Salam semua nama aku Azman. Aku sebenarnya dah penat dengan layanan mak aku sejak dari kecik hingga dewasa.
Aku ada 3 adik beradik (termasuk aku) dan semua lelaki. Aku pula anak bongsu, terus terang mak aku ni memang dari aku kecik tak pernah langsung puji aku atau cakap benda baik.
Dari dulu aku asyik kena tengking marah maki. Selalunya aku telankan sahaja. Tapi abang aku no.1 dan no.2 mak aku layan baik.
Aku dapat keputusan baik pun mak aku setakat jeling sambil cakap “memang patut dapat A tu aku kerja susah payah kalau tak dapat A aku halau”
Bayangkan aku spm dapat 6A mak aku punya reaksi macam tu. Tapi abang aku yang satu A pun tak ada mak aku senyum puji.
Aku pun telan, aku sendiri dah terima mungkin anak pungut atau mungkin dia salahkan aku sebab lepas setahun aku lahir ayah aku meninggal dunia.
Masa dekat rumah jangan cakap setiap hari memang aku yang kena bebel, kena buat itu dan buat ini.
Pernah sekali aku kena baling dengan sterika panas sebab ketawa baca majalah ujang. Aku cuma ketawa dan mak aku lempar sterika yang dia tengah guna gosok baju.
Waktu belajar, duit ptptn mak aku minta separuh kasi dia. Aku pun kasi takkan nak melawan.
Habis belajar terus kerja dan waktu tu agak bersyukur gaji lepas tolak apa semua aku dapat 2100. Setiap bulan seribu aku kasi mak, yang lain aku simpan.
Gaji pertama aku kasi mak seribu. Aku cakap elok “mak ni gaji pertama seribu untuk mak simpan” tapi mak aku dengan nada sinis “seribu je?”
Aku pun waktu terus terang memang terkilan. Nak nangis tapi aku tahan.
Kalau depan kawan/sedara mara jangan cakap memang aku asyik kena pandang remeh dengan aku. Badan aku ni agak besar memang diet gym tapi tak ada lah kurus terus fit mesti ambil masa berbulan.
Beraya dengan selamba mak aku cakap sambil tunjuk dekat muka aku “ha ni tengok badan anak aku gemok makan babi ke apa” sambil ketawa.
Aku pun tahan. Sebab nak taknak mak aku juga. Abang aku dua orang sebulan setakat bagi 200-300 ringgit mak aku puji depan kawan dengan sedara mara.
Aku bagi seribu dia sinis cakap “belajar tinggi dapat bagi seribu je?”
Aku siap beli mak aku barang kemas nak kasi dia gembira. Tapi tidak kena perli juga, emas tu dia gadai bagi dekat abang aku lepastu bunga aku yang kena bayar.
Jadi satu hari ni aku bawa seorang kenalan dan kami sebenarnya serious nak berkahwin nama dia Amira.
Amira ni umur 15 tahun terlibat dalam kemalangan. Jadi kaki sebelah dia tak dapat fungsi macam asal. Jadi ramai yang ejek dia capik.
Tapi aku kenal dah setahun. Jadi raya tahun tersebut Amira nak melawat jumpa mak aku.
Aku sebenarnya dah kasitahu Amira mak aku perangai dia macam mana. Aku pun sebelum tu terangkan dekat mak aku elok elok. Tolong jangan kutuk atau hina Amira. Bagi aku dia dah cukup tersiksa kena cemuh dan ejek.
Aku pun bawa Amira sampai je Amira nak salam tangan mak aku. Dia pandang aku sambil cakap “ini budak tempang tu?” Aku dengar waktu tu terus terang pertama kali dalam hidup yang aku rasa nak tumbuk muka mak aku.
Amira cuma sengih dan cakap selamat hari raya dekat mak aku. Dalam kereta tu aku hantar Amira balik aku minta maaf dekat dia sambil menangis. Balik rumah aku buat surat nak letak jawatan.
Jadi lepas dua bulan, aku kemas baju barang dan nak pindah. Selama ni aku bersabar sebab pada aku, mak dah tua tak ada orang nak jaga.
Tapi tidak aku sebenarnya memang dah give up dengan mak aku.
Sebelum keluar rumah aku cakap dengan mak selama ni aku cuba jadi anak yang baik tak nak melawan cakap mak dan dengan cakap mak sebab selama ni aku pegang kata kata yang ibu ni syurga kita.
Tapi haritu aku cakap kalau aku anak derhaka pun aku terima. Sebab aku dah pasrah. Mak aku punya reaksi? “Anak pukimak tak kenang jasa kau keluar dari rumah aku si4l”
Aku tinggalkan mak aku duit dalam 5ribu. Dan sejak haritu aku pindah negeri lain, bekerja dan berkahwin dengan Amira. Tanpa mak aku tahu dan tak kasitahu.
Tahun 2019 maknanya dah 6 tahun aku tak hubungi mak aku. Anak pun dah dua orang, raya tahun 2019 haritu.
Amira ada cakap dengan aku ajak cuba balik jenguk mak aku. Tapi aku reject, aku takut kalau nanti bila balik sana mak aku hina isteri aku, dan hina anak anak aku.
Sampai sekarang pun aku tak rasa nak balik mungkin ada yang cakap air dicincang tak akan putus dan syurga bawah telapak kaki ibu. Tapi hakikatnya syurga tersebut mak aku guna untuk pijak pijak aku.
– Azman (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit