Bebanan Hati

Aku seorang perempuan. Sedang meningkat dewasa.

Kisah aku begini, aku ada zaman kanak kanak yang tak suka aku ingat, di zaman kecilku, aku bagaikan menonton keganasan rumah tangga hampir 24jam!

Ayah dan ibu selalu bertengkar. Ayah sangat panas baran. Ayah juga selalu pukul ibu.

Kalau waktu mereka bergaduh, aku atau adik beradik lain yang berani menyampuk atau menegur pasti kami juga akan dipukul ayah.

Aku sangat suka pergi ke sekolah. Hari hari terasa berat sangat untuk balik ke rumah.

Ibu selalu menangis tapi tak tahu bagaimana untuk keluar dari cerita derita kami. Aku dan adik beradik terus membesar dan melanjutkan pelajaran dan ketika aku melanjutkan diploma, ayah aku meninggal.

Pastinya kami satu keluarga sedih kerana ayah tetaplah ayah dan hanya ayah sumber pendapatan kami sekeluarga. Mujur lah pada waktu itu kakak sulungku sudah bekerja, ibu juga mula berniaga kuih muih.

Ayah sangat suka berhutang, pada waktu kami masih kecil, arwah suka berjudi.

Bila kami meningkat dewasa aku baru tahu bahawasanya ayah masih dikelilingi hutang dan pemiutang mencari keluarga aku pula. Aku tamat diploma dan terus bekerja.

Terus membantu ibu dan pada masa yang sama kami adik beradik cuba melunaskan hutang2 arwah ayah yang ada. Cerita ini aku letak tepi dahulu, aku masih rasa mampu untuk teruskan hidup begini.

Main point untuk cerita aku adalah trauma aku terhadap situasi sekeliling. Ketika aku masih belajar, aku selalu ketakutan apabila lecturer memarahi kami. Takut aku bukan sikit2.

Sampai menggigil satu badan. Paling teruk apabila dimarahi lecturer lelaki. Aku sangat trauma suara orang menjerit, suara orang cakap dengan kuat. Bunyi2 barang jatuh (ayah selalu baling barang pada ibu)

Ini berlanjutan sehingga aku sudah kahwin dan bekerja.

Pernah satu ketika aku sedang masak, suami terjatuhkan pinggan dan aku berpeluh2 sehingga rasa tak dapat nak teruskan masak. Duduk sebentar sampai rasa tenang.

Di tempat kerja juga begitu, boss memarahi staff lain tapi aku yang tak dapat fokus untuk buat kerja.

Terpaksa ke tandas, cuci muka dan tenangkan diri seketika.

Aku sangat penat, aku cuba tenangkan diri dengan mengatakan nothing will happen, tapi jiwa ini sangat2 tertekan dengan trauma yang aku alami.

Aku hanya ingin meluah rasa hati sebab ada masanya aku penat sangat menanggung rasa macam ni.

Doakan aku untuk terus kuat dan semoga perasaan takut / trauma ini beransur hilang.

– Syahira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *