Assalamualaikum semua. Ramadan menghampiri penghujung, membuat hatiku semakin hiba. Tiada tangisan, cuma sebak yang memberat di dada ini.
Aku tumpang gembira melihat ramai yang teruja dan bersesak-sesak pulang ke kampung halaman atau pulang ke rumah ibubapa masing-masing.
Seperti tajuk di atas, “tiada rumah untuk di tuju” bermaksud aku tiada tempat untuk pulang meraikan Syawal yang akan tiba. Bagi aku makna hari Raya adalah untuk meraikan kemenangan berpuasa sebulan.
Aku yang sejak dari bayi tinggal bersama datuk dan nenek dikampung, cuma hanya beberapa tahun sahaja tinggal bersama ibu dan ayah.
Bila ayah meninggal dunia, aku kembali tinggal bersama datuk dan nenek. Aku juga mempunyai adik-beradik yang lain.
Sejak datuk meninggal 6 tahun yang lepas, aku terasa begitu terasing sekali walaupun nenek, makcik, pakcik dan sepupu melayan aku dengan sangat baik.
Sehingga bila tiba hari Raya hatiku memberat untuk pulang ke kampung. Untuk pulang ke rumah ibu, aku sangat merasa kekok seperti orang asing ibaratnya.
Bila menghampiri hari Raya, emosi aku menjadi tidak menentu ditambah dengan penyakit fizikal (chronic pain) yang sedia ada, terasa cukup lelah di dada ini.
Namun, aku bersyukur Allah hadiahkan keluarga kecil. Jadi aku fokus pada keluarga kecilku.
Walaupun “tiada rumah di tuju”, aku tetap membuat persiapan raya seperti membeli baju baru, kuih raya dan mengemas rumah ku untuk menyambut Syawal. Aku ingin beri memori yang indah untuk anak aku.
Taktala kawan-kawanku sibuk berbincang mengatur perjalanan pulang menyambut hari Raya, aku dan suami bersetuju akan bertolak ke kampungku seawal pagi Raya.
Mungkin aku akan menyiapkan sedikit juadah Raya supaya aku tidak rasa aku menyusahkan nenek dan makcik-makcik di kampung.
Dan kami akan pulang semula ke rumah pada malam hari yang sama. Raya kedua kami merancang untuk short vacation, kemudian Raya ketiga baru lah pulang ke kampung sebelah suami.
Meraikan Syawal tanpa insan tersayang memang terasa sedih sekali, namun aku bersyukur aku mempunyai keluarga kecil untuk aku meraikan Syawal yang akan tiba nanti.
Alhamdulillah.
– Sophea (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit