkan badan. Aku dah biasa tidur curi-curi dalam kepoknya.
Kadang2 takut jua dengan kambing yang suka mengeselkan badannya pada tiang kepok di malam hari. Tak apalah. Aku tiada pilihan. Aku menumpang sekejap saja kerana malam nanti aku mesti keluar dari kepuk padi sebelum pagi. Sebab nanti jika mereka tahu.
Mesti mereka mengamok. Mengikut perancangan awal aku adalah nak curi rambutan sebab terlalu lapar. Dah terlalu lama aku tidak makan.
Walaupun tanah tersebut milik mak. Tapi paklong bencikan aku. Dia halau ibuku. Aku ingin mencari ibuku dibandar.
Setiba di situ aku tanpa membuang masa terus memanjat. Perlahan-lahan ku panjat pokok rambutan. Meraba-raba dalam kegelapan untuk sampai dihujung dahan. Setiba dihujung dahan aku cuba mengapai buah tersebut.
Aku mendepakan tangan untuk memaut dahan. Tiba2. ‘praaakkk’. Kepalaku terjunam dahulu ke arah tanah. Dahan yang ingin kupaut dahan yang mati. Tiada upaya ku lagi. Kutahan tanah dahulu dengan tangan kecilku. Berdetup bunyi letupan tulangku. Aduhhh.
Kulihat tangan ku berbentuk l. Terkulai patah kuketap mulutku sekuat tenaga agar tiada jeritan. Aku takut paklong ku terdengar. Aku terus berlari lagi… ku sambung larianku dalam kegelapan malam mencari ibu.
* Seperti biasa cerita benar ini semasa saya kecil ini hanya sebagai renungan. Minta jasa2 baik pembaca jangan dihina. Saya sedaya upaya melindungi nama baik mereka yang terlibat dalam penceritaan.
* Setelah dewasa dan bertahun2 nenek meninggal baru saya tahu akan pemergian nenek. Juga baru saya tahu kenapa nenek menghalau saya.
Diceritakan oleh jiran berhampiran. Nenek tidak tahan melihat penganiayaan dan terjadi pergaduhan antara nenek dan makcik. Iaitu anaknya. Tidak perlu saya sebut sehingga mana tahap pergaduhan tersebut yang pastinya mengaibkan.
Al-fatihah untuk nenek tersayang.
– Perindu Ayah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit