Kena “Ghosting” Itu Sakit

Hai salam semua. Hari ni aku terdetik nak kongsi kisah macam mana aku boleh terminat dekat seorang perempuan yang perangainya agak menjengkelkan dan buatkan aku terkilan.

Pertama sekali, nama aku Hairi (bukan nama sebenar). Berasal dari utara dan berumur 25 tahun.

Aku lepasan graduan salah sebuah universiti terkemuka di lembah klang dan sekarang dalam perancangan untuk menetap dan bekerja disini. Mohon semua doakan aku dipermudahkan ye.

Kembali kepada kisah aku, kisahnya bermula ketika aku berada di tahun kedua di universiti dan aku selalu aktif menyertai macam2 program di uni sehinggalah aku menyertai satu program yg agak besar ni dan aku ditawarkan jawatan sebagai koordinator program.

Bawah biro ni hanya ada dua lelaki termasuk aku dan empat perempuan. Dan salah seorangnya gadis yang aku minat tu. Aku namakan dia sebagai Ayu.

Ketika di awal program, aku tak tertarik langsung dengan Ayu, hanya sekadar bersembang hal program dan bual kosong. Ayu juga banyak bertanya aku pasal program sebab penglibatan aku yang banyak sebelum ni.

Sepanjang program berlangsung, aku hanya fokus untuk melangsaikan tanggungjawab program seperti biasa dan sedikit pun aku tidak peduli pasal perempuan. Ajaibnya selepas selesai program, barulah bibit-bibit suka dan cinta tu datang.

Hampir setiap hari aku teringat kan Ayu haha. Masalahnya budak Ayu ni tak simpan langsung no aku dekat telefon dia. Jadi pikir punya pikir, aku pun terdetik nak whatsapp Ayu ni dengan alasan nak minta gambar program.

Dan akhirnya aku dapat gambar dan Ayu simpan no aku. Tuhan je tahu betapa seronok gila aku waktu tu hehe.

Sejujurnya, aku ni jenis yang payah nak suka dan minat dekat perempuan. Bukan tak banyak gadis2 cantik kat uni tu tapi kalau hati dah tak berkenan memang payah.

Sepanjang hampir 5 tahun aku di uni, ayulah perempuan pertama yang aku betul2 suka dan serius untuk jadikan dia yang halal bagi ku ewahhh haha.

Berbalik kepada Ayu, aku cuba kenal dia dengan lebih dalam macam tanya khabar, perihal pelajaran sambil hati ini masih tahan sabar nak luah perasaan yang terbuku ni.

Awalnya Ayu balas mesej aku macam biasa, tak terlalu cepat tak terlalu lambat. Aku pun bukan jenis memaksa, manusia lain2 kan.

Kemudian aku perasan Ayu ni dah mula lambat balas mesej aku. Lambat dia tu bukan macam biasa, kadang sampai seminggu baru dia balas.

Pastu perangai dia makin menjadi bila Ayu ni tak seen langsung mesej aku. Aku mula terpikir adakah ini tanda2 ghosting. Tapi aku masih sangka baik dan pikir mungkin Ayu ni sibuk.

Bila dah sampai berbulan-bulan dia tak seen dan balas mesej aku. Aku mula rasa pelik dengan Ayu ni. Aku pun dah mula hilang harapan sikit2 tapi perasaan masih kuat.

Dan akhirnya aku dapat tahu yang Ayu ni memang jenis suka ghosting dan bukan aku saja, semua orang dia ghosting termasuk kawan-kawan dia haha.

Chat kat whatsapp pun dia tak pernah buka, dia biarkan je. Jadi waktu tu aku masih ada harapan haha sebab bukan aku je yang kena ghosting.

Jadi aku biarkan je Ayu ghosting aku sampai la aku tahun 4. Dalam tempoh tu ada jugak aku mesej dia, tapi macam biasa Ayu ni balas kat awal ja, pastu kembali ghosting. Dalam tempoh ni juga, aku ada bagi hint sikit-sikit dekat Ayu. Tapi masih juga dipalau.

Bukannya aku tak nak confess awal, tapi aku punya prinsip aku tak nak confess terlalu awal sebab takut akan ganggu aku punya study dan aku belum bersedia nak ke arah hubungan yang macam tu.

Aku pun tunggu la sampai hujung semester masa tahun 4. Dekat 2 tahun lebih ye aku simpan perasaan dan hadap perangai dia yang macam tu.

Aku pun sedar diri yang aku ni bukan ada rupa sangat dan bukan budak pandai pun tapi pointer masih diatas 3.0 setiap sem.

Budak Ayu ni pun cantik orangnya, putih, dan juga berasal dari utara. Aku pun dah tanam dalam diri aku ni yang aku ni bila2 masa je boleh direject. Jadi, aku tak terlalu berharap.

Sampailah waktu yang aku kira sesuai untuk aku luah perasaan yang dah lama bersarang di hati ni. Aku pun mula pikirkan strategi untuk mula confession ni. Berbekalkan keberanian yang aku simpan hampir 2 tahun lebih, aku pun mesej dia dan nyatakan perasaan aku.

Seperti biasa, aku mesej waktu malam, subuh esok baru dia reply. Dan reaksi dia sedikit terkejut dan dia kembali ghosting aku haha. Hampir seminggu ye aku macam orang gila menunggu jawapan dari Ayu. Makan tak basah mandi tak kenyang.

Pastu Ayu pun balas mesej aku, dan dia kata dia perlukan masa untuk pikir. Aku pun bagi masa yang dia nak untuk pikir baik2. Ayu hanya minta seminggu untuk dia pikir. Aku pun iyakan je.

Ayu ni perangai dia walaupun suka ghosting orang, dia tetap tengok je status aku dekat sosmed. Yang aku pelik dia ni tak rasa bersalah ke biar conversation tergantung macam tu huhu. Takkan tak terdetik langsung rasa nak balas mesej yang lama2 tuh.

Berbalik kepada confession tu, bila dah lali dengan perangai ghosting dia tu, aku pasti mesti lebih dari seminggu. Rupanya-rupanya berbulan-bulan ye dia pikir haha.

Dan selepas hampir 5 ke 6 bulan menunggu dengan perasaan yang dah mula sikit-sikit menghilang, aku pun mesej dia dan nyatakan yang aku nak jawapan yang jelas. Dan seperti dijangka, selepas 2 hari, aku direject…..

Dengan alasan aku ni lebih tua dari dia dan Ayu ni prefer orang yang sama umur. Ayu kata dia hormat aku sebagai senior dan tak boleh nak ada perasaan lebih dari tu.

Selepas berbulan-bulan, tu ja alasan dia ye huhu. Aku tak tahu aku rasa apa waktu tu, sedih tak happy pun tak.

Conversation aku dengan dia pun masih tergantung hurm.

Aku pun share kisah aku ni dekat kawan aku. Kawan aku kata ni mungkin jawapan doa dan istikharah kau. Lebih baik kau kena reject dari kau diterima dan kau dilayan macam tu.

Sekarang baru aku paham sebenarnya tiada hubungan yang gagal. Ada yang hadir dan kekal. Ada juga yang hadir dan memberikan kita pengajaran lalu pergi. Kadang-kadang Tuhan sengaja mengatur hidup kita bertemu orang yang salah kerana padanya ada pengajaran.

Dan itulah perjalanan hidup. Kemudian tuhan mempertemukan kita dengan orang yang betul kerana padanya ada kebahagiaan.

Kita kena belajar bagaimana rasa tidak bahagia dengan orang yang salah sebelum kita bertemu dengan orang yang tepat yang boleh beri kita kebahagiaan.

Aku sekarang dalam proses healing dan move on dan berharap agar tuhan menghadirkan seorang gadis yang aku suka seperti mana aku suka kan Ayu. Pesanan untuk Ayu dan perempuan di luar sana, belajarlah untuk menghargai orang yang datang.

Kalau tak sudi katakan tak sudi. Jangan dibiar lelaki menunggu seperti menunggu ayam bertanduk. Belajar hormati perasaan orang, InshaAllah orang akan hormati perasaan anda

Itulah sedikit sebanyak kisah aku yang bertepuk sebelah tangan. Mengharap kasih dari orang yang tak sudi. Menanggung pedih cinta yang tak bersambut.

– Hairi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. seronok baca pengalaman orang yg kena ghosting. saya pun ada pengalaman juga. bukan 1 atau 2 kali tapi berkali kali kena ghosting dengan orang yg berlainan. saya sendiri tak faham, apa yg mereka nak sebenarnya 💔🥹

    • Kalau orang lain kne ghosting, saya pulak ghost master. Orang pmpn diam tnda setuju, lelaki kalau diam tnda reject. Bkn xske tp ghosting dh jd habit

  2. Aku pernah luah hasrat pd seorang lelaki. Dia jwb nak kawan dulu. Dua tahun kawan tp takda tanda2 dia nak mengenali lebih dalam pun. Dekat fb aku tgk dia suka like gambar2 perempuan. Mesej pun jarang2 dan dia sendiri pun tak bercerita banyak ttg diri dia. Akhirnya aku tinggalkan dia, dgn off socmed yg ada link dgn dia. Walaupun sampai skrg dia masih muncul dlm ingatan, tp aku harap semoga suatu hari perasaan ini akan lenyap seolah-olah aku tak pernah kenal dia. Kalau tak suka terus terang. Jangan buat orang berharap dan tertunggu-tunggu. Mungkin Allah nak tunjukkan aku, yg aku untuk org yg betul2 sayang dan hargai aku. Apa2pun, ingatan terhadapmu inshaAllah akan hadir bersama doa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *