Temporary Feelings

Assalamualaikum terima kasih admin if confession ni disiarkan.

Saya Z, perempuan berumur 20 tahun dan masih belajar.

Menjadi remaja bukan mudah rupanya. Kebelakangan ni saya selalu rasa cemburu tengok kawan2 mula exposed ada partner.

Macam kelakar bunyi nya tapi apa yang saya nak luah adalah perasaan bergelut untuk jauh daripada dosa sebab saya rasa bersalah bila saya ada perasaan macam ni.

Perasaan cemburu tengok relationship orang dan crush ke orang :) Sedangkan itu bukan apa yang saya patut ada sekarang. Sepatutnya saya hanya fokus pada belajar sebab itu tujuan ayah saya hantar masuk u.

Tapi tulah, semua manusia ada perasaan untuk mencintai dan dicintai tapi sekarang bukanlah masa yang sesuai. Saya pon bukanlah lawa sangat :’)

Ramai kawan2 yang mula ada partner bila masuk u.

Bukanlah maksud saya untuk ada partner jugak, tapi kadang2 terfikir apa perasaan ada orang orang suka, sayang, boleh luah apa2 sahaja sebab kadang2 kawan bukan sentiasa free untuk kita.

Ini yang buat saya rasa berdosa bila fikir macam ni sebab saya tau ini semua dosa, haram dan agama larang untuk kita dekati zina. Saya rindu waktu saya tak suka kan sesiapa sebab boleh fokus untuk diri sendiri.

Sebelum ni saya pernah sukakan classmate. Dia memang baik, pandai, nampak soleh (apa yang saya nampak, belakang tak tahu), saya rasa bersalah masa tu sebab wujud perasaan macam ni dalam hati, asyik teringat2.

Saya doa minta tolong dengan Allah untuk buang rasa tu dan alhamdulillah Allah makbulkan. Saya boleh anggap dia macam kawan sekarang tanpa apa2 perasaan dah :)

Tapi apa yang saya perasaan, saya cepat catch feeling bila orang buat baik. Bahaya betul.

Mungkin memang silap saya yang kurang menjaga pandangan dan hati. Kadang2 rasa jauh dengan Allah tapi berjaya tepis perasaan tu dan jatuh lagi dengan masalah yang sama.

Susahkan nak menjaga hati :) Zaman sekarang pulak, couple tu macam benda wajib dah. Orang yang tak couple ni pulak dipandang pelik.

Tapi saya tetap berpegang, kalau benda tu haram walau satu dunia yang buat tetap hukumnya haram.

Saya rasa mungkin remaja lain pon bergelut dengan perasaan yang sama. Kadang2 kita tau je nak buat apa untuk elak semua benda ni tapi saje nak luah. Saya malu nak cerita dengan kawan sebab rumet saya pon dua2 ada bf.

Terlalu banyak benda nak diluah tapi tak muat nak tulis sini.

Doakan saya berjaya istiqomah menjaga hati, pandangan, supaya saya boleh fokus belajar dan beribadat. Boleh avoid tercatch feeling dengan sesiapa.

Sekarang bukanlah waaktunya. The right one will comes at the right time.

Jzkkk. Terima kasih :)

– Z (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *