Jangan Tutup Pintu Itu

Assalamualikum pembaca semua.

Hari ni aku buka fb, dan tiba- tiba terpandang satu gambar menunjukkan bagaimana seorang budak yang mengintai tv dari luar rumah dan akhirnya pintu rumah itu ditutup.

Aduhai, tak luak bil elektrik, kalau dibiar terbuka dan ditonton oleh kanak-kanak tersebut.

Ramai bagi alasan untuk menjaga aurat penghuni rumh, tetapi sebelum dibiar terbuka. Apa salahnya, ditutup setelah habis cerita yang ditonton oleh kanak-kanak tersebut.

Aku ada kisah semasa aku berusia 26 tahun, pasal tv juga, dan tak menyedihkan pun. Tapi tu lah. Terasa. Hahaha…

Terlebih dahulu aku cerita kan hal diri sendiri. Aku ni penjawat awam, berjawatan agak baik dan agak tinggi. Aku dibesarkan dalam keluarga yang agak senang, tidak lah kaya, tapi tidak pernah susah.

Ibu mengajar kami berjimat cermat, merendah diri, dan tidak menunjukkan kekayaan, apa lagi kami memang tidak kaya. Cuma ayah seorang yang berjawatan, dan gaji agak tinggi ketika itu.

Beberapa tahun yang lepas ketika aku berusia 26 tahun, aku masih tidak ada kerja tetap.

Disebabkan aku tidak susah, kereta pun ayah yang bayarkan, belanja masih ayah bagi, aku tidak memikirkan tentang kerja tetap. Masih selesa dengan kedudukan yang entah apa-apa.

Suatu hari, aku dipanggil (setelah menjalani temuduga)untuk menjadi guru ganti harian, itu pon ibu yang usahakan (aku lupa nama yang sepatutnya) dimana gaji dibayar mengikut hari bekerja iaitu RM100/hari bekerja.

Aku dibenarkan tinggal di rumah warden, pihak pengurusan mahu aku menjadi guru dan warden Sekali gus, tetapi elaun warden tidak dibayar.

Sambil- sambil orang kata, menjaga pelajar di sekolah ini tidak lah sukar. Tambahan sekolah kekurangan warden.

Aku tinggal serumah dengan seorang guru merangkap warden, baru 2 tahun dia mendapat kerja sebagai seorang guru bahasa melayu. ku panggil dia , Kak Rinaa.

Dia dari keluarga susah, mengambil upah sebagai tukang jahit selepas tamat ijazah sebelum lulus temuduga menjadi guru, dan di hantar membuat diploma pendidikan. (Aku pun lupa, tambahan tak ambil tahu).

Sebelum aku masuk kerumah tersebut berkali kali aku tanya kan pada pengurusan tentang bayaran sewa, api air.

Pengurusan sekolah mengatakan bil air dan api di bawah sekolah, manakala sewa rumah tidak perlu kerana tugas sebagai warden tidak dibayar. Aku angguk tanda faham.

Untuk pengetahuan semua apabila gaji harian ni, gaji tidak dibayar setiap bulan, biasa di bayar setelah tamat tempoh mengajar. Setelah 2 bulan lebih baru gaji ku dibayar. Jadi, makan minum ku memang dibiayai ibu.

Untuk mengajar anak nya erti berjimat cermat, jadi ibu menjadikan ia sebagai hutang. Tempoh dikira bermula bulan pertama menjadi guru sambilan. Ini bermaksud , bila aku mendapat gaji aku harus membayarnya.

Disebabkan aku tidak bergaji, dan bergantung duit diberikan ibu, jadi aku mengelakkan dari makan makanan yang dimasak oleh teman serumah, maklumlah, aku tidak berduit.

Aku tidak memasak, sebab tong gas yang tidak menggunakan duit aku. Rasa segan nak guna.

Rupanya sikap ku itu menjadi percakapan diantara bebrapa orang guru. Housemate ku kak Rina mengadu yang aku tak makan makanan yang di masaknya.

Sebenarnya telah terjadi satu peristiwa, yang aku tidak ceritakan pada sesiapa di sekolah. Selepas seminggu atau dua minggu, (aku dah lupa) balik dari sekolah, kak Rina akan membuka tv menonton drama korea kegemarannya.

Aku sebenarnya kurang sikit dengan tv, sejak dari darjah 6 ayah memang tak benarkan aku menonton tv kerana bakal menghadapi UPSR. selepas tu aku bersekolah di sebuah SBP sehingga tingkatan 5.

Memang kadang kadang sahaja tv tu ku buka. Bila kak rina balik, aku akan menyelit untuk berborak-borak. Yelah, tak kan nak duk dalam bilik sahaja.

Lama2 aku jadi berminat pula dengan drama tersebut. Tapi aku tetap menunggu kak rina balik untuk membuka tv, baru ku menumpang tengok di sebelah.

Satu hari kak rina sebuk dengan pemilihan bwp di sekolah. Jadi dia pulang lambat, hati ku menggelitis nak buka tv, aku fikir. Tak pelah… tak kan kak rina marah.

Semasa menonton tv kak rina balik, dia masuk kebilik dan keluar semula untuk menonton bersama ku.

Esok nya balik skolah, aku lihat kad tv telah tiada. Kak rina dah sorok kan. Kalau dia ade baru die pasang. Sejak dari itu aku mula faham yang aku tak boleh guna barang bukan aku punya.

Aku nak beli tv baru, aku duduk disitu tak lama. Aku cikgu sandaran sahaja. Jadi kalau die masak apa2 aku tak makan, sebab kalau aku tawarkan apa2 pon die tak pernah makan.

Satu hari di sekolah ade seorang cikgu iaitu kak Maya, bertanya, aku tak bayar duit rumah ke? Aku agak terkejut kerana pengurusan mengatakan rumah itu free untuk ku.

Kak maya memberitahu, yang kak rina mengadu kata aku langsung tak bayar sewa kepada dia.

Dia kata bila dia duduk dirumah warden elaunnya dipotong, manakala aku free. Jadi aku harus membayar semula elaun rumah kepada dia.

Aku ke pajabat pengurusan dan bertanya kembali, dan pengurusan tetap mengatakan yang aku tak perlu bayar.

Tapi demi menjaga air muka aku, tambahan gaji pon dah masuk sebab nak raya masa tu, aku byar kepada kak rina RM150 sebulan. aku bayar untuk 2 bulan dah dia ambil.

Sejak dari itu aku berazam, andai kata aku mendapat kerja, pangkat ku lebih tinggi, aku tak akan berkira sedemikian rupa.

Andai ada anak buah baru masuk kerja aku berbesar hati untuk mengambil dan menghantar kerumah sewa sepanjang mereka masih tidak mempunyai kenderaan. Belanja makan sekali skala.

Alhamdulillah. Allah lorong kan juga rezeki untuk ku akhirnya. Dan aku kotakan janji ku. Aku besyukur. Panjang pula cerita. Sekian.

– Sofiah Tohirah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *