Pelangi Selepas Hujan

Hai. Aku senorita. Berusia 30an dan baru mendirikan rumahtangga December 2021.

Aku terpanggil untuk menulis setelah membaca luahan dari si pencari jodoh di IIUM Confession bertajuk “Di Mana Nak Cari Jodoh” (https://iiumc.com/di-mana-nak-cari-jodoh/).

Aku ringkaskan cerita. Sebelum Aku bertemu dengan “pelangi”, Aku telah melalui episod paling duka dalam hidup Aku apabila impian Aku untuk menamatkan zaman bujang pada November 2021 musnah.

Pelik bukan bagaimana Aku boleh berkata sedemikian sedangkan Aku berumahtangga pada bulan December tahun lalu juga?

Begini ceritanya. Pada November 2020 Aku berkenalan dengan seorang Duda (cerai hidup) beranak satu. Aku di selatan tanah air manakala dia berasal dari negeri Bandaraya Bersejarah. Kami berkenalan melalui platform Baituljannah.

Dia memulakan langkah perkenalan dan kami serasi lalu berkenalan di luar pula. Kami berjumpa setelah Aku yakin bahawa ” He is the one”.

Pada mulanya dia sgt beria akan hubungan ini sehingga baru berkenalan selama seminggu dia sudah beri hint untuk menjadi kan Aku isterinya Dan “Ibu” kepada anaknya.

Dia benar2 serious akan hubungan ini sehinggalah dia membawa anaknya bertemu dengan Aku Dan dia datang ke rumah bertemu Ibu ku setelah 2 bulan perkenalan.

Kami menjadi semakin rapat Dan seawal sebulan perkenalan dia melamar Aku untuk menjadi isterinya. Dan berhasrat untuk bertunang pada June 2021. Tapi malangnya ketika itu PKP jadi kami tunda hasrat kami.

Disebabkan rintangan PKP Dan terhalang oleh sempadan negeri, Maka dia hanya menemukan Aku bersama keluarganya melalui aplikasi video call Whatsapp sahaja.

Semuanya baik2 sahaja. Keluarganya memberi restu akan hubungan kami ini. Setiap hari tanpa gagal dia akan mengirim pesanan Sayang dan cinta akan Aku.

Semuanya terlalu indah. Tinggi harapan yang diberi kepada Aku. Janjinya untuk menjaga Aku dan melindungi Aku sepenuh jiwanya.

Cinta kami bersulam dengan sangat indah sehingga kami merancang untuk terus bernikah pada September 2021. Tetapi atas sebab tertentu Aku mengalah untuk tunda pula ke bulan November 2021.

Banyak yang perlu difikirkan memandangkan dia ada seorang anak perempuan untuk diberi perhatian.

Aku faham akan ini Dan senang hati untuk menunggu dia. Sedalam Mana Aku mencintai Bapa nya begitu juga dalamnya cinta, kasih Dan sayangku untuk anak itu.

Sayangnya Aku kepada dua insan itu sehingga Aku membuat keputusan untuk tinggalkan kerjayaku, hidup bujangku, Dan keluargaku demi untuk menjaga Dan mendidik anaknya selepas kami berkahwin nanti.

Pada ogos 2021, perbincangan mengenai “Hari Bahagia” kami masih berjalan seperti biasa sehingga keluarga Aku telah membuat sedikit persediaan untuk hari pernikahan kami memandangkan lagi 2 bulan kami akan menikah.

Hari silih berganti, tanpa aral tanpa ribut semuanya musnah apabila Aku sangka Dia yang hadir selama ini membawa cinta Dan sinar dalam hidupku rupanya hanyalah racun yang hampir membunuh jiwaku. Saban hari Aku hidup berendam air mata.

Di waktu Aku mengira Hari ke Hari pernikahan kami, rupanya Dia sedang mengira buruknya Aku Dan hinanya Aku di mata dia. Tak pasti di mana silapnya, Aku sangkakan dia menerima Aku seadanya.

Tetapi rupanya Dia hanyalah seorang Duda yang mencari isteri cantik Persis Bidadari Syurga Dan Aku hanyalah bagaikan “Mak beranak 6” di matanya.

Ya, pakaian Aku, wajahku, gaya penampilanku dan semuanya berkaitan Aku rupanya sangatlah hina dimatanya.

Aku tidak minta untuk diberi peluang “mengubah penampilan hidupku untuk memuaskan nafsunya”. Harga diri aku sangat tinggi untuk merayu kepada lelaki seperti itu. Ramai kawan2 bersimpati akan nasib Aku.

Mereka tidak sekali menyokong Aku untuk berusaha membaiki hubungan yang retak itu kerana sekali Aku buruk di matanya akan selamanya buruk dimatanya.

Aku berjubah serba hitam, memakai selendang Dan Aku labuhkan untuk menutup dadaku Dan secalit lipstik dibibir.

Dan dia mengatakan gaya Aku seperti seorang Ibu yang telah beranak enam org anak. Aku menangis Dan tinggalkan semua kenangan kami Dan Aku hampir putus asa untuk berkenalan dengan mana2 lelaki lagi.

Terlalu banyak kurangnya Aku Dan terlalu hinanya Aku dimatanya. Pada waktu itu dia meluahkan segalanya pada Aku Dan Aku berasa sangat terhina akan setiap perkataan yg keluar Dr mulutnya.

Bayangkan lagi 2 bulan untuk bernikah Dan Aku tekad untuk bangun tinggalkan semua kenangan.

Jadi di mana pelangi yang Aku maksudkan? Bagaimana Aku bertemu dengan pelangi itu sedangkan ketika itu cuma tinggal 4 bulan untuk cita2ku menamatkan zaman bujang berakhir?

Apa yang Aku buat sehingga begitu cepat Aku menemukan Pelangi yang merubat hatiku? Di mana Aku nak Cari jodohku? Aku akan sambung di part kedua nanti ya.

– Senorita (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *