Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum dan selamat petang pembaca budiman.
Korang boleh panggil aku Oked, seorang wanita berusia 30-an yang berkerjaya dan alhamdullillah got nothing to complaint. Cukup dari segi duniawi. Alhamdulllah untuk segala nikmatNya.
Sebenarnya aku baru membaca Al-Mulk tapi tiba2 mata aku kabur tak dapat nak terus kan bacaan dek kerana air mata yang terlalu deras mengalir. Sebab kerana ini jugalah hati aku terdetik nak berkongsi dengan korang tentang kisah ni.
Mana tahu ada yang seperti aku. dah melewati separuh usia tapi masih ‘blurr’ dengan fitrah kehidupan, hanya menunggu masa di jemput panggilan Ilahi.
Asbab aku menangis membaca quran tadi sebab aku ni sebenarnya baru belajar kembali cara membaca quran. Aku kenal huruf, kenal tajwid, tapi sebab secara praktikalnya kurang jadi sebutan aku bukanlah perfect. Kalau ikut grading, waktu sekolah rendah dulu dapatla jayyid.
Time aku kat uni, memang follow usrah, islamic circle semua tu cuma bab tadarus or bacaan quran aku cuak. Sebab aku tau aku baca tunggang langgang. Dari kecil time ramadan. Aku pegi tarawikh kan, teringin nak join baca tadarus. Tapi korang bayang kan la.
Sape nak include budak mcm aku dengan bacaan tunggang langgang dalam tadarus circle dorang, kakak aku saja la yang dapat join sebab dia memang baca sedap.
Bukan aku tak cuba nak prektis dengan dia. Tapi bab sebut ni memang lemah betul. Aku melayu pure saja tapi ntah la lidah aku ni keras gamaknya.
Dah sampai satu tahap aku stop trying. Dalam hati memang nak cari ustazah mengaji la, cari kelas la. Tapi meniti kehidupan leka dengan kerja dan kejayaan. Tangguh tangguh dan tangguh.
Satu lagi sebab kenapa aku nak belajar baca al-quran. Sebab aku nak ajar ayah aku baca quran. Kami ni dulu bukan orang senang. Ayah aku memang jenis membanting tulang 4 kerat just nak pastikan anak beranak cukup makan.
Dhoif tu tak sangat la tapi pernah lah berhutang kedai beberapa kali sebab nak tunggu gaji. Kerap gak aku rasa. Pendek kata cukup la untuk aku faham mak ayah aku bukan orang senang – waktu tu time aku kecik sebelum masuk sekolah tu dah faham keadaan. So serba ringkas.
Alhamdulillah jugak wlaupun tak mewah, just enough to get by, tapi pendidikan memang mak ayah aku tekankan sangat2. Kami adik beradik pun okay not bad kat sekolah. Waktu aku sekolah rendah ayah aku masukkan kami ke sekolah agama dan kebangsaan.
Bila aku dah pandai membaca and masuk tahap dua. Aku nmpk ayah aku tengok buku iqra aku. Dulu tak banyak ‘source’ mcm sekarang. Aku rasa ayah aku beli kaset mengaji sambil dengar sambil cuba sebut.
Mungkin dia perasan aku tengok dia, dia terus berhenti pastu cakap, “ayah tak pandai baca quran, ayah nak anak2 ayah pandai baca quran. Jangan jadi macam ayah.
Mak aku dulu guru mengaji, tapi entah kenapa aku tak belajar. Dah tua bangka merangkak la macam ni. Oked belajar pandai2 ya sayang, nanti boleh ajar ayah.” aku angguk saja sambil pegang tangan dia, “boleh ayah, kita boleh belajar sama2. Oked pun tak pandai lagi”
Aku ingat ayah aku belai kepala aku dan cium dahi sambil cakap bagus anak ayah ni. Tapi lepas tu keadaan memaksa juga, ayah sibuk kerja lagi siang malam dan takada lagi aku nmpk ayah pegang buku. (at least depan aku la).
Tapi from time to time, aku jumpa cebisan kertas tulisan tangan ayah aku yang merumikan bahasa arab, kadang2 doa, kadang2 bacaan dalam solat, kadang2 ayat al quran.
Menginjak dewasa, aku tahu ayah struggle betul nak improve diri dia tapi time tu mungkin ayah betul2 tak nampak cara konsisten untuk belajar. Ye la anak2 ramai, makan pun tak tentu. Masa penuh uruskan keluarga.
Mak ada tapi kerja jauh jadi ayah aku la selalu sibuk urus kami. Mak aku yang ajar kami solat dan mengaji pun. Alhamdulillah ayah aku memang solat, cuma ke masjid tu jarang la. Jadi bila nye dia nak mengaji dengan tok imam ye dok?
Nak jumpa circle yang seusai? Aku rasa ayah aku memang letakkan family sebagai focus dia sampai abai diri sendiri… huhu.
From time to time jugak, bila ada masa, dia minta aku tuliskan rumi untuk doa2, atau ayat quran yang dia cuba baca. Aku memang selalu lepak dengan ayah jadi bagi aku takada masalah la. Time ayah aku nk pergi haji aku tengok effort dia lagi banyak. Rasanya satu buku tu dia rumi kan.
Ya Allah moga diterima ibadah ayah aku selama ni :’). Kadang2 aku rasa dia frust dengan diri dia sebab tak reti baca quran.
Tapi aku cakap dengan dia, usaha tu yang Allah pandang, kita baca surah simple2 untuk permulaan lah. Pastu yassin. Ala ayat2 biasa. Kita buka kaset apa semua la ya. Selalu ayah senyum saja. Tapi itulah.
Aku memang rapat dengan ayah. Bila semua anak2 ayah dah besar dan ada kehidupan sendiri, aku jemput ayah dan mak tinggal dengan aku, sebab memang itu hasrat aku sejak kecik lagi, nak berbakti sampai akhir nyawa.
Baru2 time2 covid ni ayah jatuh sakit, Allah izin aku dapat teman ayah sampai akhir hayat ayah. Sebelum ayah pergi. ayah cerita betapa menyesalnya dia sebab tak pandai baca quran sampai akhir hayat.
Aku cakap tak apa ayah. Aku akan sentiasa bacakan doa dan quran untuk ayah. Kami anak beranak akan selalu bacakan untuk ayah.
“Ya Allah! Ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil.” Sori gais, aku sedih betul ni, kita selit sikit baca doa untuk mak ayah kita okay.
Time ayah aku sakit tu memang aku duk baca quran la kan. ye la time kita susah hati, ada ujian, semua tu baru la nak dekatkan diri dengan Allah kan? Tapi deep down aku tau bacaan aku tak sebaik mana. Aku just doa byk2 ya Allah harap ada pahala walaupun sedikit.
Dah la dosa aku banyak gila. Huhu. Korang bayangkan. Dari aku sekolah rendah smpi sekarang dah nak dekat umur 40. Lama dah nak baiki bacaan. Tapi kadang2 terfikir tak apa yang buat kita tangguh benda baik? Semua tu izin Allah weh.
Korang pernah tak nampak orang susah tengah jalan, pastu korang terfikir okay nak sedeqah harini. Tapi tup2 orang tu tak datang pun tempat kau. Kau pun tak sempat nak kejar dia.
Nampak tak peluang nak bersedeqah tu pun kalau bukan rezeki dia, bukan rezeki kau. Tak jadi juga. Jangan kita terhalang untuk kebaikan asbab dosa2 kita. Huhu.
Bila aku rasa aku nak buat benda baik, tapi selalu tak jadi. Aku jadi frust dengan diri aku. Aku doa jangnlah dosa aku yang menggunung ni asbab menutup pintu kebaikan dan rahmat Allah.
Jadi aku banyakkan istighfar. Kadang2 dalam kereta pasang saja yang 1000x zikir istighfar tu. Tapi takla menjadikan aku ni kalis dosa.
Senang sangat terbabas. Aku selalu minta dengan Allah lembutkan lah hati aku mudahkan la aku buat kebaikan. Aku cuma harap aku tak dapat kemurkaan dia saja.
Tapi korang faham kan iman ni turun naik. Berkadar terus la dengan kadar doa aku. Kadang sikit, kadang banyak. Hmmm. Ape la nak jadi.
Tup-tup Alhamdulillah Allah izin time Ramadhan ni aku ternampak page Sujimy. Bagi info tentang satu program, nama dia Quranbit, salah satu inisiatif dari masjid Wak Tanjong Singapura yang aku rasa terbaik sangat2. Sesuaila dengan orang macam aku ni.
Takde masa nak belajar (alasan or not), malu jugak tua2 nak belajar, korang boleh ambil masa sendiri untuk belajar and it only takes 1 minutes saja daily. Bodo2 pun at least you take the first step kan?
Ya Allah moga dilimpahkan rahmat buat founder dan mereka yang terlibat dalam program ni.
Free pulak tu. Haih. Kalau aku ignore memang aku kufur nikmat. Aku terus register, kemudian aku pilih untuk belajar iqra’. Tapi sebab waktu aku isi form tu. Soalan ada bagi sepotong ayat quran and tanya. Boleh tak baca ayat ni tanpa bantuan?
Aku tick yes. Jadi page tu direct aku ke quranbit, sebab katanya aku tak sesuai dengan iqrabit since aku reti saja baca quran. Aku pasrah saja la.
Dalam tak sampai 24 jam aku dah di assignkan kepada ustazah (sebab aku perempuan kan), dan bermula lah usaha aku yang tak seberapa ni. Dan sebelum bermula memang aku bgtahu ustazah tu.
Aku reti baca quran tapi aku rasa aku tak layak baca quran lagi sebab tak confident, boleh tak aku start dengan iqra’? Ustazah tu ya Allah dengan lembutnya, tak judge langsung, no further question ask dan sedia nak bimbing aku dari mula.
Katanya kalau aku selesa begitu why not, nanti kita go with the flow. So yes, aku start dengan iqra alif, ba, ta. Sebab memang dah lama aku nak betulkan lidah keras aku nii. Alhamdulillah Allah izin. And boleh dwi bahasa pun. English or malay, ikut selesa korang.
Berbalik semula cerita awal tadi. Walaupun aku baru belajar iqra’ tapi aku kena la juga baca quran kan. Cuma aku baca tak laju sebab aku cuba praktikkan apa yang aku belajar.
Jadi aku perasan aku duk ulang2 bagi makhraj tu betul. Automatik aku teringat kat ayah aku. Struggle dia. Perasaan dia. Terbayang balik apa yang dia cakap dengan aku time dia terlantar kat hospital dan sebelum-sebelum ni.
Aku sedih sebab aku tak sempat nak spent time nak ajar ayah aku, sibuk satu hal, sebab aku pun tak pandai juga. Basic boleh lah.
Buat mak ayah, dalam sibuk kita menjaga keluarga, jangan lupa persiapkan diri untuk akhirat. Setiap kita ni ada rezeki masing2, jangan terlalu dirisau percaturan Allah, just buat yang terbaik. Buat mereka yang senasib dengan aku, masih belum terlewat kalau korang nak baiki.
Kadang2 rasa buntu tak mampu ke apa ke, doa dan terus berdoa. InshaaAllah tuhan lorongkan. For start, korang boleh usha Quranbit. Seriously, no promotion aku hanyalah salah seorang peserta yang rasa manfaat program mereka.
Dan aku harap, mudah-mudahan nukilan aku ni dapat membantu buat sesiapa yang memerlukan, moga2 ada la sikit pahala buat aku si pendosa ni…huhu.
Buat ayah, maaf sebab tak sempat nak ajar ayah. InshaaAllah Oked akan sentiasa mendoakan ayah dan ibu serta cuba memperbaiki diri.
Oked bersaksi ayah cukup jalankan tanggungjawab beri kami ilmu kefahaman kasih sayang dan mengajar tentang kehidupan, moga Allah ampunkan dosa ayah kesayangan Oked. Aamiin ya Rabbal alamin.
Jaga diri & selamat hari raya semua!
– Oked (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit