Terima kasih admin sudi siarkan confession Akak. Akak berumur sekitar awal 40an, bersuami dan anak² yang sudah remaja.
Tujuan confession akak cuma nak tahu pendapat netizen sama ada akak ni mmg ada ciri mental atau mengada/ sensitif semata?
Mukadimahnya, dalam couple of years ni, akak memang selalu berdoa, kalau syurga itu dah milik akak, akak mintak Allah ambillah nyawa. Sebab akak rasa struggle sangat untuk hidup. Akak bukan orang susah.
Anak² dan suami semua biasa² sahaja. Family dan in laws pun biasa². Kerja akak best, gaji pun ok.
Tapi akak tak pasti kenapa akak sangat struggle nak menempuh hari demi hari, akak rasa berat dalam dada. Letih dalam kepala. Sayu hati selalu bertandang dan kadang² sampai mengalir air mata.
Bila dah mengalir air mata tu kenalah pandai cover, sebab kalau orang nampak akak pun tatau nak explain kenapa.
Akak solat. Akak puasa. Akak jaga aurat dan ikhtilat. Setiap hari memang ingat Allah sebab akak sentiasa ingat mati.
Setiap kali nak drive, benda yang terdetik adalah, “adakah harini aku akan mati kemalangan?” dan akak akan mengucap siap². Every single time.
Tapi akak tak bahagia. Hati selalu sayu.
Akak penat dan letih. Penat urus rumah tangga. Tapi rumah akak tak bersih cantik kemas pun. Penat sahaja yang lebih.
Akak selalu risau kalau akak meninggal dan orang datang rumah tengok rumah akak macam ni, akan jadi satu keaiban untuk akak. Dah pulak terus akak berdoa semoga Allah tutup segala keaiban bila akak dah meninggal.
Baru² ni raya. Personaliti akak sejenis yang tak pandai tunjuk sentap. Tak pandai tunjuk marah atau terasa hati.
Jadi akak rasa mungkin sebab tu orang sekeliling bila bercakap dan melayan akak, they put their feelings first and mine mcm gone with the wind gitu.
Non existent. Akak dah laa penat, pastu nak kena entertain emosi orang lain lagi. Pulak tu bila orang menambah perisa yang mencalar emosi akak, kena suppressed lagi. Makin lama makin mampat, makin penat.
Akak penat melayan expectations orang keliling. Bukan orang luar. Ahli keluarga sendiri. Ibu ayah, adik beradik, mentua, ipar duai dan suami sendiri. Semuanya punya expectations yang memenatkan minda dan jiwa. Akak rasa nak lari daripada semuanya.
Tapi akak tak ada tempat untuk lari. Akak rindukan syurga. Akak nak sangat ke syurga. Tapi akak dpt rasakan amal akak belum cukup untuk tiket ke syurga. Belum kira dosa² yang tak dapat nak dihitung.
Sudahnya sebab tu akak berdoa sungguh² moga kalau syurga itu sudah jadi milik akak, akak mintak Allah ambillah nyawa sebab di dunia ni akak rasa sangat struggle, dan akak risau lama² struggle ni akan jadi penyebab akak ke neraka. Nauzubillah.
Jadinya, adakah akak mental? Should i seek for help?
Tapi kalau nak jumpa kaunselor pun akak tak pandai nak bercerita. Nak mulakan dari mana pun akak tak pasti. Buktinya confession ni. Bercelaru kan jalan ceritanya? Itulah gambaran minda dan jiwa akak sekarang. Bercelaru.
– Akak Celaru (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit