Saya Mawar, isteri kepada seorang suami yang ada ego tidak akan sentuh duit isteri. Suami tak ambil tahu gaji saya dan apa yang belanja dengan duit sendiri cuma suami nasihat agar jangan membazir.
Awal perkahwinan kami sangat strugle hingga suami menangis di depan saya dan meminta maaf berkali-kali kerana dia tak dapat berikan saya kesenangan. Saya memujuk dan memberi semangat untuk suami berusaha.
Alhamdulillah, berkat usaha gigih, suami beberapa kali dinaikkan pangkat. Gaji dari 3 angka sekarang dah jadi 5 angka. Sikap suami tetap sama. Mulanya saya bekerja, akhirnya atas permintaan suami saya berhenti kerja.
Segala perbelanjaan suami tanggung termasuk mak mertua dan mak saya sendiri. Bila saya tak bekerja, suami transfer pula duit ke akaun saya sebagai saving saya sendiri di samping duit belanja lain.
Saya nampak perasaan bangga di wajah suami. Sejak mula saya kenal suami, inilah ego suami yang saya tahu. Ego untuk jadi lelaki yang tidak akan makan duit perempuan.
Duit simpanan atau dividen tabungan semasa saya bekerja dulu suami tak nak ambil tahu. Kata suami, itu duit saya dan dia tak perlu tahu sebab duit tu bukan hak dia.
Suami juga banyak membantu saya di rumah. Bila nampak saya letih, dia yang tawar diri memasak atau belanja saya dan anak-anak makan di luar,
Suami juga akan membasuh pinggan makannya sendiri setiap kali lepas makan walau saya tawarkan diri untuk membasuh pinggannya, menyapu/vacum rumah bila saya sibuk dengan anak-anak walaupun saya dah kata saya akan buat.
Bila suami dah berjawatan dan bergaji tinggi, muncul pula anak dara atau janda yang cuba mengambil perhatian suami. Sedangkan masa suami tak punya apa, semuanya menjauh. Alhamdulillah, suami seorang lelaki yang lebih memikirkan isteri dan anak-anak.
Kata suami, banyak lagi benda lain yang perlu dia fikirkan. Masa depan keluarga dan anak-anak lebih penting. Tak perlu sakitkan kepala jika tahu semua tu hanya akan mendatangkan masalah. Lebih baik dia enjoy dengan family sedia ada.
Hati tenang dan boleh ada financial freedom. Boleh berbelanja dan bercuti bersama family dengan tenang. Cumanya, suami saya ni seorang kaki shopping. Tapi tak apa, sekurang-kurangnya saya tahu duit dia habis ke mana.
Daripada habis berdating dengan perempuan lain, baiklah dia shopping untuk diri sendiri dan keluarga. Tapi disebabkan hobi shopping dia saya minta dia buatkan dahulu simpanan asb dan pendidikan anak-anak.
Duit belanja selain saving yang dia masukkan ke akaun saya, saya ambil lagi sebagian dan simpan bagi pihak kami untuk kegunaan masa depan.
Harapnya hingga ke hujung hayat sikap suami tetap sama. Doakan kami ya.
Untuk adik-adik di luar sana, yang selalu kata takut nak kahwin, insyaAllah masih ada lelaki yang baik di luar sana. Cuma jangan terburu-buru dan sentiasa berdoa agar dapat dijodohkan dengan lelaki baik dan bertanggungjawab.
– Mawar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit