Tak Ada Kekuatan Jumpa Psikiatri

Hai. Sebagai pengenalan, Aku perempuan yang baru berkahwin kurang lebih 2 tahun. Bakal menimang cahaya mata. Suami seorang yang baik.

Aku mempunyai suami yang baik. Tapi ada waktunya bila dia mengamuk, suara dia tinggi, ada waktu dia mencarut, guna kau aku tu sudah biasa sewaktu marah. Aku banyak tertekan dengan dia.

Dari sebelum kahwin aku mempunyai pelbagai masalah hidup. Aku dari keluarga pecah belah. Aku tak suka bila tiba hari raya. Aku selalu sajales dengan keluarga orang lain. Bila aku kahwin, rupanya banyak lagi masalah yang aku hadapi.

Aku dikategorikan seorang yang boleh berdikari. Semuanya aku boleh buat dengan izin Allah. Alhamdulillah Allah sentiasa mudahkan urusan aku.

Setelah kahwin, aku tahu kerjasama dan toleransi antara suami isteri itu penting. Aku sentiasa dahulukan dan akan tanya pendapat suami dalam setiap hal. Sebab dia suami aku.

Kalau ikut aku, memang aku boleh saja terus buat sesuatu tanpa pendapat dia. Tapi aku tahu, dia suami yang perlu aku hormati.

Sebelum ni, bila aku stress dengan masalah, aku suka sakitkan diri aku. Asalnya tak teruk, tapi semenjak pkp yang tak boleh keluar rumah, aku tak boleh kawal diri untuk lakukan lebih teruk(sewaktu bujang yang terpaksa tinggal dengan broken family).

Sehingga aku kahwin, pada awalnya aku mampu kawal emosi, tapi akhirnya aku tak mampu dan aku tetap dengan diri aku yang suka sakitkan diri.

Aku ada terlalu banyak trauma. Benda yang paling aku terlalu takut (aku rasa) aku tak boleh dengar suara kuat, ketuk pintu kuat.

Aku sentiasa terkejut. Sebab dulu mak aku selalu maki dengan suara tinggi.

Lepas kahwin, suami aku pon sama. Bila dia nak marah, dia lepaskan sesuka hati apa dia nak cakap. Lepas tu ada denda2 yang akan dia buat. Entahlah. Aku tak mampu nak cerita habis.

Isu yang berkait dengan tajuk aku dkt atas tu, adalah aku nak berjumpa dengsn psikiatri untuk tlg masalah dalaman aku. Tahap aku memang fikir mati setiap masa.

Kalau ikutkan, aku memang nak makan pil, aku dah pernah bancuh racun untuk diminum, tapi Allah selamatkan bila family aku bangun tengah malam untuk pergi ke dapur(waktu tu aku dekat dapur). Aku banyak sangat google cara nak bunuh diri.

Tapi masalahnya sekarang aku tengah pregnant. Dulu masa awal2 prgenant, aku banyak pukul perut aku. Makan tak pantang, memang aku tak jaga langsung kandungan aku. Tapi baby aku sangat kuat. Sampai dah hujung² bulan ni.

Aku tak larat. Aku sampai minta dekat Allah, tariklah nyawa aku waktu aku bersalinkan anak aku. Itu doa yang selalu aku doakan.

Setiap kali checkup, aku nak minta misi@doktor untuk set upkan aku dengan psikiatri. Tapi aku tak ada kekuatan nak cakap. Aku tak larat nak luah. Aku tak larat dah nak buat apa².

Sebenarnya sekarang ni aku tengah bergaduh dengan suami. Dan aku keluar rumah, tidur tepi jalan dalam kereta. Aku tak nak libatkan sesiapa sebab aku nak jaga aib suami aku. Aku terlalu penat dengan perasaan aku.

Aku tak tahu nak buat apa. Aku tak mahu hidup. Aku tak mahu teruskan kehidupan berumahtangga. Aku penat nak hadap sikap manusia.

Aku minta maaf tak mampu cerita detail tentang masalah aku. Cukuplah korang baca dan faham apa maksud yang aku cuba nak sampaikan.

Aku tak tahu macamana nak end life kan hidup aku. Aku orang yang beragama. Tapi aku tak peduli jadi isteri derhaka, aku tak kesah masok neraka. Sampai aku rasa nak hisap rokok, nak minum arak. Tapi sebab aku fikir baby saja.

Aku tak nak dia lahir dalam keadaan tak sempurna. Walaupun aku tahu aku ni ibu tak guna. Banyak marah, banyak menangis. Asyik bergaduh dengan suami.

Kadang² aku rasa aku kuat nak jumpa psikiatri untuk bantu aku, kadang² aku rass buat apa aku nak teruskan hidup aku. Sebelum kahwin aku byk konflik dengan keluarga, lepas kahwin aku ada konflik dengan suami. Entahlah.

Suami aku tu faham saja keadaan aku. Cuma dia sajanis tak sabar. tak boleh sabar dengan perangai aku. Waktu dia marah, aku sabar, satu pon tak melawan, hanya minta maaf walaupun tu bukan salah aku.

Waktu dia salah, bila aku tegur, dia melenting siap tegakkan apa dia nak cakap. Dia ajar aku suruh minta maaf setiap kali buat salah, tapi bila dia buat salah, tak ada pula buat macam tu.

Aku minta maaf aku tak reti cerita detail sebab aku penat. Penat dengan semua masalah. Aku tak tahu cerita ni diterima atau sebalikmya.

Aku harap cerita ini diterima. Mungkin ada kata² yang aku boleh ambil untuk aku walaupun aku tahu aku ni manusia teruk.

– Bakal ibu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *