Assalammualaikum dan selamat hari raya untuk semua. Maaf zahir dan batin. Aku ada baca satu confession pasal tiada rumah untuk dituju, (https://iiumc.com/tiada-rumah-untuk-dituju/).
Sebelum tu maaf jika penulisan aku ni macam rojak.
Aku fikir kalau aku tulis macam itu umpama aku cerita jelas dari hati aku ini. Dan aku harap cerita ni akan disiarkan supaya aku boleh baca komen yang mampu memujuk hati aku ini.
Sama macam penulis bernama Sophea itu. Aku pun tak ada tempat nak dituju. Beruntung bagi anda ada ‘keluarga kecil’.
Aku dah jadi yatim piatu sejak zaman sekolah lagi. Jadinya, masalah tak tahu ke mana ni sudah aku rasai bertahun tahun. Tapi tahun ni paling aku terasa sedihnya.
Aku terfikir sampai bila aku akan macam ini? Malam tadi malam terakhir Ramadan aku menangis teresak esak selepas solat merayu meminta pada Allah untuk bantu aku hilangkan rasa sunyi ini.
Aku rasa tak sanggup berjumpa setahun lagi untuk rasa keseorangan macam ini lagi.
Aku ada adik beradik lain tapi semua dah berkahwin dan membawa haluan sendiri. Saudara mara juga membawa haluan sendiri dan ada yang tak dengar khabar berita dah pun. Kenapa aku tak berkahwin lagi? Sebab aku consider anak yang tercicir.
Dilahirkan ketika usia ibu dan ayahku sudah 40-an. Oh ye lupa aku nak beritahu. Aku juga masih belajar di tahun akhir degree. Nak berkahwin saat ini juga bukan menjadi solusi kerana aku belum bekerja.
Disebabkan ibu dan ayah dah tiada, aku menumpang rumah adik beradik aku secara bergilir. Kadang di sana kadang di sini. Aku bersyukur sebab setakat ni tiada masalah antara adik beradik dan ipar aku sepanjang aku tinggal dengan mereka.
Tapi semenjak beberapa tahun kebelakangan ni aku semakin malu. Malu hidup menumpang. Aku selalu fikir nak ada rumah sendiri aku nak ada family kecil aku juga supaya aku tak akan sunyi lagi.
Kadang aku terfikir kenapa aku yang diuji macam ni. Aku selalu bermonolog yang aku sanggup terima apa je ujian Allah bagi tapi jangan ambil ibu dan ayah aku seawal ni. Tapi siapalah aku untuk persoalkan semua itu sedangkan Dia lebih tahu.
Aku pun selalu bermusabah diri dan sebab tu aku suka membaca kisah kisah orang lain untuk mengingatkan diri aku yang ada orang lain di luar sana yang hidupnya lebih susah.
Untuk pengetahuan semua, sekarang pun satu Syawal ini aku ada di rumah duduk keseorangan. Baju raya yang tergantung. Lauk raya juga tiada atas meja. No selfie raya. Apa lah erti Syawal ni bagiku? Sama sahaja macam hari biasa.
Adik beradik aku ajak je aku ikut balik kampung mertua mereka tapi jika anda di tempat aku sanggup ke nak ikut? Dengan ramai ipar dan saudara mara mereka semua. Selain tak nak rasa sunyi aku juga tak nak rasa terasing.
Aku dah ada boyfriend tapi rezeki jodoh belum sampai dan aku juga nak habiskan dulu belajar yang tinggal berapa bulan ini lagi.
Maybe to some people raya is nothing. But being alone is a big deal. Itu sahaja luahan dari hati aku.
Tolong pembaca semua doakan aku ya supaya aku dapat kerja tahun ni dan dikurniakan jodoh berkahwin dengan lelaki baik supaya aku tak akan sunyi lagi. Terima kasih semua.
Selamat hari raya lagi. Assalammualaikum.
– Kuntum (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit